Waktu dan aturan makan vitamin yang baik mengikut sifatnya

Kepada pelanggan saya, jika anda telah mengamalkan Shaklee dan terasa kurang keberkesanannya, sila hubungi saya supaya saya dapat menyusun semula jadual pemakanan vitamin. Emailkan vitamin-vitamin yg anda amalkan ke alamat email saya, ikhairani[.]gmail[.]com

Selalunya saya akan mencadangkan kepada pengguna untuk ambil vitamin pada pada waktu malam atau selepas makan malam kerana nutrien lebih mudah menyerap pada pada waktu tidur kerana badan sedang berehat. Namun, kalau kita boleh berdisplin, sesetengah vitamin lebih sesuai di makan pada waktu-waktu berbeza.

Sebagai panduan buat semua, di bawah adalah..

Aturan asas pengambilan vitamin yang baik mengikut sifatnya


VITAMIN LARUT AIR (B dan C) : Seeloknya diambil bersama segelas air dan elakkan pengambilan bersama makanan berlemak/berminyak.

VITAMIN LARUT LEMAK (A,D,E,K) : Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak.

Ostematrix (Kalsium) : Seeloknya diambil bersama minuman bersusu, atau diambil sebelum tidur. Sebagaimana susu dikatakan sebagai minuman untuk membantu kita tidur, kalsium dikatakan ada fungsi yang sama.

Lecithin : Diambil bersama2 vitamin larut lemak lain.

APA YANG TIDAK DIGALAKKAN


Mengambil alfalfa bersama-sama vitamin E kerana ia boleh mengganggu penyerapan alfalfa.

Mengambil supplement zat besi (Iron) bersama-sama Ostematrix kerana zat besi boleh mengganggu penyerapan kalsium. Walau bagaimanapun kini zat besi sudah dilengkapi ke dalam VitaLea Shaklee. Oleh itu jika boleh, ambil kedua2nya pada masa berlainan untuk mengelakkan gangguan penyerapan di antara kedua-duanya.

Pengambilan vitamin disarankan pada waktu selepas makan bagi membantu penyerapan. Ambillah vitamin & mineral dalam kadar yang telah dicadangkan, kerana pengambilan vitamin/mineral yang berlebihan, terutama vitamin larut lemak boleh membahayakan kesihatan kerana ia disimpan di dalam badan dan boleh menjadi toksik.

Sekiranya anda merasakan praktik anda mengambil vitamin sekarang berjalan lancar dan membuahkan hasil, sila teruskan. Namun jika tidak memuaskan, anda boleh cuba mengambilnya mengikut cadangan di atas. Walaubagaimanapun, ia bukanlah muktamad dan masih bergantung kepada tubuh badan kita.


Info yang sangat berguna dan HOT!
Tip dan Petua Penyusuan Susu Ibu
Supplemen Penyusuan untuk dipilih
Supplemen untuk program menguruskan badan



Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056


Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :)

ida ahmad

About ida ahmad

Ibu kepada 3 anak ini adalah 'working from home mom' dan blogger yg sudah lama menggunakan blog sebagai medium utk berbisnes sejak 2007. Beliau positif utk memberi yg terbaik buat keluarga, masyarakat dan agama sebagai saham akhirat.

2 comments

Write comments
UmmiAbi
AUTHOR
July 13, 2012 at 12:40 PM delete

Done folo...
Bgus..byk tips...:)Tq ye

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
October 3, 2012 at 6:58 PM delete

mcm mana pula pengambilan GLA & Vit E??
utk set kesuburan, adakah GLA & vit E d ambil berselang harinya atau dlm satu hari GLA ambk pg, vit e ambk mlm??

Reply
avatar