Rahsia Dari HB Low Terus Naik Sampai Nurse Terkejut

Adakah perkara biasa jika ibu mengandung mengalami lemah, letih lesu, cepat penat, muka pucat, senang pening, cepat mengantuk dan 'weng' atau rasa nak pitam bila bangun cepat dari duduk yang lama.. Walaupun ramai ibu mengandung mengalaminya, mungkin keadaan yang kerap dan berlarutan adalah petanda ibu sedang alami anemia iaitu gejala kurang darah yang mengganggu aktiviti ibu.



Kisah yang sama dialami oleh ibu hamil ini. Mengandung anak pertama, kedua dan ketiga memang asyik kena berleter dengan nurse apabila bacaan HB adalah di bawah paras normal. Dua kali mengandung, dua kali juga bacaan HB tetap rendah. Tiga kali mengandung, masih sama. Semuanya berubah apabila beliau sedar dan mengambil langkah drastik yang belum pernah beliau fikirkan sebelum ini.

Apa Maksud Anemia dan Apa Tanda-tanda Anemia ?


Anemia ni adalah keadaan dimana darah kekurangan protein yang disebut sebagai hemoglobin(Hb). Tugas hemoglobin ini sangat penting bagi tubuh manusia, terutama untuk mengedarkan oksigen dan nutrisi ke seluruh bahagian tubuh. Oleh kerana inilah simptom anemia dirasakan oleh ibu mengandung. Selain dari simptom tadi seperti lemah, letih lesu, cepat penat, muka pucat, senang pening, cepat mengantuk dan 'weng' atau rasa nak pitam bila bangun cepat dari duduk yang lama.. , tanda - tanda hemoglobin rendah ( HB Low ) termasuklah sakit perut, mual, muntah, diarrea, demam dan sembelit .

Kenapa Anemia boleh terjadi pada ibu mengandung dan apa puncanya? Ibu mengandung mengalami kurang darah atau anemia mungkin disebanbkan peyakit, kurang nutrisi, gaya hidup yang kurang sihat, pendarahan atau bleeding.

Kita boleh mengurangkan RISIKO ANEMIA dengan gaya hidup yang sihat, tidur yang cukup, tidak merokok dan jaga pemakanan dan makan dengan teratur.

Fungsi Zat Besi Pada Ibu Mengandung Yang Anemia


Zat Besi merupakan elemen penting yang berguna untuk membantu membentuk sel darah merah. Suplemen zat besi harus diambil jika kadar hemoglobin ibu mengandung terlalu rendah. Macam mana nak tahu? Melalui pemeriksaan berkala di klinik kesihatan lepas kita dah disahkan mengandung.

Berapa dos zat besi yang ibu mengandung perlukan?


Ibu mengandung perlukan 28 mg zat besi. Dalam 1 tablet Vitalae ada 9 mg zat besi. Jika kita mengalami tanda-tanda anemia dan nak up dos zat besi, jangan dulu. Minta nasihat dari doktor dulu. Ini kerana kelebihan zat besi boleh mengakibatkan kesan sampingan lain.

Oh ya.. Saya nak kongsikan cerita ibu yang berjaya mendapat bacaan hb normal untuk ibu mengandung sampai nurse pun terkejut!. Kenapa terkejut sangat? Sebab sepanjang mengandung, beliau tak pernah berjaya mendapat bacaan HB normal..

Berapa Bacaan HB Normal ni?


Paras hb seseorang dikira dalam unit g/dL (gram per deciliter). Paras normal hemoglobin bagi wanita adalah di antara 11.5 - 16.5g/dL manakala lelaki adalah 12.5 - 18.5g/dL. Untuk ibu mengandung, bacaan hb yang normal ialah pada julat : 11-12 g/dl (gram per deciliter).

Testimonial HB Naik Selepas Amalkan Shaklee Sampai Nurse Terkejut !



Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.


Selain dari vitamin ibu mengandung yang sangat mudah diamalkan dan terbukti berkesan, ibu mengandung yang rajin boleh juga menikmati makanan yang kaya zat besi sebagai usaha untuk meningkatkan hemoglobin dan menurunkan risiko anemia.


Makanan untuk meningkatkan hemoglobin – mencegah dan mengatasi kurang darah (anemia)


Hemoglobin akan terbentuk dalam tubuh ketika kita makan-makanan yang kaya hemoglobin. Berikut ini tentang sumber makanan yang menyediakan semua elemen yang diperlukan untuk pembentukan hemoglobin .

1 . Makanan Laut :

Seafood adalah makanan sumber hemoglobin. Berbagai jenis makanan laut seperti tuna, kerang, siput lele, salmon, tiram dan sardin merupakan sumber hemoglobin yang baik.

2 . Daging :

Daging adalah sumber makanan paling kaya hemoglobin. Daging juga mengandung vitamin B – 12, yang juga berguna untuk membantu menjaga paras zat besi yang normal dalam tubuh. Daging merah adalah sumber hemoglobin terbaik.

3 . Telur :

Kuning telur merupakan sumber yang juga sangat kaya hemoglobin. Kuning telur kaya zat besi yang membantu tubuh penghasilan hemoglobin.

4 . Produk Susu :

Produk susu seperti susu, dadih dan keju juga merupakan sumber hemoglobin yang baik.

5 . Kacang-kacangan :

Kacang-kacangan seperti kacang buncis, kacang tanah atau kacang hijau mengandungi jumlah zat besi yang baik. Labu dan biji labu juga dapat membantu untuk meningkatkan paras hemoglobin dalam darah .

6 . Sayuran :

Sayuran seperti bit dan bayam, yang banyak tersedia di pasar sangat membantu dalam pembentukan hemoglobin. Hal ini membantu untuk meningkatkan jumlah sel darah merah.

7 . Buah :

Buah-buahan juga merupakan sumber terbesar dari zat besi. Buah juga banyak mengandung antioksidan, vitamin, dan mineral, yang sangat penting bagi tubuh manusia . Buah yang kaya akan zat besi adalah kismis, anggur, tomata, epal, pisang, jeruk, strawberi .

