Video Cara ke Shaklee KL dan Cara Daftar Ahli

Ramai betul yang sesat untuk ke Shaklee Cawangan KL yang baru.. Cawangan Shaklee yang baru terletak di Sri Rampai, bukan lagi Wangsa Maju.

Rupanya nama jalan Shaklee KL baru tu sudah ditukar kepada Jalan Seri Rejang 3. Shaklee KL ni adalah corner lot. Bangunan shoplot baru ni terletak di sebelah tasik. Kalau ikut waze, nama tasik tu tasik Setapak. Alamat penuh SHAKLEE KL yang baru,
    NO. 32, JALAN SERI REJANG 3, TAMAN SRI RAMPAI, KL
Kalau dari jalan utama, kedai yang row depan yang boleh jadi land mark adalah Open University dan Kedai Cendol Wahab. Haaa, kalau nampak tu dah boleh masuklah ya.. Terus ja ke row belakang, sampai jumpa Seri Rejang 3.

Ini saya prepare video khas untuk yang mencari Bagaimana Cara ke Shaklee KL.
  



Jika anda berminat sertai kami dan membeli pada harga special ahli, bolehlah mendaftar dengan menggunakan ID saya, 846056 Ida Khairani sebagai upline atau sponsor semasa walk in di cawangan Shaklee KL ni. Kalau nak saya registerkan atau tunjuk ajar cara register sendiri semasa walk in boleh hubungi saya. Untuk saya registerkan online, boleh isi membership form ni ya.

Keistimewaannya pastilah dapat harga yang lebih murah dan jika serius dan bersungguh-sungguh hendak jana income dengan menolong orang, boleh hubungi saya terus di talian 013 488 2382. Nak tahu lebih pasal kelebihan sebagai ahli shaklee di sini. Saya juga ada ceritakan banyak di blog http://ibustory.com termasuklah trip ke US baru-baru ni.

Semoga anda semakin sihat dan tak stress lagi selepas mendapat tip Cara ke Shaklee KL ni! Ni saya ada snap gambar peta dari Waze untuk ke sana.




Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor ID 846056


Order Form & Email
Nak Join Jadi Ahli SHAKLEE


Jika anda rasa artikel ini berguna, jangan lupa untuk kongsikan demi manfaat bersama.

Produk Kesuburan Terbaik

Pasangan yang menantikan zuriat mesti gembira dengan penemuan produk kesuburan terbaik ini. Anda masih mempunyai harapan yang sangat cerah jika mengikut tip dan cadangan semasa mengambil set kesuburan Shaklee serta menjaga pemakanan dengan betul. Allah yang memberikan rezeki dan Dia mahu kita sentiasa positif dan berusaha.

Bersediakah kita menjadi ibu bapa pada zuriat amanah Allah? Adakah kita sudah cukup berusaha termasuk dengan mengambil 'ubat' subur semulajadi ini. Saya ada kongsikan banyak entry yang berkaitan kesuburan seperti 9 Petua untuk Subur,  Sperma Cacat tapi masih boleh ada zuriat, Perkara yang patut dielakkan wanita jika berniat untuk mengandung, Tip khusus untuk lelaki: Bagaimana nak sperma subur dan sihat, 11 Tip mengandung cepat dan banyak lagi.

Kali ni saya fokuskan terus pada cadangan set subur shaklee yang saya sering cadangkan pada pasangan yang masih belum ada rezeki untuk mendapat cahaya mata. Alhamdulillah sesuai dengan masalah yang sering suami atau isteri alami,insyaAllah lebih ramai lagi yang akan berjaya mendapatkan zuriat dengan mengambil vitamin subur untuk lelaki juga vitamin subur untuk wanita.

Saya juga nak share testimonial kawan saya yang telah mencuba vitamin ini untuk mengembalikan kitaran haid yang normal. Kitaran haid yang normal sangat penting untuk kesuburan ok !


Haid Tidak Teratur Kini Kembali NORMAL  from iReach HD on Vimeo.


Vitamin yang dapat membantu kesuburan adalah seperti di bawah :

'Vitamin Kesuburan' untuk cepat hamil

Vitamin dapat membantu meningkatkan mutu sperma dengan mengatasi faktor sperma dan ovum tidak subur serta menyediakan diri untuk hubungan seks yg lebih sihat supaya kesuburan dapat ditingkatkan. Di bawah adalah serba sedikit fungsi dan kebaikan beberapa jenis vitamin untuk kesuburan.


