Apa vitamin wajib untuk ibu yang selalu lemah, penat dan tak bertenaga

Masa zaman mak dara masih anak sorang dulu, mak seorang yg senang penat 🙈.. Walaupun begitu, relax ja la, bila anak tidur boleh join tidur sekali 😁..
.
Bila mula mengandung anak no. 2
& abangnya masih kecil, mak dah mula risau. Tak boleh jadi ni. Kena juga makan something utk bagi cergas. Takleh mandom. Kesian kat anak.
.
Kenangan ke Gold Coast semasa sarat mengandung 8 bulan

.
Jadi mulalah berjinak-jinak dgn supplemen. Mula dgn Multivitamin @ Vitalea, Vitamin C dan B Complex, set basic ibu hamil. Masa beli ni dah mengandung tapi vitamin tu bertahan sampai bersalin baru habis. Punyalah tunggang langgang makan.

cara lawan rasa penat
Vitamin Optimum untuk memberi melawan rasa penat


Bila dah beranak dua, lagilah kena makan sebab kesian kat abang yang asyik kena main sorang sebab mak dia asyik flat dan mandom ja. Kali ni bila konsisten supplemen yang sama.. Barulahhh..... WOW ! Memang berkesan!!! Badan cergass & lebih banyak masa kualiti dgn anak.
.
Sebab tu la hakikatnya saya yang dulu anak dua dan sudah anak tiga ni, lebih cergas dari masa anak seorang sahaja.
.
Supplemen yang berkualiti kalau ambil betul2 memang la berkesan & WOW effect. So jangan malas makan vitamin Shakleee ok !
.

Ida Khairani
http://www.mysupervitamins.com

Betul ka semua MLM penipu ??

Ada satu benda ni yg saya mmg percaya la Shaklee takkan fail, iaitu bayar BONUS ! Haha !!!
.
Banyak betul bisnes lain yg orang sanggup buat loan 5-10K, lepas tu kena jual plk brg harga 2K, lepas tu kena pula ajak orang lain buat loan 5-10K...

.
Mungkin itu KACANG bagi mereka tapi nak MEMBUNUH DIRI bagi saya. Silap2 boleh hangus macam tu ja duit. BONUS ke mana tapi kena kerja lain utk bayar LOAN plk.
.
Sesuai dgn kapasiti saya, RM65 ja untuk start up Shaklee. Namun kalau beli vitamin yang confirm kita nak guna RM 800, membership tu FREE. Supplemen yang kita budget nak guna tu kalau tak laku,boleh jual. Memang LAKU pun, asal kita mula berkongsi. Ini cara saya start dulu.
.
Then bermula dari tu, BONUS pertama dapatlah RM40 jerr. Itu pun buat saya percaya ! Join tupperware beli byk, tak plk dapat bonus. 😄.. Tu yg dapat RM40 pun excited !!!.
.
Shaklee tak pernah gagal bayar BONUS bagi yang layak.

.
Sehingga kini, Shaklee tak pernah gagal bagi BONUS walau pernah mencecah 5 angka. Incentif yg diorang OFFER pun clear dan ditunaikan dengan mewah sekali. Iyalah company dah establish dan BRANDED !
.
Kawan saya ada buat bisnes dropship, dia kata Shaklee best la well organized! Tak berserabut macam kompeni tu sampai dia pula rasa nak pi sekolahkan mereka.
.
Itulah, pentingnya company yang saya PERCAYAI ni. Well organized dan tak akan MENIPU, dari segi BONUS dan produk SUPPLEMEN SEMULAJADInya.
.
Saya sudah ? Korang bila pula ?? Mana lagi nak dapat bisnes dgn hanya berkongsi kebaikan untuk kesihatan orang lain dan bermodalkan kurang RM70.
.
Ida Khairani Ahmad
http://www.mysupervitamins.com

Kelas Fly Utara di cawangan Shaklee Seberang Jaya

Semasa cuti sebelum berpuasa yang lepas, saya balik kampung di Pulau Pinang. Rumah mak saya memang dekat dengan cawangan Shaklee Seberang Jaya. Sebab tu selalu ja dapat permintaan produk Shaklee dari Pulau Pinang. Alhamdulillah, di kesempatan itu, saya dapat juga sertai Program anjuran adik beradik Shaklee saya.

Menuntut ilmu walau di mana sahaja

Mereka ada yang sudah bergelar Master Coordinator Shaklee, namun masih bekerjasama untuk membantu anak - anak Shaklee lain. Actually saya tak layak sebab dah Key Coordinator tapi bernasib baik. Jadi dapatlah refresh balik.

Lihat gambar program Fly ni ya.

Demo dan belajar guna mesin karada

Mesin karada memberikan bacaan berat lemak, otot, visceral fat, subcutaneous fat 

Belajar tentang apa yang ada dalam sumber air kita dan kenapa perlu guna Shaklee Water Pitcher sebagai filter air
penyakit yang punca dari gemuk
Kenapa nak ambil Shaklee dan kenapa kena kurus? Sebab banyak penyakit dari dari keGEMUKkan

kelebihan cinch shake shaklee berbanding produk kurus lain
Apa istimewa set cinch shaklee shaklee berbanding brand lain

Ilmu marketing turut diajar oleh para Master



Untuk tambah pendapatan dan membina empayar Shaklee, kita tak perlu nak berjalan seorang diri. Kerjasama dari kenalan dalam Shaklee ada jika diperlukan. Banyak aktiviti yang sesuai dengan masa kita untuk tambah value added jika kita perlukan. Namun, bagi yang boleh FLY jauh secara berdikari, silalah kembangkan empayar mengikut cara sendiri.

Ini bisnes kita sendiri, bukan upline dan sideline. Bantu diri sendiri dan kongsikan dengan lebih ramai orang dengan ikhlas untuk terus berjaya.

Untuk menggunakan produk kesihatan terbaik Shaklee atau ingin sertai untuk mula membina empayar bisnes, hubungi saya sekarang.



Shaklee Independent Distributor Ida Khairani ( 846056 ) 
FB : Ida Khairani Ahmad 
Phone : 013 488 2382 
Email : admin@mysupervitamins.com 
Order Shaklee Online dan pos ke seluruh Malaysia 
 COD Shaklee kawasan : Seksyen 7 dan Shah Alam, Bandar Bukit Raja, Setia Alam, KLCC

Cara Elak Kejang dengan Paling Berkesan

Memang sakit bila otot kejang ! Kebas hujung jari pun dah sakit kalau gerak, inikan pula kejang otot. Apa punca kejang otot ni? 

kalsium bantu kejang otot
Elak terus kejang otot



Kejang otot berlaku bila otot bekerja berlebihan, kurang air dalam badan, otot tegang atau memegang sesuatu terlalu lama pun boleh menjadi punca kejang. Namun sebab - sebab ini tidaklah rigid. Banyak la berlaku kes kejang tanpa tahu sebabnya. Bekalan darah yang tak cukup pun boleh buat kejang.