8 . Rempah-rempah :

Rempah-rempah seperti thyme, jintan, oregano, kunyit, kayu manis merupakan sumber yang kaya zat besi. Oleh karena itu, jangan lupa untuk menyertakan rempah-rempah ini ke dalam diet Anda.

9 . Biji-bijian :

Biji-bijian seperti , tepung terigu, beras, beras merah, cereal dan roti juga merupakan sumber zat besi. Seluruh biji-bijian juga merupakan sumber serat terbaik.

10 . Buah kering :

Buah yang dikeringkan seperti aprikot, plum, kurma dan kismis adalah juga merupakan sumber hemoglobin. Kandungan zat besi yang tinggi dalam buah kering akan membantu dalam membentuk pigmen merah dalam darah.

11 . Coklat :

Berita baik bagi penggemar cokla. Coklat yang mengandungi 60% koko juga dapat meningkatkan kadar hemoglobin. Dark cocolate adalah coklat terbaik bagi kesihatan, kerana mengandungi 65% koko.

Fakta zat besi:


  • Zat besi juga membantu untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh. 
  • Wanita memerlukan zat besi lebih sedikit daripada laki-laki . 
  • Wanita yang berusia antara 14-18 harus mengamalkan sekurang-kurangnya 15 mg zat besi setiap hari. 
  • Mengambil makanan yang kaya zat besi sangat penting semasa menstruasi/period dan kehamilan. 
  • Tanda kekurangan zat besi termasuk cepat penat, lemah, sesak nafas, pening, mudah marah dan sakit kepala, tangan dan kaki merasa sejuk, kulit pucat, kuku rapuh, degupan jantung yang tinggi, serta kurang nafsu makan.


Perhatian :


Zat besi terutama sangat diperlukan tubuh dalam membentuk hemoglobin. Namun elakkan mengambil supplemen zat besi yang terlalu banyak. Upper toleransi atau mad makzima pengambilan zat besi adalah 45mg sehari. Kesan samping kebanyakan suplemen zat besi dapat menyebabkan gangguan perut, mual, muntah , cirit birit, demam dan sembelit.

Untuk itu sebaiknya ambil suplemen zat besi yang selamat, terjamin dan terbukti berkesan seperti Vitalea Shaklee di dalam Set Mengandung kami.


Ida Khairani
www.mysupervitamins.com

Order / Pertanyaan :
Whatapps / SMS : 013 488 2382
Email : admin@mysupervitamins.com
COD : Shah Alam, Bandar Bukit Raja, Setia Alam
Pos seluruh Malaysia

Fully breastfeed tapi anak tetap jatuh sakit?

Fakta 1: Susu ibu mengandungi lebih daripada 300 nutrien yang sebahagiannya masih belum dapat dikenalpasti oleh para saintis.

Fakta 2: Susu ibu mengandungi antibodi, antiviral, enzim dan protein yang takkan pernah boleh ditiru oleh mana-mana susu yang wujud dalam dunia ini.

Hebatkan susu ibu anugerah Allah ni. Jadi pada yang tak berapa sure nak breastfeed anak ka tak, tak perlu teragak-agak lagi. Berikanlah yang terbaik untuk zuriat kita itu.
Tapi kenapa ada sesetengah baby yang minum susu ibu tapi masih kerap demam? Ada beberapa ibu yang mengadu anaknya masih kerap demam walhal fully breastfeed......kami ni pun bukannya doktor nak komen bab2 ni... apa kata kita baca pengalaman seorang ibu ni (saya petik dari blog genkimomma.com)

"......Lepas pantang dan mula masuk kerja, sebagai ibu baru yang menyusukan anak sepenuhnya, saya banyak membaca di internet. Saya suka singgah di blog-blog ibu menyusu, membaca pengalaman di samping menimba ilmu dan mendapat motivasi bila tengok stok susu diorang yang penuh freezer. Secara tak sengaja aktiviti lompat blog saya tu memperkenalkan saya dengan GenkiMomma. Membaca pengalaman Kak Arnie sendiri, saya tertarik mencuba supplement Shaklee. Kebetulan pulak masa tu anak saya kerap sangat sakit. Kejap selsema, batuk, demam dah la tu bergilir-gilir pulak dengan uminya ni. Asyik ulang wad kecemasan Hospital Serdang je. Saya mulakan dengan trial pack, bila kesannya nampak pada jumlah pengeluaran susu dan kepekatan susu, saya teruskan membeli full pack dengan Kak Arnie. 

Mula-mula saya beli sikit, lama-lama secara tak sedar saya dah order macam-macam supplement keluaran Shaklee. Antara yang saya ambil ialah Vit C, Alfalfa, Ostematrix, Lecithin, ESP, Fiber, Vita-Lea. Merasai sendiri kebaikannya, saya kongsikan dengan kawan-kawan yang mengalami masalah dalaman kewanitaan, macam senggugut, keputihan, haid tak teratur. 2,3 orang kawan saya dah ulang beli dan ada yang dah kongsikan dengan kawan-kawan mereka pula. Alhamdulillah.Bagi diri saya sendiri, Vit C dan B-Complex banyak membantu saya dan anak dalam proses pemulihan daripada demam dan pertahanan badan. Masa saya dan anak kerap demam awal 2010 dulu, saya akan mengalami masalah hidung berdarah. Bukan darah yang mengalir, tapi darah sekitar dalam lubang hidung. Atas cadangan Kak Arnie, saya ambil ESP. 

Kemudian, anak saya pula dikesan mengalami anemia dan perlu makan supplement Asid Folic, Iron serta Multivitamin yang dibekalkan oleh pihak hospital. Tapi faham-faham sajalah macam mana seksanya nak bagi anak kecil makan ubat,kan. Kena bagi setiap hari pulak tu, dan sampai 2,3 jenis supplement. Jadi, saya ambil langkah lain yang kurang sikit tekanannya dengan cara saya sendiri mengambil Vita-Lea dengan harapan khasiatnya dapat disalurkan melalui susu badan saya. Alhamdulillah ujian darah kali kedua anak saya dah ok, walaupun saya tak pernah sekali pun bagi dia asid folik dan jarang sangat bagi Iron yang pihak hospital bekalkan tu. 

