Masalah biasa ibu yang menyusukan bayi

Senario kes dimana ibu yang menyusukan anak mengalami masalah kurang susu selepas habis pantang dan mula bekerja.

  • Pam sekali sehari, kadang2 tak sempat. Kadang2 breast tak bengkak pun so dia tak pam.
  • Kerja balik malam, lepas tu buat kerja rumah
  • Stress dengan kerja dan rumahtangga
  • Selalu skip dinner sebab dah lambat sampai rumah
Ibu ini juga telang mengambil inisiatif seperti minum teh untuk ibu menyusu yang katanya boleh tambahkan susu, ambil milk booster pil, minum rebusan longan kering tapi masih tak ada kesan.
Sebenarnya, ada beberapa kesalahan yang dia kena ambil perhatian:
  1. JANGAN TUNGGU BREAST BENGKAK BARU PAM. Aktiviti mengepam itu sebenarnya yang merangsang susu, pam tu bukan semata2 untuk keluarkan susu, tapi mengepam yang efisyen akan merangsang pengeluaran susu. Menunggu breast bengkak baru menyusu/mengepam adalah satu langkah bunuh diri kerana ia akan menghantar signal ke otak bahawa ‘tiada rangsangan, jadi tiada susu perlu dihasilkan’. Itulah sebabnya susu makin sikit.
  2. Susu badan tidak dirangsang oleh pemakanan sebaliknya rangsangan yang kita beri. Mesti kena banyakkan direct feeding dan pam sekerap mungkin.
  3. Jangan skip makan. Walaupun tak menyusu, kita mesti makan ikut waktu.

Berkenaan dengan masalah stress pula, stress adalah satu benda yang biasa dalam hidup kita sekarang ni. Namun, stress boleh memberi impak kepada penyusuan ibu.
Semasa sedang sakit untuk melahirkan anak, ibu2 biasanya mengalami stress yang tinggi. Tanya lah mana2 ibu, bersalin tu memang stress, hinggakan Maryam pun mampu menggoncang batang kurma semasa nak lahirkan Nabi Isa. Semasa kita stress, hormon kortisol dan norepinephrine dalam badan kita menjadi tinggi. Hormon2 inilah yang menyebabkan kita stress. Lepas tu, bila bayi dah lahir, hormon oxytocin akan merembes keluar. Kerana itulah selepas saja baby keluar, kita akan rasa happy, hilang semua sakit kerana hormon oxytocin ni menenggelamkan fungsi hormon2 penyebab stress tadi.

Oxytocin ni penting dalam penghasilan susu ibu kerana ia menyebabkan let down, atau ‘keluarnya’ susu dari breast. Jadi, kaitan stress dengan breastfeeding ni, bila stress, hormon cortisol dan norepinephrine menjadi tinggi dan menghalang fungsi oxytocin. Tak hairanlah apabila stress, susu ibu menjadi kurang berbanding di saat ibu gembira.
Selain itu stress boleh menyebabkan pelbagai penyakit kerana ia meninggikan adrenalin dalam darah sekaligus menaikkan paras glukos dalam darah.
Jadi, saya cadangkan kepada beliau untuk mengambil set B, kerana set ini mengandungi:



Vita-Lea – Multivitamin & mineral
  • Mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral yang diperlukan oleh tubuh.
  • Berfungsi mengimbangi segala bahan kimia dalam tubuh
  • Menambah kepada apa2 pemakanan yang kurang dalam badan kita
  • Membantu memelihara kesihatan secara umum
  • Membantu penyerapan zat makanan yang kita ambil.
B-Complex
  • Membantu mengatasi kelesuan
  • Penting bagi kesihatan mental, membantu mencegah kemurungan
  • Membantu pelepasan tenaga dari makanan
  • Pengambilan gula, alkohol dan pil perancang meningkatkan keperluan vitamin B
  • Diperlukan bagi sistem saraf
  • Mengatasi stress
  • Menukarkan gula kepada tenaga
Vita-C (Sustaine Release)
  • Fungsi sustain release berfungsi secara perlahan dan berkuasa selama 24 jam dalam badan kita. Vitamin C yang biasa mudah musnah.
  • Membantu meningkatkan taraf sistem pertahanan badan.
  • Membina kolagen (bahan pelekat) dalam membina sel2 badan.
  • Diperlukan dalam proses penyembuhan luka dan kudis
  • Memulihkan selesema
  • Bertindak sebagai anti kimia terhadap racun nitrat dan nitrit
  • Perokok, perokok sekunder, mereka yang selalu stress dan lesu memerlukan vitamin C yang lebih
  • Sebagai pelindung sel dalam menghadapi serangan radikal bebas
Alfalfa
  • Salah satu makanan tertua di dunia yang dikatan sebagai tumbuhan ajaib
  • Mengandungi 8 enzim pencernaan dalam kuantiti yang mencukupi
  • Mengandungi klorofil, yakni ejen deodoran dan pencegah toksik
  • Mengandungi 10 vitamin, 15 mineral, gentian dan amat kaya dengan protein
  • Secara tradisi diambil untuk mengatasi sakit sendi dan alahan
  • Mengandungi trace minerals lebih banyak berbanding tumbuhan lain
  • Digunakan sebagai penggalak susu ibu
  • Mengandungi kalsium yang tinggi

Insya-Allah ia bukanlah bertujuan untuk ‘memeras’ susu agar keluar dari badan sebaliknya membekalkan vitamin2 perlu dan membantu menyeimbangkan hormon agar hormon2 yang diperlukan untuk penyusuan yakni oxytocin dan prolaktin dapat dihasilkan dengan baik, di samping itu memberikan ibu kesihatan yang baik dan susu yang bernutrisi.
Susu banyak atau susu pekat dan bernutrisi? Tepuk dada tanya selera.


ida ahmad

About ida ahmad

Ibu kepada 3 anak ini adalah 'working from home mom' dan blogger yg sudah lama menggunakan blog sebagai medium utk berbisnes sejak 2007. Beliau positif utk memberi yg terbaik buat keluarga, masyarakat dan agama sebagai saham akhirat.

1 comments :

Write comments
ibuhebat
AUTHOR
February 18, 2011 at 2:06 AM delete

Salam, minta izin copy paste di blog saya ya. tima kasey... :)

Reply
avatar