Siapa yang sering alami kejang otot dan mengapa ia terjadi?

Biasa kita dengar atlit sering alami kekejangan otot. Sejak zaman sekolah dahulu pun, yang sering kejang adalah yang sedang bermain sukan. Untuk elak kejang, senaman sebelum dan selepas bersukan sangat penting. Tahu tak, kekurangan kalsium, potasium dan magnesium juga menjadi punca seseorang itu mudah kejang walaupun bersenam dengan rutin yang betul. Jadi, untuk elak kesakitan akibat kejang otot, keperluan kalsium tidak boleh diabaikan sama sekali.

Selain itu, ibu hamil juga senang kejang. Sekali lagi ini mengesahkan bahawa kekurangan kalsium adalah punca otot kejang. Ibu hamil dan ibu yang menyusukan bayi, akan berkongsi nutrisi dengan bayi mereka. Jika kalsium tidak mencukupi. kalsium simpanan juga akan diambil. Akibat dari kekurangan kalsium yang sangat teruk, gejala kurang kalsium iaitu kejang, gigi rapuh dan sakit pinggang akan ibu alami. Lebih teruk, bayi turut kekurangan kalsium jika simpanan kalsium ibu juga masih belum mencukupi untuk keperluan bayi.  Cukupkan keperluan kalsium ibu hamil dan menyusu untuk elak kejang otot.

Siapa lagi? Jangan tak tau, perempuan yang sedang period / menstrual pun boleh alami kejang. Kemungkinan besar adalah kerana kehilangan darah yang banyak. Kalsium dapat membantu mengurangkan kekejangan semasa kitaran haid wanita tau.. 



Supplemen kalsium terbaik di dunia
Penting ka tak penting kalsium ni?

Walaupun andalah pemenang pingat perak Olimpik seperti Lee Chong Wei sekalipun, jangan abaikan keperluan kalsium. Ostematrix Shaklee membekalkan 1000mg kalsium dengan 4 tablet harian untuk menepati keperluan kalsium seorang dewasa tau. Kenapa tidak 1 kapsul sahaja? Kalsium adalah mineral padat yang susah diuraikan jika telah dimampatkan. Untuk membantu penyerapan kalsium dalam badan,  Shaklee menyediakan Ostematrix dalam bentuk mudah diserap dengan kandungan 250mg 1 kapsul.

Perbezaan yang membuatkan Ostematrix Shaklee perlu dipilih berbanding jenama lain adalah kerana ia lengkap dengan magnesium dan vitamin D yang sangat membantu kalsium diserap dan bekerja dengan lebih baik. Fungsi tulang dan sendi dapat dipulihkan dengan lebih cepat kesan jika kita mempilih supplemen kalsium yang tepat dan lengkap begini.

Untuk elak KEJANG yang menyakitkan itu dengan PALING BERKESAN, pastikan anda terus dapatkan Ostematrix Shaklee sekarang juga !

Shaklee Independent Distributor Ida Khairani ( 846056 ) 
FB : Ida Khairani Ahmad 
Phone : 013 488 2382 
Email : admin@mysupervitamins.com 
Order Shaklee Online dan pos ke seluruh Malaysia 
 COD Shaklee kawasan : Seksyen 7 dan Shah Alam, Bandar Bukit Raja, Setia Alam, KLCC



Apa pentingnya Shaklee Landmark Study ni dan kenapa Roger tak jual Shaklee lepas tu?

Seorang pakar EPidemiology dan Public Health bernama Dr Glady Blocks memang sangat mengambil berat tentang pemakanan dan diet rakyat Amerika. Visi yang sama menemukan beliau dengan Roger Barnett yang mencari saintific efidence bahawa produk SHAKLEE memberi impak kesihatan pada manusia. Jadi, setelah berjumpa dengan Roger Barnett, Shaklee bersetuju dengan syarat yang di kemukakan oleh Dr Glady Blocks untuk menjalankan Landmark Study dan memasukkan satu kumpulan pengguna Shaklee sebagai kumpulan responden.
.
Roger Barneet yang mahukan bukti kukuh bahawa produk Shaklee memang memberi kesan baik
Shaklee Landmark Study yang dijalankan selama 3 tahun dari 2004 hingga 2007 memang menunjukkan pengguna vitamin Shaklee mendapat kesihatan yang lebih baik, berbanding dengan pengamal vitamin lain, dan juga bukan pengamal suplemen. Nampak tak ? Sebagai seorang pencinta vitamin Shaklee, tentu kita semua bangga dengan pencapaian ini, kerana Shaklee sahaja yang betul-betul teruji dan diiktiraf oleh pihak ketiga yang mempunyai autoriti dalam bidang nutrisi . Dalam gambar ini secara mudahnya, menukar brand vitamin akan menukar tahap kesihatan anda. Keputusan ini juga menunjukkan pengamal shaklee tiada masalah buah pinggang. Darah pengamal shaklee mengandungi vitamin yang paling banyak, kerana vitamin Shaklee mudah di serap, berbanding vitamin lain. Walaubagaimanapun, kajian ini tidak menunjukkan makan suplemmen bukannya satu BULLETPROOF kepada penyakit kronik, cumanya risiko penyakit seperti diabetes dapat dikurangkan.



Keputusan Shaklee Landmark Study yang menunjukkan risiko penyakit yang berjaya diturunkan dengan pamakanan supplemen Shaklee.


Sekarang apa yang saya nak luahkan, atau ceritakan adalah dari sudut Roger Barnett pula. Kenapa keputusan ini sangat penting buat Roger ? Sebelum saya nak cerita tentang kehebatan Roger sebagai seorang businessman, saya nak anda bayangkan anda seorang pelabur dan multibilionaire macam George Soros, tak pun orang yang main hartanah macam Faizul Ridzuan. Anda pernah terfikir tak ? bila anda nak beli sesuatu hartanah, anda tentu buat kajian sedikit tentang latar belakang hartanah tersebut. Betul tak ? Lepas itu anda pun buat pinjaman, dan anda tentu sekali akan tunggu beberapa tahun, dan lihat bagaimana pelaburan berbaloi atau tidak. Biasanya, pelaburan akan menampakkan hasil pada 3 hingga 5 tahun. Ye, 5 tahun pertama, jika anda rasa hartanah itu sangat menguntungkan, tentu sekali anda akan simpan dan jaganya betul-betul, kalau tak menguntungkan, tentu sekali anda akan menjualkannya kepada orang lain. Seorang pelabur, ataupun businessman, memang dah faham adat resam untung rugi dalam business. Melabur duit banyak dan mengalami kerugian bukanlah ganjil dan pelik bagi businessman yang berjaya.