Cuma multivitamin saja pengasuh anak saya bagi setiap hari sebab manis, anak saya suka. Alhamdulillah, musim demam, selsema, batuk bergilir-gilir tu berakhir juga sekitar April 2010 selepas 4 bulan kami mengharunginya dengan penuh tekanan. Maklum sajalah budak kecik sakit, umi dialah yang tak dapat tidur. Kalau demam, anak saya mesti kena ulser tekak dan taknak minum susu. Saya masa tu tengah sibuk sangat dengan penulisan tesis, sampai kena tegur jugalah dengan penyelia sebab kerap sangat sakit. ~~Pn Maia.

Bertuah sungguh kerana Pn Maia telah menemui penyelesaian berkat kesungguhan dan keikhlasannya mencuba supplement Shaklee demi anaknya. Dia pun dpt khasiatnya jgk. Jadi, tak salah kalau anda juga mencuba. Mudah mudahan masalah anda juga berjaya menemui penamatnya.



Credit to cery n genkimommi.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Mengambil zat besi tambahan ketika berpuasa dan hamil

Adakala zat besi tambahan disarankan selepas minggu ke-12 atau pada bulan ketiga kehamilan. Zat besi tambahan membantu mencegah kekurangan zat besi atau anemia yang sering berlaku semasa kehamilan.

Anda masih perlu mengambil zat besi tambahan pada bulan Ramadan, tetapi anda boleh mengambilnya selepas berbuka. Sesetengah wanita mengalami sembelit apabila mengambil pil ini. Oleh itu, minumlah banyak air untuk mengelakkan sembelit, dan baca lebih lanjut mengenai cara-cara untuk menangani sembelit.





Selain itu, pastikan anda makan makanan yang kaya dengan zat besi seperti:
-daging;
-ayam;
-ikan yang berminyak (salmon, tuna, sardin dan makarel);
-sayur-sayuran berdaun hijau;
dan, buah-buahan kering.

Vitamin C pula meningkatkan penyerapan zat besi, oleh itu makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran. Dan jangan lupa minum jus buah-buahan segar.




Sumber


Disclaimer

Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056

www.MySuperVitamins.com
Order Form & Email

Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :)




Bolehkah hamil normal selepas kehamilan luar rahim?

Assalamualaikum. Saya nak sambung sikit lagi pasal info kehamilan luar rahim atau ectopic pregnancy. Dalam entry sebelum ni, saya cerita pasal 'Apa itu Kehamilan Luar Rahim, Simptom Awal dan Rawatan. Kali ni saya kongsi pasal boleh tak mengandung normal selepas pernah mengandung luar rahim.

Apakah yang dibuat bila kira suspect mengandung luar rahim kerana mengalami gejala-gejalanya. 
Bila kita merasakan kita mengandung, tetapi selepas scan tak nampak, doktor mungkin suruh datang kembali kerana bayi mungkin masih terlalu kecil untuk dikesan. Namun selepas beberapa minggu scan dilakukan masih tak nampak, doktor akan mengsyaki kehamilan luar rahim berlaku. Boleh rujuk rawatan untuk kehamilan luar rahim di sini


Selepas jalani rawatan untuk kehamilan luar rahim, wanita boleh berpantang dengan set berpantang shaklee untuk cepatkan proses pemulihan dan dalam masa sama menggalakkan kesuburan.

Benarkah kehamilan di luar rahim akan menjejaskan kesuburan?

  • Kebarangkalian untuk hamil adalah masih sama jika tiub falopia tidak rosak selepas kehamilan luar rahim. 
  • Keberangkalian untuk hamil rendah sedikit jika hanya ada 1 tiub falopia selepas yang satu telah pecah atau rosak teruk. Jika tiub yang satu lagi itu turut terjejas akibat PID atau endometriosis, wanita lebih sukar untuk hamil tetapi masih boleh, bergantung kepada kes masing-masing.
Jika kedua-dua tiub falopio anda rosak atau pecah, anda mungkin perlu menimbangkan untuk melakukan rawatan IVF

Sumber dan Credit


Kira-kira 65 peratus wanita yang mengalaminya akan hamil lagi dalam masa 18 bulan selepas kehamilan di luar rahim. 

Mungkih Kehamilan Luar Rahim Akan Berulang?

Terdapat kira-kira 10 hingga 15 peratus risiko untuk mengalaminya lagi. Walau bagaimanapun, risikonya sukar dianggarkan kerana perbezaan dalam situasi individu-individu itu sendiri dan tahap kerosakan yang telah berlaku. 

Anda patut membuat temu janji susulan dan meminta nasihat yang jelas mengenai masa depan kehamilan anda daripada pakar obstetrik. 

Tidak banyak yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan kehamilan di luar rahim daripada berulang di masa hadapan. Namun, jika ianya berlaku akibat jangkitan klamidia, anda boleh mengambil antibiotik untuk merawatnya dan dengan itu mengurangkan kerosakan yang lebih teruk ke atas tiub anda. 

Apabila anda telah hamil sekali lagi, jumpalah doktor anda secepat mungkin. 

Berapa lama perlu tunggu untuk hamil kembali selepas jalani rawatan?

Mereka yang telah menjalani laparoskopi biasanya perlu menunggu tiga hingga empat bulan sebelum mencuba untuk hamil lagi. 

Jika anda telah menjalani pembedahan terbuka, lebih baik jika anda menunggu enam bulan untuk membolehkan luka anda sembuh sepenuhnya.

Semoga bermanfaat. InsyaAllah rezeki untuk anda mendapat anak yang akan mendoakan ibu bapanya akan tiba juga. Yang penting, jaga kesihatan dan terus berusaha.

Ida Khairani
013 4882382
http://www.mysupervitamins.com

Promosi Berganda Shaklee Januari 2015

Sebab - sebab kenapa perlu dapatkan supplemen super power Shaklee hari ni juga?






Kenapa perlu amalkan ALFALFA hari ini?

Alfalfa adalah tumbuhan yang dikenali sebagai RAJA TUMBUHAN yang

  • Kaya dengan vitamin kalisum, magnesium, potasium, karotin, protein, serat, vitamin E dan K
  • Membantu mengawal kolestrol dalam darah.
  • Membantu badan untuk detox secara semulajadi
  • Membantu menggalakan pengeluaran susu ibu



Kenapa Perlu Beli VIVIX hari ini juga ?

Vivix mengandungi Polyphenols yang sangat hebat dan memberikan kesan POSITIF pada kesihatan :

  • Membantu dalam mencegah BARAH
  • Mengurangkan risiko penyakit JANTUNG
  • Membaiki komplikasi DIABETIS
  • Membantu dalam IMUN SISTEM
  • Memperbaiki kesihatan secara menyeluruh



Ida Khairani
013 488 2382
www.mysupervitamins.com

Benarkah sup ketam berkhasiat untuk demam denggi?

Sup Ketam sangat glamur dijamu untuk orang yang kena demam denggi.  Khasiatnya dikatakan mampu membantu menambah platlet darah dan mencepatkan pemulihan. Benar atau tidak, ramai yang telah mencuba dan berjaya mengatasinya. Tak rugi mencuba demi menyelamatkan nyawakan.

Nak tahu cadangan dari pakar nutrisi untuk demam denggi?

Nak Rawat Demam Denggi Tanpa Ubat? from iReach HD on Vimeo.

Perkongsian dari saya di ibustory.com tentang resepi sup ketam. First time buat resepi sup ketam time tu memang denggi tengah berleluasa. Stok nutriferon yang terkenal untuk kuatkan antibodi terutama time sakit dan denggi ni pulak terpaksa ibu jual pada orang yang lebih memerlukan. Jadi, kami makan sup ketam ja since masih sihat dan untuk precaution. Ketam pun tak pernah beli dan sup ketam pun tak pernah makan sebelum tu.

Ada 2-3 version resepi sup ketam ni. Tapi kalau betul-betul sakit, kadang bau pun dah buat nak muntah.

Baru-baru ni, mak mertua kena denggi dan ibu buat sup ketam macam resepi ketiga di bawah, ala chef gitu. Sekali dia tak lalu makan. MIL pesan soh buat kosong ja. Ha, ibu buat sekosong-kosongnya. Yang tu dia lalu makan & hirup supnya. Jadi, cubalah mana yang kena dengan tekak korang ya.

Resepi Sup Ketam Senang ! Ini yang mak mertua lalu makan masa kena denggi

- masak air sampai mendidih
- masukkan ketam
- tambah garam

Resepi ni saya buat bila saya nak cepat, lupa resepi dan tak sempat nak google2.

Resepi Sup Ketam Senang Ala Ida 
- masak air bersama kayu manis, cengkih dan bunga lawang
- masukkan ketam dan ubi kentang
- tambah garam, daun sup, daun bawang dan bawang goreng

Resepi Sup Ketam macam Chef

Bahan-bahan :

Ketam
Ubi Kentang
Minyak Jagung
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
5-10 biji lada putih
Daun sup
Bawang goreng

Cara-caranya:

1. Tumbuk dan tumis bawang merah, bawang putih, halia dan lada putih dengan minyak jagung.


2. Tambah air dan ubi kentang dan masak sampai kentang empuk.


3. Masukkan ketam dan renih dengan api perlahan.


4. Tambah garam.


5. Tutup api dan hias dengan daun sup dan bawang goreng.


6. Kalau ada daun saderi dan lobak merah, boleh tambah juga. Save time tak payah masak sayur dah. Haha !!.

Selamat Mencuba 3 Resepi Sup Ketam ni ya ! InsyaAllah sedap, mudah, sihat dan dapat membantu tambah platlet semasa demam denggi.

Sumber : Ibustory.com

Cara Buat Pati Daun Betik Untuk Demam Denggi

Macam mana nak elak denggi? Kadang-kadang kita dah jaga persekitaran rumah supaya tak ada air bertakung. Dah sapu losyen anti nyamuk.. Tiba-tiba ja dah ada tanda-tanda nak kena demam denggi. Ujian untuk kita dari Allah.. Apa yang kita boleh usahakan, buat ja. Mudah-mudahan Allah bantu dan pilih kita untuk atasi penyakit bahaya ni. 

Bila suhu demam kita tinggi dan doktor suspect kita kena denggi, dia akan suruh kita ambil ujian darah. Beberapa jam dapat result. Bacaan platlet darah untuk orang sihat dan normal 150 ke atas. Kalau demam denggi, 100 ke bawah tapi kalau bawah 150 tu, langkah berjaga-jaga dan rawatan awal dah kena mula.

Demam denggi tak ada ubat pun. Kalau keta tahan kat wad, kita mungkin akan dimasukkan air. Lain-lain ubat bergantung pada keadaan diri sendiri. Kalau demam, diberi vitamin c dan ubat demam. Kalau muntah dan susah nak makan, boleh minta ubat muntah.

Kalau tak nak sebarang ubat dan nak rawatan tradiosional pun, adalah pilihan kita. Nutriferon, ESP, Vitamin C, Performance Drink dan Vivix a.k.a Supplemen Untuk Lawan Denggi adalah antara produk yang saya cadangkan untuk demam denggi. 

Selain tu, tak lain tak bukan air daun betik dan sup ketam adalah sangat glamur dan serasi dengan kebanyakkan orang untuk menambah platlet darah. Resepi sup ketam ada saya kongsikan di sini. InsyaAllah saya tempek kat sini juga nanti.

Kali ni, saya nak kongsikan 'Cara nak buat air dari daun betik atau pati daun betik' .

Daun Betik yang Legend
1. Ambil 2 helai daun betik dan basuh.
2. Rendam daun selama 15 minit.
3. Bilas setiap daun bersih-bersih.
4. Tos dan keringkan daun.
5. Potong daun halus-halus.