Shaklee diketuai oleh Roger yang mementing kesihatan dan mempunyai visi yang jelas

Jika anda faham contoh tentang pelaburan hartanah di atas, dan sifat seorang pelabur yang sejati, anda tentu boleh menghargai kredibiliti Roger Barnett sebagai seorang businessman. Bagaimana Roger Barnett membeli Shaklee dari syarikat Farmasi Jepun adalah kerana kesan produk Shaklee itu sendiri ke atas anaknya Spencer Barnett. Setelah melakukan kajian tentang Shaklee, akhirnya Roger dengan segak muncul di sidang media, diumumkan sebagai CEO baru Shaklee. Tapi langkah pertama membeli Shaklee belum tentu buat seseorang itu akan terus bersama Shaklee. Jadi, Roger Barnett dengan yakin sekali dengan permintaan Dr Glady Blocks untung melakukan satu Land Mark Study, di mana kredebiliti Shaklee akan tergugat, 50 tahun kewujudan Shaklee Corporation tercalar jika keputusan menunjukkan keputusan yang buruk terhadap pengamal Shaklee. Jadi, jika keputusan itu buruk, Roger Barnett tentu tiada masalah untuk menjual saham Shaklee kepada orang lain pula. Kerugian membeli Shaklee tentu sekali tidak akan menggugat Roger Barnett,yang sudah mempunya banyak sumber kekayaan , termasuklah Burberry dan Readers Digest.

Shaklee selepas Roger Barneet

Keputusan yang dikeluarkan oleh Dr Glady Blocks sangat sangat mengujakan Shaklee, dan juga Roger Barnett. Nampaknya keyakinan Roger tentang kehebatan produk Shaklee terbukti. Paling meyakinkan hanya Shaklee sahaja satu brand di dunia yang berani di uji kehebatan vitamin mereka berbanding brand lain. Dr Glady Blocks mengiktiraf, hanya Shaklee sahaja yang layak kerana kualiti dan juga beberapa kajian klinikal yang dilakukan terhadap vitamin Shaklee. Roger nampaknya tidak menoleh kebelakang. Pelaburannya untuk membeli Shaklee berbaloi, dan selepas Land Mark Study ini, Shaklee terus berkembang. Jika anda rajin mengikuti 100 years innovation of Shaklee, tahun 2007 adalah satu turning point yang sangat penting. Selepas Land Mark Study, Shaklee terus melabur banyak untuk melakukan kajian serta penambahbaikan kepada produk mereka.

Salah satu kesan/outcome dari Land Mark Study Shaklee ini ialah produk shaklee yang sangat power, diberi nama VITALIZER. Ye, kalau anda pernah baca sebelum ini, VITALIZER bukan sekadar makanan SID biasa, bukan sekadar multivitamin untuk ahli sukan, tapi ianya adalah pilihan ANGKASAWAN NASA. Mark Kelly menggunakan Vitalizer semasa misi di ISS pada tahun 2011. Tahun lepas pulak Scott Kelly, kembar Mark pulak berada selama setahun lebih di angkasa, 382 hari dipisahkan dengan Mark oleh NASA, hanya untuk menjalankan kajian kembar TWIN RESEARCH STUDY. Scott Kelly sentiasa mengamalkan Vitalizer setiap hari supaya kekal cergas di angkasa. Selain vitalizer, kita dapat tengok sendiri, Shaklee mengeluarkan vitamin anti-aging yang sangat power iaitu VIVIX pada tahun 2008, dan jugak produk lain seperti Mind Work pada 2014. Tahun 2015 shaklee melancarkan Dr Forrest Shaklee Innovation Center, dan tahun ini, di Orlando, Roger Barnett telah melancarkan aplikasi Health Print, yang dapat digunakan untuk membuat analisa tentang seseorang dengan cepat, dan vitamin yang sesuai untuk orang tersebut.

Sebagai seorang SID biasa, saya sangat sangat teruja dan kagum, bila mendapati kajian Land Mark Study ini sangat-sangat meyakinkan saya, vitamin Shaklee yang saya jual ini adalah vitamin world class, sangat berkualiti, digunakan oleh atlet olimpik yang memenangi pingat emas, dan juga digunakan oleh angkasawan NASA. Bagi saya Roger Barnett telah membawa Shaklee ke satu tahap yang tertinggi dalam dunia Nutrisi, sehingga Roger Barnett sendiri mengisytiharkan Shaklee sebagai tempat yang paling sihat dalam dunia ini. Roger Barnett telah mempatentkan banyak formula, dan juga marketing plan shaklee infinity yang tidak boleh ditiru oleh syarikat jualan langsung yang lain. Bagi saya, jatuh bangun saya dalam Shaklee, hanyalah satu perkara yang sangat sangat kecil, sangat biasa buat Roger Barnett. Dibandingkan dengan saya yang hanya membayar RM 70 untuk mendaftar sebagai seorang pengedar Shaklee, Roger Barnett pula telah membelanjakan berbilion ringgit, hanya semata-mata ingin membuktikan Shaklee adalah pilihan yang tepat bagi mereka yang inginkan kesihatan yang terbaik. Business Shaklee juga adalah pilihan yang terbaik bagi mereka yang percaya kepada analisisi dan kajian, bukan jual produk laku keras tapi bahaya. 

Sebab itu, saya sangat berharap, dan menyeru kepada kawan kawan SID lain, kita sama-sama datang ke Global Conference 2018 di USA dan berjumpa sendiri dengan Roger Barnett dan mengucapkan terima kasih kepadanya. Kalau tak dapat datang US, datanglah setiap event shaklee, National Conference Shaklee tahun depan. Setiap program yang Shaklee Malaysia semuanya dibawah pemantauan Roger Barnett , businessman yang sangat optimis dengan kehebatan produk Shaklee dan impaknya kepada kehidupan kita. Dan paling penting, jangan berhenti buat business Shaklee, teruskan berkongsi kebaikan dan cerita ajaib pengamal Shaklee. Business Shaklee adalah suatu business yang sesuai untuk orang tiada asas MARKETING, tapi mempunyai jiwa yang suka BERKONGSI kebaikan kepada orang lain.

7 tahun selepas Land Mark Study pertama, Roger Barnett tidak berhenti berbangga dengan pencapaian itu, tapi pada tahun 2014, Shaklee telah sekali lagi melakukan Land Mark Study kedua. Kali ini pemenang noble dalam biologi, Dr Elizabeth Blackbun mengetuai kajian tentang TELOMERE, satu pelindung cap pada kromosom kita. Land Mark Study 2 boleh diibaratkan satu lagi ikrar cinta Roger Barnett terhadap produk Shaklee. Nanti lepas ni insyaallah saya akan bercerita pula tentang Land Mark Study Kedua Shaklee. Memang sangat menarik, kerana ianya melibatkan pengamal VIVIX SHAKLEE.


Ida Khairani
013 488 2382
http://www.mysupervitamins.com

Cikgu dengan anak 7 pun buat Shaklee dan berjaya !

Sabtu lepas, saya dengan kawan-kawan menganjurkan dan menyertai iReach Superstar Award. Majlis ni kami adakan 3 bulan sekali utk meraikan kejayaan rakan-rakan iReach yang naik rank dan mencapai sale tertinggi.

Yang orang ternanti-nanti adalah sharing motivasi dari pemenang dan leader yang baru balik dr International Trip Shaklee.