Tapis dan picit -picit dengan sudu untuk keluarkan arinya.



6.Tumbuk daun sampai lumat. Kalau guna pengisar, jangan tambah air.
7. Gunakan penapis dan tekan dengan sudu untuk keluarkan air atau pati daun betik.

Pati daun betik yang sudah siap hasil dari 2 helai daun.


8. Air daun betik yang sudah siap boleh disimpan dalam botol.


Cara makan :
Ambil 2 sudu makan air betik setiap hari selama 3 hari berturut-turut.
Untuk kanak-kanak, minta pandangan doktor dulu.

Ini Cara-cara buat jus atau pati daun betik yang sangat ramai orang serasi dan cuba untuk naikkan platlet darah jika kena demam denggi. Gambar ni kawan share dalam group whatapps.


Jangan lupa kongsikan tutorial bergambar 'Cara Buat Air Daun Betik untuk Demam Denggi' ini jika manfaat.

Nak tahu apa cadangan pakar untuk demam denggi?


Nak Rawat Demam Denggi Tanpa Ubat? from iReach HD on Vimeo.


Ida Khairani Ahmad
www.mysupervitamins.com

Langkah Awal dan Rawatan untuk Kehamilan di Luar Rahim


Pada entry ini saya akan kongsikan langkah awal selepas wanita merasakan mereka hamil di luar rahim atau perasaan mengandung yang luar dari biasa. Untuk lebih terperinci tentang simptom awal dan lain-lain tanda, boleh rujuk entry ini 'Tanda Awal dan Mengapa Wanita Mengandung Luar Rahim'.

Apakah langkah awal yang perlu wanita lakukan jika merasakan simptom-simptom kehamilan di luar rahim?


Berjumpa doktor dan mereka mungkin akan menjalani pemeriksaan dalaman untuk mengesan lokasi kehamilan, serta ujian kehamilan yang sensitif. Ujian darah akan mengukur tahap hormon chorionic gonadotrophin (hCG). Ia akan memberitahu bukan sahaja samada anda hamil atau tidak, malah akan menunjukkan samada tahap hCG anda lebih rendah daripada yang normal, yang mana ia merupakan satu tanda kehamilan di luar rahim. 

Doktor akan menjalankan pemeriksaan ultrabunyi melalui faraj, memandangkan kehamilan ini mungkin tidak dapat dikesan melalui imbasan pada perut. Kadang-kala, keputusannya tidak tepat dan anda mungkin perlu membuat imbasan lagi selang beberapa hari. 

Jika doktor mengesyaki kehamilan di luar rahim tetapi belum dipastikan melalui pemeriksaan ultrabunyi, anda perlu menjalani pemeriksaan laparoskopi. Ia dilakukan dengan cara memasukkan sejenis alat pemerhati kecil ke dalam perut melalui satu potongan kecil untuk memeriksa tiub-tiub falopio.

Rawatan untuk kehamilan di luar rahim

Laparoskopi
kerana ia lebih cepat,  kurang darah yang hilang semasa pembedahan ini. Wanita yang menjalani pembedahan untuk rawatan luar rahim tidak perlu tinggal lama di hospital dan kurang ubat penahan sakit yang diperlukan.




Pembedahan Perut Terbuka
Jika tiub anda telah pecah, doktor biasanya akan mencadangkan pembedahan perut terbuka kerana ini merupakan cara yang paling cepat untuk mengurangkan kehilangan darah. Dalam sesetengah kes, pemindahan darah mungkin diperlukan untuk menggantikan darah yang hilang. 


Perlukah tiub Falopio dikeluarkan bersama kehamilan atau tidak?


Samada tiub dan kehamilan itu dikeluarkan bersama-sama, atau kehamilan dikeluarkan dan tiub dibaiki bergantung kepada: 
  • tahap kerosakan tiub falopio
  • tahap kesihatan tiub falopio yang satu lagi
  • keinginan anda untuk hamil lagi

Tiub Falopia masih dapat diselamatkan dalam kehamilan luar rahim jika

Kehamilan tersebut terus berlangsung dan memerlukan ubat metotreksat yang menggugurkan kehamilan, atau pembedahan susulan untuk mengeluarkannya. Biasanya dalam kes-kes di mana tiub tersebut dapat diselamatkan ini kira-kira 4 peratus dengan kaedah pembedahan lubang kunci dan 8 peratus dengan kaedah pembedahan terbuka.

Ubat Metotreksat untuk Kehamilan di Luar Rahim
Metotreksat kadang-kala boleh digunakan untuk merawat kehamilan di luar rahim dan pesakit tidak perlukan pembedahan. Rawatan ini lebih efektif pada awal kehamilan, apabila hormon kehamilan masih di tahap yang rendah, dan ia boleh digunakan jika tiada pendarahan berlaku dan tiub tersebut belum pecah. Kehamilan itu akan gugur dan diserap oleh si ibu, yang kemudiannya akan mengalami pendarahan selama beberapa minggu. 

Tunggu dan lihat jika tiada pundi telur dikesan
Dalam kes-kes tertentu di mana kehamilan di luar rahim telah dikesan dari awal lagi tetapi lokasi sebenar belum dipastikan, tiada rawatan akan dicadangkan. Ini dipanggil pengurusan ekspektasi atau "tunggu dan lihat". Ini kerana, banyak kehamilan di luar rahim yang gugur dengan sendirinya, terutamanya dalam kes di mana tiada pundi telur dikesan dan hormon kehamilan masih di tahap sangat rendah. Dalam kes-kes ini, pengurusan ekspektasi dapat mengelakkan pembedahan sehinggalah ia tidak dapat dielakkan lagi. 

Sumber dan Credit

Adakah kehamilan luar rahim akan menyebabkan wanita menjadi tidak subur. Adakah kehamilan luar rahim akan berulang? Saya akan kongsikan di entry berikutnya..
Jika maklumat ini berguna, kongsikan.


Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor ID 846056


Order Form & Email
Nak Join Jadi Ahli SHAKLEE


Jika anda rasa artikel ini berguna, jangan lupa untuk kongsikan demi manfaat bersama.

Tanda Awal dan Mengapa Wanita Boleh Mengandung Di Luar Rahim

Mengandung atau hamil luar rahim bukanlah perkara yang asing. Ibu saya dahulu juga mengalaminya dan juga ibu sahabat saya. Mengandung di usia lanjut, luka di tiub falopio antara penyebab wanita mengandung luar rahim. Namun, tidak bermaksud ibu yang mengandung luar rahim, tidak berpeluang lagi untuk hamil pada masa depan. 

Apa Maksud Mengandung Luar Rahim? 

Mengandung luar rahim juga lebih sinonim dengan nama ectopic pregnancy. Maksud perkataan ectopic ialah "di tempat yang salah". Dalam kebanyakan kes kehamilan di luar rahim (95 peratus), implantasi berlaku dalam tiub falopio, dan sebab itulah ia juga dikenali sebagai kehamilan tiub (tubal pregnancy). Apabila kehamilan ini berkembang, ia menyebabkan kesakitan dan pendarahan, dan jika dibiarkan, tiub falopio tersebut boleh pecah dan mengakibatkan pendarahan dalaman. 

Jika ini berlaku, ia boleh mengancam nyawa. Kehamilan seperti ini tidak bertahan lama kerana ia tidak dapat dialihkan ke dalam rahim. Jadi ectopic pregnancy harus digugurkan sepenuhnya. 






Bilakah kehamilan luar rahim boleh dikesan?

Kehamilan di luar rahim biasanya dikenalpasti di antara minggu ke-4 dan ke-10. Simptom-simptomnya biasanya berlaku kira-kira dua minggu selepas tidak datang haid. 


Mengapakah wanita boleh mengandung di luar rahim?

Biasanya, telur yang telah disenyawakan biasanya mengambil masa lima hingga enam hari untuk bergerak melalui tiub falopio dari ovari ke rahim di mana ia akan diimplantasi atau melekat dan mula berkembang. 

Antara faktor telur gagal ke ovari dalam kehamilan luar rahim adalah apabila tiub tersebut telah rosak, menyebabkannya tersumbat atau sempit, lantas menghalang telur tersebut daripada sampai ke destinasinya. Oleh itu, telur yang disenyawakan akan terimplan di dinding tiub, bukannya di dinding rahim. 


Siapa yang berisiko untuk mengandung di luar rahim?

Mengandung di luar rahim boleh berlaku kepada mana-mana perempuan, tetapi ada situasi-situasi tertentu yang meningkatkan risiko ini. Antaranya: 
  • Wanita yang pernah menghidap penyakit radang pelvik (pelvic inflammatory disease- PID). PID sering kali disebabkan oleh jangkitan kelamin klamidia (chlamydia) dan menyebabkan kerosakan dan luka pada tiub falopio. 
  • Wanita yang mengalami endometriosis tiub. Mereka lebih berisiko kerana ini meningkatkan risiko calar dan luka pada tiub falopio.
  • Wanita pernah membuat pembedahan di bahagian perut, termasuk pembedahan membuang apendiks, caesarean atau pembedahan pada tiub falopio.
  • Wanita yang hamil melalui kaedah IVF. Bakal ibu seharusnya membuat imbasan awal untuk melihat di mana embrio telah diimplantasi.
  • Wanita yang menggunakan IUD yang mengeluarkan hormon progesteron (IUS, juga dikenali sebagai lingkaran Mirena) atau jika anda mengambil pil mini pencegah kehamilan. Kedua-duanya dikaitkan dengan kadar kehamilan di luar rahim yang sedikit tinggi.
  • Wanita yang merokok.
  • Wanita yang pernah mengalami kehamilan di luar rahim. Risiko untuk hamil di luar rahim meningkat daripada 1 dalam 100 kepada 1 dalam 10.
  • Risiko hamil di luar rahim juga meningkat apabila umur semakin bertambah. 


Apakah simptom-simptom kehamilan di luar rahim?

Tanda-tanda awal wanita mengandung luar rahim hampir sama dengan haid atau keguguran seperti senggugut dan keluar sedikit darah. 

Walau bagaimanapun, ada beberapa simptom awal yang unik yang boleh membantu mengenal pasti kehamilan di luar rahim seperti: 

Simptom awal mengandung luar rahim

1. Pendarahan faraj yang tidak normal

Darah ini biasanya berbeza daripada haid biasa, samada darah lebih banyak atau sedikit, dan mungkin warnanya lebih gelap daripada biasa dan cair (sesetengah orang menggambarkannya seperti "jus prun"). 

2. Sakit yang teruk dan berterusan di satu bahagian pada bawah perut 

Ini adalah simptom yang biasa. Jika anda mengalaminya dan anda mengesyaki anda hamil, anda harus berjumpa doktor. 


Lagi Tanda-tanda Wanita Mengandung di Luar Rahim


Jika kehamilan di luar rahim ini tidak dikenal pasti dari awal, dan tiub falopio menegang akibat pembesaran embrio sehingga ia pecah, maka mereka akan mengalami simptom-simptom berikut: 

  • Sakit yang teruk dan berlaku tiba-tiba, dan beransur-ansur merebak ke seluruh bahagian perut.
  • Berpeluh, rasa seperti hendak pitam, cirit-birit atau terdapat darah dalam najis.
  • Tidak sedarkan diri akibat pendarahan dalaman yang teruk.
  • Sakit pada hujung bahu. Ini boleh berlaku jika pendarahan dalaman itu mengganggu organ dalaman lain seperti diafragma (rusuk).

Sebarkan ilmu ini jika ia bermanfaat. Sebagai ibu dan wanita, pastikan kita sentiasa sedar tentang perubahan diri terutama jika ia kesakitan di bahagian rahim dan perut. Ketahui apa yang perlu ibu lakukan jika mengalami simptom awal kehamilan luar rahim pada entry seterusnya. Jaga kesihatan diri dan hargainya sejak awal.


Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor ID 846056


Order Form & Email
Nak Join Jadi Ahli SHAKLEE


Jika anda rasa artikel ini berguna, jangan lupa untuk kongsikan demi manfaat bersama.

Fungsi Vitamin C untuk ibu mengandung

Fasa kehamilan sangatlah mengujakan! Rata-rata ibu sangat gembira membeli persediaan menyambut bayi. Usah diabaikan kepentingan menjaga kesihatan kerana bayi yang sihat dan sempurna adalah hasil dari ibu yang menjaga kesihatan ! Perlukah ibu mengambil vitamin semasa mengandung? Ketahui fungsi Vitamin C untuk ibu mengandung !


Fungsi Vitamin C secara umum

Vitamin C, juga dikenali sebagai asid askorbik, adalah penting untuk membaiki tisu, penyembuhan luka, pertumbuhan tulang dan pembaikan, dan kulit yang sihat. Vitamin C juga membantu melawan jangkitan badan dan ia bertindak sebagai antioksidan, melindungi sel-sel daripada kerosakan.


Fungsi Vitamin C untuk ibu mengandung

Kedua-dua ibu dan bayi memerlukan vitamin ini setiap hari - ia perlu bagi tubuh untuk membuat kolagen, struktur protein yang juga satu komponen tulang rawan, tendon, tulang dan kulit. Sesetengah penyelidik percaya bahawa kekurangan vitamin C pada bayi yang baru lahir boleh menjejaskan perkembangan mental.






Vitamin C sebagai Anti Oksida untuk ibu mengandung

Vitamin C adalah anti oksida yang membantu badan ibu yang mengandung jika mempunyai toksin semasa kehamilan. Vitamin C mempunyai kebaikan meneutralkan radikal bebas dan menguatkan sistem imun. Selain itu, Vitamin C membantu ibu hamil membentuk plasenta yang sihat.



Vitamin C vs Zat Besi untuk ibu mengandung

Ramai ibu mengandung yang mengalami anemia hingga menyebabkan mudah pening dan tidak stabil ketika berdiri. Ibu mengandung yang mengalami anemia dan rendah bacaan hemoglobin disyorkan mengambil zat besi. Fungsi Vitamin C untuk ibu mengandugpula adalah membantu usus menyerap lebih banyak zat besi dari makanan supaya ibu hamil tidak mengalami anemia.

Vitamin C dengan formula yang bergabung dengan vitamin E juga mungkin direkomenkan oleh mengelakkan tekanan darah tinggi semasa mengandung dan kelahiran pra-matang.

Vitamin C turut membantu ibu mengandung yang ada asma, alergik atau alahan, senang sakit, selalu selsema dengan menguatkan anti bodi dan melawan pengoksidaan dan mengurangkan sakit muscle dengan membantu penghasilan kolagen.



Dos Vitamin C untuk ibu mengandung

Securing-kurangnya, ibu mengandung perlu mengambil 85 mg Vitamin C setiap hari.
Maksimum 2000 mg sehari iaitu upper tolarance.

Jika ibu mengandung hendak mengambil lebih dos dalam sehari, dinasihatkan ambil sedikit demi sedikit mengikut penerimaan badan dan keperluan seperti jika disahkan ada anemia, kurang vitamin c, demam atau selsema.

Vitamin C yang berlebihan akan dikeluarkan melalui air kencing kerana vitamin c jenis larut air. Disebabkan ini juga, vitamin c tidak kekal dalam badan dan perlu diambil setiap hari.

Vita-C Plus Shaklee adalah sustained release iaitu dilepaskan 100 mg vitamin c setiap jam selama 5 jam. Kandungan ascorbic asid adalah 553 mg per kapsul dan 120 mg bioflavonoids yang memaksimumkan keberkesanan vitamin c.



Overdose Vitamin C

Namun, jika badan reject dan tidak menerima lebihan dosage vitamin c, badan akan menunjukkan tindak balas.  Terlalu banyak vitamin C boleh menyebabkan loya, kekejangan perut, cirit-birit, sakit kepala, keletihan, insomnia, panas badan dan ruam.

Tanda Kekurangan Vitamin C

Walaupun 85mg adalah optimum dos vitamin c dan kita boleh dapat dari makanan, kita kena alert tanda kekurangan vitamin c. Tanda kekurangan vitamin c seperti gusi berdarah, senang lebam, penat, sakit sendi, masalah penghadaman, senang dijangkiti selsema atau demam selsema, lambat baik dari luka dan kehilangan berat badan.

Sebagai ibu mengandung, pastikan anda mendapatkan vitamin c secukupnya dalam diet harian demi kesihatan diri dan bayi yang dikandung. Jika semua orang yang tak mengandung pun memerlukan vitamin c, apa lagi ibu yang membawa satu nyawa yang mengharapkan nutrisi dari ibunya.


Untuk terus membeli Vit C terbaik, boleh dapatkan di E Sell Vitamin C atau hubungi pengedar di bawah.


Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor ID 846056


Order Form & Email
Nak Join Jadi Ahli SHAKLEE


Jika anda rasa artikel ini berguna, jangan lupa untuk kongsikan demi manfaat bersama.

Aturan Cara Makan Vitamin Paling Senang dan Asas

Bagaimana aturan dan cara makan vitamin paling senang dan asas untuk dijadikan amalan yang betul dan berkesan?

Cara Makan Vitamin

1. Makan vitamin dengan makanan untuk meningkatkan penyerapan. 

Kalau vitamin jenis larut lemak iaitu A, D, E, K elok dimakan dengan makanan berunsur lemak.
Contoh jika kita lunch makan nasi lauk daging.. Jadi eloklah diambil vitamin E selepas makan tengah hari supaya vitamin E dapat larut dalam lemak, bantu penyerapan nutrisi penting dan beri kesan optimum pada tubuh.

2. Jika kita rasa pening dalam masa setengah jam ambil vitamin, kemungkinan makanan masih tak cukup dalam perut.

Ini pernah terjadi pada saya kalau saya ambil Vitalea selepas makan makanan yang ringan sahaja.