Jom tonton bersama sharing dari Kak Nas ni. Bagaimana beliau bermula dari tak ada FB akaun pun, dari malu, dari hanya nak selesaikan masalah jerawat, hinggalah berjaya naik rank Supervisor dan mencapai bonus 4 angka.



Syok tak ? Bantu diri kemudian tolong orang lain selesaikan masalah kesihatan dan dapat reward yg lumayan. Alhamdulillah. Jom dengar !



Kalau anda nak lebih sihat dengan selamat. Juga perlukan pendapatan tambahan dengan cara yang halal dan sistematik, bukan skim cepat kaya & MLM haram jaddah, hubungi saya untuk saya tunjuk ajar.

Melalui BLOG, melalui FB atau melalui OFFLINE approach, cuba dan bina kekuatan sendiri !

Ida Khairani
Key Coordinator Shaklee.

Untuk mengamalkan Shaklee dengan konsultasi terbaik, anda juga boleh COD selain saya mengeposkan ke seluruh Malaysia dan Brunei ( pick up di Miri ). Area untuk janji temu adalah : Shah Alam Seksyen 7 dan sekitar, Bandar Bukit Raja, Meru dan Setia Alam.

Set Imun Booster Kanak-kanak

Apa yang dapat membantu anak-anak kita kekal sihat? Tak lain dan tak bukan, kita kena bantu mereka kuatkan sistem imum. Sistem imun adalah daya pertahanan diri dalam melawan penyakit. Sistem ini makanannya adalah nutrisi. Nutrisi diperolehi dari sumber makanan.

Kenapa anak kita lemah dalam melawan penyakit? Kerana pemakanan hariannya tidak mampu tampung keperluan badan membina tubuh dan melawan penyakit. Jadi, sebagai ibu bapa yang prihatin dan penyayang, sediakan juga supplemen yang berkualiti dan berkesan selain dari menjaga pemakanan anak kita.

Imun Booster Shaklee untuk Kanak-kanak
Selamat dan Berkesan


Supplemen - supplemen Shaklee di bawah ini elok diambil sebagai langkah pencegahan dan bila sudah terkena sebagai langkah menguatkan imun badan menentang jangkitan penyakit. Set Imun Booster Kanak-kanak terdiri daripada beberapa supplemen iaitu Vitamin C Chewable, Vitalea for Kids, Mealshakes, Nutriferon, Omega Guard dan sapuan Herbal Blend.

Beberapa penyakit yang sering menyerang kanak-kanak termasuklah

- demam
- batuk
- selsema
- HFMD
- denggi
- bronchitis
- asma
- pneumonia
- alahan /  alergik
- adhd
- autism


Namun, penyakit yang lebih serius mungkin memerlukan dos yang lebih besar.

Ok, apa kebaikan setiap satu supplemen dalam SET IMUN BOOSTER Kanak-kanak ini. Sebenarnya semua ni dah kira first aid untuk anak-anak dan seisi rumah. Namun, jika sudah tidak berkemampuan, parents boleh pilih ikut kemampuan dahulu.

Vitamin C Chewable

- antioksida yang baik untuk melindungi sel badan dari radikal bebas punca serangan penyakit.
- membantu meningkatkan keseluruhan kesihatan yang baik.
- mudah dihisap.
- rasa sitrus
- bagus melawan selsema

vitamin c untuk anak
Murah dan berkhasiat


Omega Guard

- Kaya DHA dan EPA untuk fungsi otak, mata dan jantung.
- membantu mengurangkan keradangan / bengkak/ inflammasi
- menggalakkan fungsi saraf
- bagus melawan asma, pneumonia, running nose, batuk berkahak

omega guard shakee untuk anak
Membantu kecergasan dan kecerdasan OTAK anak kita


Vitaea for children

- ada 18 vitamin dan mineral untuk support perkembangan normal anak kita dan cover kekurangan nutrisi sedia ada.
- tak merosakkan gigi,  rasa sweet asli xylitol bukan gula buatan yg menyebabkan kaviti
- rasa anggur sedap dan dalam bentuk boleh dikunyah

Multivitamin untuk anak
Rasa anggur yang sedap



MealShakes

- serbuk protin vanila yang sedap dibuat minuman
- menyediakan vitamin dan mineral pentung untuk tampung kekurangan menu harian dan keperluan tumbesan anak
- kaya serat dan kalsium untuk membantu anak lebih lawas dan elak sembelit
- sesuai sekali untuk anak yang picky eater dan mempunyai daya tahan diri lemah

minuman berkhasiat untuk anak
Minuman yang enak dan paling digemari anak2 yang picky eater


Nutriferon

- meningkatkan pengeluaran interferon semulajadi tubuh badan yang perupakan agen pengaktif kritikal dalam sisitem imun
- menyediakan imunisasi tahap tertinggi
- dalam bentuk serbuk dan dipek dalam sachet, boleh diambil begitu sahaja atau dibuat minuman.
- bagus melawan alahan, alergik dan semua penyakit.

nutriferon shaklee untuk asma, hfmd
Mulakan sejak mula untuk menguatkan antibodi anak kita


Herbal Blend

- losyen serba guna
- paraben free
- bantuan untuk kulit kering, ruam, mengelupas, gigitan nyamuk, terkena minyak atau air panas, demam campak.
- boleh disapu semasa demam untuk menyejukkan badan
- boleh disapu pada badan baby untuk lotion massage.

Herbal blend mysupervitamins losyen mustajab
Herbal Blend ni sudah jadi keperluan jika anda ada anak


Dalam nak memberikan yang terbaik untuk kesihatan anak2 kita, pastikan kita kena bertindak bijak. Pilih makanan tambahan yang bermutu tinggi, terbukti berkesan dan selamat diambil anak kita.  Untuk dapatkan mana2 supplemen dari Set Imun Booster Shaklee untuk Kanak-kanak, sila hubungi saya segera. Anak-kita kita, tanggungjawab kita.



Shaklee Independent Distributor Ida Khairani ( 846056 ) 
FB : Ida Khairani Ahmad 
Phone : 013 488 2382 
Email : admin@mysupervitamins.com 
Order Shaklee Online dan pos ke seluruh Malaysia 
 COD Shaklee kawasan : Seksyen 7 dan Shah Alam, Bandar Bukit Raja, Setia Alam, KLCC



Landmark Study : Bukti Shaklee Berkesan dan Sebab Kenapa Kena Pilih Shaklee

Semua orang boleh claim produk saya ni no# 1 di kampung saya, no# 1 di Malaysia, no# 1 di US tapi apa buktinya? Betulkah berkesan. Roger Barnett, CEO Shaklee pun tak puas hati suatu masa dahulu. Walaupun dia dah rasa best sendiri sebab dah guna dan berkesan, nak puaskan hatinya dan orang lain, biarlah ada BUKTI yang DIAKUI dan diIKHTIRAF ramai dan orang tak boleh kotak-katikkan.

Kenapa Shaklee berani nak buat Landmak Study ?


Sebab tu, dia pun cadang pada National Health and Nutrition Examination Survey ( NHANES ) untuk jalankan study dan survey ke atas supplemen Shaklee.

NHANES ni adalah satu badan survey di bawah National Center for Health Statistics (NCHS) yang dipercayai dan mempunyai reputasi yang tinggi dalam membuat survey berkaitan dengan status kesihatan dan nutrisi penduduk US.

Sebelum tu NHANES memang dan buat study dan kategorikan survey pada 2 kumpulan

  • pengamal vitamin
  • yang tidak amalkan vitamin.
dan kumpulan terbaru adalah
  • orang yang sudah amalkan suppelemen Shaklee selama lebih 20 tahun.

NHANES minta University of California ( Berkeley ) yang mengetuai Shaklee's Landmak Study ni dan melantik Prof Dr Gladys Block, otai bidang Epidmiology dan Public Health Nutrition sebagai ketua. Bila dah team asing yang buat, under NHANES dan Uni. Berkeley pulak tu, maksudnya apapun RESULT, Shaklee kena terima dan akan diserbarkan. Make it PUBLIC !

Kalau produk korang ada berani buat Landmark Study?

"I guarantee any other company would NOT have done this study, because they would be concerned about the possible outcome. We believed in our products and gave UC-Berkeley full control. You should be extremely proud of the results and because it will be 'peer reviewed' nobody can argue with you regarding the merits of the data.” - kata Senior VP of Marketing Shaklee.

Bila dah siap tu, SHAKLEE yang terlebih BERANI, telus dan memang nak SAFE, GREEN and always WORKs ni minta pula 3rd party scienticts untuk sahkan hasil survey tu, manalah tau salah ka, ada orang akan argue ka.

Projek ni lah kami kenali sebagai Shaklee 's LANDMARK STUDY dan keputusannya adalah…


  1. Individu yang mengamalkan produk Shaklee ternyata lebih sihat berbanding mereka yang tidak mengambil makanan tambahan atau multivitamin jenama lain.
  2. Pengamal Shaklee berjaya mengekalkan tahap normal bagi
  • tekanan darah 
  • homosisteina 
  • kolestrol HDL 
  • Protein c-reaktif 
  • trigliserida
Landmark Study Shaklee
Keputusan Landmark Study Shaklee



Shaklee's Landmak Study :
Shaklee terbuki lebih baik dari jenama lain


Shaklee's Landmak Study : Shaklee terbukti menurunkan kolestrol, triglyserida, c reactive protein dan homocysteine.


Shaklee's Landmak Study : Keputusan dan Perbandingan Pengguna Shaklee dengan Pengguna Jenama Lain dan Yang tidak mengambil supplemen.


3. Ini pula result berdasarkan penyakit

Shaklee's Landmak Study : Yang Berpenyakit pun RENDAH berbanding yang ambil jenama lain.


Shaklee's Landmak Study : Pengamal Shaklee yang diserang penyakit strok, diabetis, sakit jantung dan lain2 jauh lebih rendah berbanding yang tak ambil Shaklee dan tak ambil suppplemen langsung


Shaklee's Landmak Study : Mengamalkan Shaklee membantu turunkan risiko penyakit merbahaya seperti strok, kencing manis dan serangan jantung.



Pastikan produk korang berani dan confirm berkesan dan tidak memudaratkan kesihatan OK! Bertukarlah pada SHAKLEE yang serius dalam memelihara kesihatan dan bumi.


Shaklee Independent Distributor Ida Khairani ( 846056 ) 
FB : Ida Khairani Ahmad 
Phone : 013 488 2382 
Email : admin@mysupervitamins.com 
Order Shaklee Online dan pos ke seluruh Malaysia 
 COD Shaklee kawasan : Seksyen 7 dan Shah Alam, Bandar Bukit Raja, Setia Alam, KLCC

Set Menyusu Shaklee : Penerangan Lengkap Setiap Jenis dan Fungsi

Set Menyusu Shaklee terdiri daripada 4 set. Set paling lengkap dinamakan Set Menyusu Shaklee Premium. Selain ini ibu menyusu juga ada pilihan untuk memilih Set Menyusu Shaklee Asas, Set Menyusu Shaklee Enhancement atau Set Menyusu Shaklee Budget. Banyaknya jenis. Nak pilih  Set Menyusu yang mana satu dan apa bezanya?

Artikel ini akan menerangkan setiap set menyusu yang ada secara lengkap dan membantu ibu membuat pilihan tepat mengikut keperluan dan budget.

1. Set Menyusu Shaklee Premium


1. Set Menyusu Shaklee Premium
Set Menyusu Shaklee Paling Lengkap

Kandungan Set Menyusu Shaklee Premium :

Vitalea, Vitamin C, B Complex, Alfalfa, Ostematrix dan ESP

Siapa yang perlukan Set Menyusu Shaklee Premium?

  • Ibu yang kepenatan
  • ibu yang berniat menyusu secara ekslusif
  • ibu yang tak cukup tidur dan rehat
  • ibu yang mengalami sakit pinggang atau sendi/tulang,
  • ibu yang mudah jatuh sakit dan nak tingkatkan antibodi
  • ibu yang akan kembali bekerja tetapi masih perlukan stok susu yang banyak
  • ibu yang mengamalkan supply vs demand tetapi berat bayi masih tidak naik seperti sepatutnya
  • ibu yang ingin segera pulih semasa berpantang.
  • ibu yang asyik miss makanan yang berkhasiat mengikut piramid makanan

Berapa lama tempoh setiap supplemen dalam Set Menyusu Shaklee Premium?

Setiap produk mempunyai tempoh yang berbeza.
Vitalea: 4 bulan, B Complex : 4 bulan, Vitamin C : 6 bulan, Alfalfa: 1-4 bulan, Ostematrix: 1-2 bulan, ESP: 1-2 bulan.

Lebih menarik kesemua supplemen ini kecuali ALFALFA boleh diambil sejak ibu mengandung lagi dan menyokong perkembangan bayi.

Harga :


Set Menyusu Shaklee Premium berharga RM530. Ia sangat berbaloi kerana penggunaan yang lama dan anda dapat berjimat dari menggunakan formula susu untuk bayi. Tanya saya bagaiman anda dapat mengurangkan harga Set Menyusu Shaklee Premium ini.

Fungsi Setiap Supplemen dalam Set Menyusu Shaklee secara ringkas :


ESP : Merupakan protin yang boleh dibancuh sebagai minuman yang membantu memberi tenaga untuk ibu. ESP juga membantu menggalakkan penghasilan susu ibu dengan lebih cepat dan berkualiti. Kebanyakkan pengguna menyatakan dengan pengambilan ESP, susu mereka lebih cepat terhasil untuk sesi berikutnya.

Ostematrix : Merupakan kalsium yang dapat melengkapkan keperluan buat ibu dan bayi. Kalsium membantu mengurangkan sakit pinggang dan membantu ibu mendapat rehat yang lebih baik walaupun kurang tidur.