3. Untuk lebih penyerapan dan keberkesanan, elok diasing-asingkan pengambilan vitamin. 

Kalau setakat 2-3 jenis serentak tu no problem. Ini kalau High Doses ni..Macam > 5 jenis serentak dengan bilangan yang banyak. Jika begini, elok dijarakkan waktu pengambilan sepanjang hari.


Uniknya sains dalam vitamin Shaklee, setiap vitamin telah dicipta untuk diserap badan pada masa dan tempat yang sesuai dan paling tepat di dalam tubuh !




  • Vitalea dicipta dengan coating folic asid yang dibebaskan sebaik sahaja tiba di perut.
  • Caratomax, E dan Omega hanya berfungsi pada nilai pH tertentu membuatkan ia terpelihara dari asid perut dan hanya dibebaskan sebaik tiba di usus.
  • Vitamin B dan C dibebaskan mengikut masa tertentu dan berjaya mengekalkan nutrisi B dan C dalam darah sepanjang 12 jam.


Tahniah kerana anda telah berjaya makan vitamin yang terbaik dengan memilih hanya jenama Shaklee. Jika anda perlukan bantuan menyusun jadual makan selepas membeli dengan saya, hubungi saya. Selalunya saya memang bantu para pelanggan saya dan ianya ekslusif untuk anda sebagai value added dari saya.


Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor ID 846056


Order Form & Email
Nak Join Jadi Ahli SHAKLEE

Jika anda rasa artikel ini berguna, jangan lupa untuk kongsikan demi manfaat bersama.

Cara Untuk Berjaya Dalam Shaklee Tahun 2015

Untuk persediaan mendapat yang TERBAIK, kita kena fikir yang TERBAIK! Mari kita kayakan diri dengan ilmu. Nak buat apa pun wajib dengan ilmu untuk betul-betul berjaya. Untuk berjaya dalam Shaklee, saya kongsikan Cara Untuk Berjaya Dalam Shaklee Tahun 2015. Tip ni, saya kongsikan di ibustory.com, jadi untuk pembaca Mysupervitamins, saya kongsikan lagi di sini.

Macam mana nak berjaya dalam bisnes Shaklee yang tak susah dan tak senang ni? Sebenarnya kalau kita FOKUS dan follow rapat-rapat apa yang mentor pesan, tempoh bersusah-susah tu kita yang tentukan sendiri..1 atau 2 tahun.. Kalau tak berapa nak fokus, tempoh bersusah-susah tu lebih lamalah.. Namun kalau kita konsisten dan tak putus asa, insyaAllah tetap akan tiba waktu bersenang-senang tu..

Apa maksud bersenang-senang tu? Waktu menuai hasil kerja keras kitalah.. Boleh melancong atau tunaikan segala hajat dan impian kita dengan enjoy sekali !

seminar menambah ilmu oleh jutawan master cery
 

Apa Cara Nak Berjaya Dengan Shaklee Tahun 2015?

 
Falsafah-Shaklee

1. Kenal Syarikat iaitu 'Shaklee'

Kenal dan baca pasal company Shaklee. Jatuh Cinta..Suka dan bangga dengannya. Siapa pengasasnya? Dr. Forrest Shaklee ! Kenapa dicipta vitamin semulajadi dan apa kisahnya... Kalau kita ambil tahu, mesti kita rasa special dan bertuahnya wujud company Shaklee ni.. Walk The Talk ! Sentiasa menjaga alam dan yakin kita dapat sembuh dan sihat dengan hasil bumi tanpa merosakannya.

Info-Syarikat-Shaklee

2. Kenal Produk Shaklee

Produk Shaklee ni banyak tau! Dari supplemen yang dipaten dan paten tertunda, produk kecantikan dan kebersihan isi rumah. Semuanya hijau, selamat dan berkesan! Perlulah study dalam-dalam tentang setiap produk Shaklee dan kenapa perlu pilih Shaklee berbanding jenama lain. Bila dah tahu, baru kita yakin untuk menggunakannya dan berkongsi pada orang lain.
Betulkah-Shaklee-Bagus?

3. Jaga Pelanggan Shaklee

Pelanggan kenalah jaga betul2. Follow up. Itu bezanya MLM Shaklee dengan supplemen lain yang dijual di farmasi. Di farmasi, adakah orang yang akan contact tanya ok tak ok produk tu selepas kita dah guna.
Shaklee-is-about-sharing

4. Master Checklist !

Master Checklist kami merangkumi banyak aspek.. All rounded ! InsyaAllah dalam kita berniaga, yang halal kita jaga. Yang memberi rezeki kita utamakan. Bila yakin dan konsisten dengan amalan Master Checklist ni, customer akan datang sendiri, insyaAllah.
 
Selain tu, ada lagi Cara Nak Berjaya Dengan Shaklee Tahun 2015 dengan menggunakan Tip Pikat Pelanggan dengan  menyentuh 5 Lampu Ajaib yang memotivasikan manusia untuk bertindak! Walaupun kami sering berhubung secara online untuk coaching, namun sentuhan magika secara bersemuka ni memang best ! Sebab tu, saya nasihatkan anak Shaklee Extraordinary Team, jika mahu berjaya rebut ja segala peluang yang ada untuk menuntut ilmu. Nak berjaya jangan beralasan ! Kena rajin dan rajin !

InsyaAllah, tahun 2015 ni kami akan reach lebih ramai orang untuk dibantu. Sama-samalah kita menjadi lebih Sihat dan Nikmati kehidupan ini dengan mencari rezeki yang halal dan redha Allah. Di akhirat juga kekal selamanya. Kalau kita konsisten Tip Nak Berjaya dengan Shaklee Tahun 2015 ni betul-betul, tambah pula dengan coaching online dan offline, insyaAllah impian kita akan tercapai ! 

Shaklee Invites You To Dream Again !


Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor ID 846056


Order Form & Email
Nak Join Jadi Ahli SHAKLEE

Jika anda rasa artikel ini berguna, jangan lupa untuk kongsikan demi manfaat bersama.