Vitalea : Multivitamin yang membantu menampung kekurangan nutrisi dalam diet harian ibu yang bekerja atau masih berpantang yang semakin sibuk. Keperluan nutrisi sangat penting untuk penghasilan susu ibu yang bernutrisi tinggi yang kaya anti bodi.

B Complex : Lengkap dengan asid folik dan kesemua vitamin B membantu menukarkan makanan kepada tenaga. Ibu juga menjadi lebih fokus dan tenang kerana vitamin B membantu mengawal stress dan mengelak kemurungan.

Vitamin C : Membantu menguatkan antibodi ibu dan khasiatnya turut dikongsi dengan bayi. Membantu menyokong kesihatan tulang, gigi dan gusi yang sihat.

Alfalfa : Merupakan galactagogue atau herba penggalak susu ibu a.k.a milk booster. Alfalfa juga membantu masalah keputihan ibu dan mengurangkan angin dalam badan. 


2. Set Menyusu Shaklee Enhancement


2. Set Menyusu Shaklee Enhancement
Set Menyusu Enhancement dengan 5 produk hebat

Kandungan Set Menyusu Shaklee Enhancement :

Vitalea, Vitamin C, B Complex, Alfalfa dan Ostematrix

Siapa yang perlukan Set Menyusu Shaklee Enhancement?

  • Ibu yang kepenatan
  • ibu yang berniat menyusu secara ekslusif
  • ibu yang tak cukup tidur dan rehat
  • ibu yang mengalami sakit pinggang atau sendi/tulang,
  • ibu yang mudah jatuh sakit
  • ibu yang akan kembali bekerja tetapi masih perlukan stok susu yang banyak
  • ibu yang mengamalkan supply vs demand tetapi berat bayi masih tidak naik seperti sepatutnya.

Berapa lama tempoh setiap supplemen dalam Set Menyusu Shaklee Enhancement?

Setiap produk mempunyai tempoh yang berbeza.
Vitalea: 4 bulan, B Complex : 4 bulan, Vitamin C : 6 bulan, Alfalfa: 1-4 bulan, Ostematrix: 1-2 bulan.

Lebih menarik kesemua supplemen ini kecuali ALFALFA boleh diambil sejak ibu mengandung lagi dan menyokong perkembangan bayi.

Harga :


Set Menyusu Shaklee ENHANCEMENT berharga RM368.75. Ia sangat berbaloi kerana penggunaan yang lama dan anda dapat berjimat dari menggunakan formula susu untuk bayi. Ini favourite saya dan masih ambil walaupun sudah tak menyusu tau. Memang rasa cergas tubuh badan!


3. Set Menyusu Shaklee Basic @ Asas


Set menyusu shaklee basic
Set Menyusu Shaklee Basic

Kandungan Set Menyusu Shaklee Basic @ Asas :

Vitalea, Vitamin C, B Complex dan Alfalfa

Siapa yang perlukan Set Menyusu Shaklee Basic @ Asas?

  • Ibu yang kepenatan
  • ibu yang berniat menyusu secara ekslusif
  • ibu yang mudah jatuh sakit dan nak tingkatkan antibodi
  • ibu yang akan kembali bekerja tetapi masih perlukan stok susu yang banyak
  • ibu yang mengamalkan supply vs demand tetapi berat bayi masih tidak naik seperti sepatutnya.

Berapa lama tempoh setiap supplemen dalam Set Menyusu Shaklee Basic @ Asas?

Setiap produk mempunyai tempoh yang berbeza.
Vitalea: 4 bulan, B Complex : 4 bulan, Vitamin C : 6 bulan, Alfalfa: 1-4 bulan.

Lebih menarik kesemua supplemen ini kecuali ALFALFA boleh diambil sejak ibu mengandung lagi dan menyokong perkembangan bayi.

Harga :


Set Menyusu Shaklee Asas berharga RM307.50. Ia sangat berbaloi kerana penggunaan yang lama dan anda dapat berjimat dari menggunakan formula susu untuk bayi. Boleh juga dikongsi suami isteri kerana khasiatnya sangat bagus untuk lelaki dan perempuan.

4. Set Menyusu Shaklee Budget @ Milk Booster




Set Menyusu Shaklee Budget @ Milk Booster
Set Menyusu Shaklee Budget @ Milk Booster



Kandungan Set Menyusu Shaklee Budget @ Milk Booster :

ESP, Ostematrix dan Alfalfa.

Siapa yang perlukan Set Menyusu Shaklee Budget @ Milk Booster?

  • ibu yang sudah FIT, stress terkawal dan cergas.
  • ibu yang berniat menyusu secara ekslusif
  • ibu yang akan kembali bekerja tetapi masih perlukan stok susu yang banyak
  • ibu yang mengamalkan supply vs demand tetapi berat bayi masih tidak naik seperti sepatutnya.

Berapa lama tempoh setiap supplemen dalam Set Menyusu Shaklee Budget @ Milk Booster?

Setiap produk mempunyai tempoh yang berbeza.
Ostematrix: 1-2 bulan, ESP: 1-2 bulan, Alfalfa: 1-4 bulan.

Lebih menarik kesemua supplemen ini kecuali ALFALFA boleh diambil sejak ibu mengandung lagi dan menyokong perkembangan bayi.

Harga :


Set Menyusu Shaklee Asas berharga RM280. Ia sangat berbaloi kerana penggunaan yang lama dan anda dapat berjimat dari menggunakan formula susu untuk bayi. Pastikan badan ibu sudah FIT barulah milk booster berkesan dan ibu sudah mengamalkan supply vs demand.

Sudah bersedia membuat pilihan Set Menyusu yang tepat? Jika sudah, hubungi saya segera. Supplemen penyusuan juga boleh dibeli secara 1-1 @ loose untuk memenuhi budget anda. Namun, penjimatan berganda untuk yang menjadi ahli Shaklee so jadilah pengguna yang BIJAK.

 Happy Breastfeeding !!!

Shaklee Independent Distributor Ida Khairani ( 846056 ) 
FB : Ida Khairani Ahmad 
Phone : 013 488 2382 
Email : admin@mysupervitamins.com 
Order Shaklee Online dan pos ke seluruh Malaysia 
 COD Shaklee kawasan : Seksyen 7 dan Shah Alam, Bandar Bukit Raja, Setia Alam, KLCC


Cara kawal stress dan rasa marah

Pernah tak rasa tak tertahan nak marah ?? Walaupun otak dah fikir waras & rasional tapi jantung berombak nak juga smash.
.

Tak kira sebagai ibu bapa, bos, pekerja, driver, guru.. Semua pernah rasa dan lepas tu rasa menyesal sebab tak dapat nak bertindak dengan lebih tenang.
.
Saya yang mengadap anak-anak ni pun 2x5 juga. Mujur anak lelaki saya ni cool orangnya walau selalu juga kena marah.. Kesian dia tapi dia masih mampu bertenang. 
.
Lepas2 marah tu, memang kesian.. Explain balik, parents marah anak bukan sebab nak marah tapi nak anak jadi better person. Tujuan kita buat itu ini untuk itu ini, kalau tak rugilah.. Bla bla bla bla bla....
.
Kadang2 Ibu peluk balik dia.. & bagitau Nazhan ni mcm baby (coverline)... sebab bila peluk tu ibu rasa macam anak ibu ni masih kecil. 😍
.
Bila ibu peluk, Nazhan pasrah ja.. Sebab seronok dipeluk ibu agaknya.. Tapi bila adik dia menambah, "You're a baby, Nazhan".. Terus nak menumbuk adiknya. 😅
.
.
Tak nak marah2 anak ni tapi bila semut buat hal, kejar masa, tanya soalan jawapannya asyik lupa ja.. Mulalah termakan hasutan syaitan.
.
Yang menambah lagi, sebab ibu tak ambil B Complex pagi tadi. Dushhh.. Itulah yg membantu sedikit sebanyak menenangkan saraf2 yg bergelora ni utk anti stress. Bila ambil tu semua under control, tak rasa nak meletup.
.
Ibu tolonglah, jangan asyik lupa ambil Vitamin B Complex Shaklee !!!! . Be cool and cheerful, ibu !
.
B Complex ni power sebab:


Membantu melawan punca tekanan, beri tenaga & elak kemurungan. InsyaAllah kita lebih tenang dan dapat mengawal tekanan jika mengamalkannya.

Lagi tip mengawal tekanan dan rasa marah :
- ambil wudhu
- berdiri atau bergerak dari posisi asal
- istighfar
- ambil nafas dalam2 dan bertakafur 5 saat.
- bayangkan airkrim & durian yg super sedap !
- fikirkan kesusahan & masalah orang lain yg lebih teruk dr kita.
- pergi solat sunat.
- jangan lupa telan B Complex !


.
✌🏻️Ibu ❤️ Nazhan.

http://www.mysupervitamins.com

Apa itu penyakit HFMD?

HFMD dan Virus


Penyakit HFMD disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71).


Cara HFMD dijangkiti


Penularan penyakit/virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD.

GEJALA HFMD 


Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, luka (ulcer) di mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki. HFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri.


Namun begitu, segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung.

Cara hentikan penyebaran dan jangkitan HFMD


Bagi memastikan keberkesanan langkah-langkah kawalan dan pencegahan yang diambil, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mengingatkan orang ramai bahawa:

i) Langkah pencegahan terbaik adalah menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Penularan jangkitan HFMD sangat berkait rapat dengan amalan kebersihan diri dan persekitaran di mana ia mudah berlaku di tempat sesak serta mutu kebersihan yang rendah.

ii) Ibu bapa atau penjaga perlu membawa kanak-kanak dengan gejala HFMD mendapatkan rawatan dan tidak membawa kanak-kanak tersebut ke tempat awam termasuk sekolah dan pusat jagaan kanak-kanak.

iii) Pengurus pusat jagaan kanak-kanak perlu menjalankan aktiviti pembersihan premis dan saringan terhadap kanak-kanak di bawah jagaan mereka sepertimana yang disarankan dalam ‘Garis Panduan Pengendalian Kanak-Kanak di Taska dan Prasekolah’ serta ‘Pelan Tindakan Bersepadu Bagi Mencegah Dan Mengawal Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut’. SUMBER

Dapatkan Set Imun Booster untuk menguatkan sistem imun melawan penyakit termasuk penyebaran HFMD di kalangan kanak-kanak dan dewasa.


Shaklee Independent Distributor Ida Khairani ( 846056 ) 
FB : Ida Khairani Ahmad 
Phone : 013 488 2382 
Email : admin@mysupervitamins.com 
Order Shaklee Online dan pos ke seluruh Malaysia 
 COD Shaklee kawasan : Seksyen 7 dan Shah Alam, Bandar Bukit Raja, Setia Alam, KLCC

5 Tanda Kronik Jika Terus Biar Sembelit, Gastrik, Kembung Perut Berlarutan.

"Tolong makcik, pakcik dah lama sakit perut. Tak boleh membuang dan perut kembung" Panggilan telefon ni saya dapat beberapa minggu lepas. Kesian sangat.

Cara elak sembelit, kembung perut, gastrik sebelum jadi lebih serius


Makcik yang telefon saya tu dari Kuantan. Katanya juga pakcik kena gastrik. Dari ceritanya pakcik mengidap gastrik sejak beberapa bulan lalu. Mereka menalefon saya lepas sudah tak tertanggung la sakitnya. Sembelit pun iya. Mahu berguling-guling menahan sakit ni. Selepas menalefon, kami berbalas SMS pula.

Kembung perut hingga menyebabkan sukar bernafas !!!

Keadaan yang sama saya jumpa masa musim raya dulu. Kena sendiri dekat ayah saudara. Tak boleh berak, beberapa hari. Sampai terbaring ja, tak boleh nak buat apa2.

Selepas dengar simptom dan keadaan mereka, saya cadangkan beberapa produk dalam set supplemen Penghadaman Shaklee. Sistem penghadaman tujuannya untuk ekstrak atau serap nutrien dari makanan. Sistem penghadaman bermula dari mulut, saluran esafogus, perut, usus kecil dan besar.  Jadi, jika sistem penghadaman terjejas, antara bahagian2 ni yang jadi punca atau terasa sakitnya.


Sistem penghadaman dan pencernaan manusia


Untuk kelancaran proses penghadaman dan elakkan gejala gastrik, pengguna boleh amalkan Set 
Penghadaman dan Elak Gastik Shaklee ni dan jaga pola pemakanan.

Ini supplemen Shaklee yang saya berikan pada mereka yang mengalami masalah penghadaman.

Alfalfa, ESP, Herb Lax dan Peppermint Ginger Plus 

- Set ini set premium dan lengkap untuk membantu meningkatkan kesihatan sistem penghadaman.
- Melegakan masalah sembelit.
- Menyah toksin dari badan.
- Menyokong kesihatan usus.

Bagaimana cara setiap supplemen Shaklee membantu sistem penghadaman, boleh baca artikel sampai habis.


Masalah penghadaman yang tidak diurus boleh membawa pada sakit perut, gejala gastrik, sembelit dan kembung. Diet, penyakit dan juga tekanan emosi boleh mengganggu sistem penghadaman. Jika kita tidak menjaga kesihatan usus, gejala yang lebih serius boleh terjadi.

Apakah gejala-gejala yang kita kena alert dan menjadi petanda awal, kita mengalami masalah penghadaman?

Sembelit, cirit-birit, sakit perut, angin, kembung dan senak perut boleh dianggap biasa.

Bila masalah biasa menjadi semakin kerap dan berpanjangan, gejala ini boleh menandakan masalah perubatan lain yang lebih serius.

5 GEJALA SERIUS yang disenaraikan di bawah boleh menunjukkan sesuatu yang tidak normal dengan sistem penghadaman kita. 

  • Perubahan tabiat membuang air besar, keadaan dan warna najis
  • Najis berdarah 
  • Sakit abdomen yang teruk 
  • Kehilangan berat badan yang tidak dikehendaki dan tidak diketahui puncanya 
  • Pedih hulu hati yang tidak boleh dilegakan dengan ubat


Sumber


Penyakit Refluks Gastroesofagus (GERD) sehinggalah kepada kanser kolon, boleh dikesan awal jika kita tahu tanda-tanda yang perlu diawasi seperti di atas.

Suppleman dalam Set Penghadaman dan Elak Gastrik Shaklee, membantu dengan memulihkan simptom awal.

Bagaimana Alfalfa Shaklee membantu sistem penghadaman yang baik?

Alfalfa ni adalah tumbuhan herba yang mempunyai banyak khasiat semulajadi. Alfalfa Shaklee TINGGI SERAT dan sangat baik untuk DETOK, iaitu membuang toksin dari badan. Orang yang mengalami masalah penghadaman mungkin kerana toksin yang tinggi. Alfalfa Shaklee membantu melancarkan PELAWASAN - mudahkan proses pembuangan najis. Selain tu juga alfalfa mengurangkan keasidan badan kerana bersifat ALKALI dan ANTI INFLAMASI untuk pesakit yang alami masalah penghadaman.


Fungsi Herb Lax Shaklee yang membantu sistem penghadaman


Herb Lax Shaklee mengandungi kandungan herba yang berkualiti tinggi dan berkesan untuk masalah penghadaman juga penyakit sembelit. Kandungan utama Herb Lax Shaklee adalah daun Senna yang membantu merangsang tindakan pembersihan lembut pada usus dan perut, membantu percepatkan proses detok dan mengurangkan penyerapan lemak. Khasiat herba 'buckhorn bark'  membantu melembutkan najis untuk mudahkan pergerakan dan beri lembapan pada usus seterusnya mengurangkan masalah sembelit kronik. Untuk lebih info pasal Herb Lax boleh baca di sini.

Peppermint Ginger Plus Shaklee dan kebaikannya untuk SISTEM PENGHADAMAN


Peppermint Ginger Plus Shaklee mengandungi daun pudina, halia, cekur dan adas( fennal). Daun pudina membantu otot perut dan beri kesan menenangkan.  Halia pula dapat membantu merangsangkan penghasilan enzim Salvia yang berfungsi membantu proses pencernaan selain dari membuang angin dari badandan kembung perut. Kalau yang badan senang berangin, gastrik dan perut asyik kembung tu amalkanlah Peppermint Ginger Plus ni untuk kesedapan dan keselesaan badan.

Energizing Soy Protein untuk perut yang selesa


Masalah penghadaman selalu buatkan perut tak sedap dan susah nak membuang. Bila pula asyik diserang gastrik, asid perut semakin menghakis dinding perut dan menyebab kita semakin mudah diserang gastrik. Dinding perut ini perlu diberi khasiat semula supaya menjadi kuat, sihat dan berfungsi seperti sedia kala.  ESP ( Energizing Soy Protin) yang terdiri dari protin berkualiti membantu dalam proses pemulihan gastrik, ulser peptik dan ulser perut. ESP Shaklee membantu membina sel baru yang sihat dan menggalakkan pemulihan. Selain itu, ESP adalah minuman yang memberi tenaga untuk melawan penyakit dan rasa penat.


Selain itu, ikuti


10 langkah bijak untuk membaiki sistem penghadaman kita.


  1. Jangan malas kunyah makan.
  2. Ambil banyak serat iaitu buah dan sayur.
  3. Minum banyak air kosong.
  4. Bersenam.
  5. Kurangkan tekanan.
  6. Ambil makanan yang suam, bukan sejuk.
  7. Berhenti merokok.
  8. Berhenti minum arak/alkohol.
  9. Kawal berat badan.
  10. Ambil probiotik dan supplemen untuk kesihatan sistem penghadaman

Jika tuan puan mengalami masalah sembelit yang berlarutan, kembung perut yang berlarutan, gastrik yang semakin kronik atau masalah pedih ulu hati, saya sangat syorkan Set Kesihatan Sistem Penghadaman ini supaya tuan puan dapat alami kehidupan yang lebih baik. Juga dapat menurunkan risiko penyakit yang lebih serius seperti kanser usus.


Shaklee Independent Distributor Ida Khairani ( 846056 ) 
FB : Ida Khairani Ahmad 
Phone : 013 488 2382 
Email : admin@mysupervitamins.com 
Order Shaklee Online dan pos ke seluruh Malaysia 
 COD Shaklee kawasan : Seksyen 7 dan Shah Alam, Bandar Bukit Raja, Setia Alam, KLCC

Apa saya buat bila anak demam ?

Sentuh Iman pagi ni panas pula.. Aloo napa pula anak ibu ni.. Jadinya manja n merap lebih la.
.
Kena mandi cepat hari ni. Oklah, turun sikit panasnya. Tengah ibu masak, datang minta didukung. Naiklah kongkong ibu sambil ibu dok membasuh pinggan. Kongkong tu piggyback la bahasa modennya.
.
Selamat senang makan nutriferon iman ni. Ibu doakan cepatlah kebah lepas ambil imun booster ni, insyaAllah.. 
Amiinnn..
.
Iman ambil Nutriferon sebagai imun booster



Mengapa saya beri Nutriferon pada anak saya Nuh Iman ?
.
.
Nutriferon membantu aktifkan sistem imun kita untuk hadapi serangan penyakit

Nutriferon ni :
• Selamat
• berasaskan tumbuhan iaitu biji labu, bunga sufflower, japaness honey suckle dan biji plantago.
• berpaten
• ada ujian klinikal bahawa ia berkesan mengaktifkan interferon dan sistem imun


Nutriferon membantu melawan alergi dan alahan juga

Alhamdulillah, Iman ceria ja. Tak cranky walaupun belum betul pulih disebelah petang. Lepas mandi, ibu sapu dengan Herbal Blend pula bagi bantu turunkan suhu jua sebab Herbal Blend ni nyaman.
.

Gambar Iman tu diambil guna camera phone, upload terus guna apps FB. Senang ja kalau nk bisnes dr rumah dan gunakan apa yg ada sebaiknya. Entry ni pun guna apps di phone.

Jadi, tak kira anda suri rumah, pelajar atau bekerjaya, di mana sahaja boleh mulakan perniagaan dan perkongsian Shaklee anda. Hubungi saya untuk tambah pendapatan sekarang ! 

Anak demam atau tak sihat, kita boleh jaga sendiri. Tak perlu nak hantar nursery juga. Hati dan minda pun lebih tenang, InsyaAllah. Jadi apa yang saya buat untuk bantu anak baik demam? Kerap mandikan atau sponge dengan tuala basah, cek suhu jika masih panas, ambil nutriferon, sapu Herbal Blend dan banyakkan minum air kosong.

.
Ida Khairani
http://www.mysupervitamins.com

#tsunamiShaklee #sgv #teamrock #shaklee #imumbooster #nutriferon
#Phonto