Vitamin Fungsi
ZinkBantu meningkatkan bilangan dan kualiti sperma
Melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina
GLABetulkan kitaran haid
Bantu sediakan cecair serviks yang subur
Vitamin E:Kemampuan sperma dalam bergerak dengan tepat menuju sel telur.
Tambahan selenium & vit e meningkatkan kualiti air mani
Menambah keseronakkan seksual
Omega 3Meningkatkan kelicinan pergerakan sperma bagi memudahkan persenyawaan
AlfalfaBerfungsi seperti kacip fatimah
Mengurangkan masalah keputihan
ProteinKuatkan rahim bagi yang senang alami keguguran
Vitamin AsasFungsi
B ComplexMengurangkan kecacatan kromosom pada sperma
Memberi tenaga
Membantu kematangan ovum, pembentukan plasenta
Vitamin CAnti oksida untuk melindungi sperma bagi menghasilkan sel yang sihat
MultivitaminMangan dan magnesium dalam multivitamin membantu eraksi lelaki
Vitamin A dalam multivitamin membantu kesuburan wanita


Untuk membantu meningkatkan kesuburan dan keberangkalian untuk hamil bagi pasangan yang buntu dalam mendapatkan anak, sangat penting ambil berat tahap kesihatan dan tambah vitamin yang membantu kesuburan. Saya cadangakan di bawah kombinasi yang saling melengkapi dan mengikut keutamaan pasangan sendiri.

Set Subur Optimum


Set Subur untuk Isteri


 Set Subur untuk Suami

Set Subur Pasangan Suami dan Isteri



 Set Subur Budget



Set Kesuburan Vitamin Shaklee
Set Subur IsteriVitamin Asas + Alfalfa + GLA
Set Subur SuamiVitamin Asas + Vitamin E + Zink
Set Subur Pasangan Suami + IsteriVitamin Asas + Vitamin E + Zink + Alfalfa
Set Subur BudgetGLA + Zink + B Complex 

Jika anda betul-betul mahukan zuriat dan menambah peluang untuk hamil bagi isteri, tolong hubungi saya di 013 488 2382 untuk mendapatkan vitamin demi meningkatkan kesihatan dan kesuburan kalian ;)


Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor ID 846056


Order Form & Email
Nak Join Jadi Ahli SHAKLEE


Jika anda rasa artikel ini berguna, jangan lupa untuk kongsikan demi manfaat bersama.

Cara Mengembalikan Berat Badan Setelah Melahirkan Anak Demi Kebahagian Rumah Tangga

Rosmah selamat melahirkan anak pertama 4 tahun yang lepas. Selepas melahirkan anak pertama, dia gagal nak kembalikan berat ke berat asal tapi tak la teruk sangat, hanya tinggal 5 kg ja yang degil untuk kembali ke berat asal. Suaminya pun tak kata atau komen apa-apa namun Rosmah sendiri risau kerana ibunya juga gemuk, macam keturunan jugalah. Lebih tak best, abah Rosmah sendiri kahwin dua. Rosmah tak mahu nasib yang menimpa ibunya bakal menimpa dirinya.




Belum sempat Rosmah menurunkan lagi 5 kg berat degil itu, dia kini mengandung anak kedua. Rosmah nekad mahu mengorek cara mengembalikan berat badan setelah melahirkan anak kali ni demi kebahagian rumah tangganya.  Adakah tak bahagia jika gemuk? Tidak semestinya.. Namun agak susah dan rasa lebih malas nak bergerak dengan lebihan berat itu. Dalam keadaan berat begitu, anaknya selalu kena marah sebab Rosmah cepat penat bila asyik kena kemas. Suami pula, buat-buat tak faham bila Rosmah selalu mengadu 'penat'. Bila stress, Rosmah suka makan lagi dan lagi.

Jadi, Rosmah positif dan gigih mengamalkan tip dan cara mengembalikan berat badan by hook or by crook supaya mendapat berat badan seperti sebelum melahirkan anak dahulu, sekurang-kurangnya lebih loss inch dan shape up gitu! Rosmah yakin dengan cara ini, beliau menjadi lebih sihat dan aktif dan boleh menjadi isteri dan ibu yang lebih baik buat keluarganya.

Hasil pencarian Rosmah ketemulah ia dengan website ini, yang padat dengan tip dan petua cara mengembalikan berat badan termasuk tip berpantang, tip menyusu dan tip cantik. Wah wah.. ini sudah bagus !



1. MENYUSU BADAN DAPAT MENGEMBALIKAN BERAT BADAN SETELAH MELAHIRKAN ANAK



Biar betul. Senangnya. Rosmah tak tahu. Dulu anaknya dia menyusu selama 6 bulan sahaja. Rupa- rupanya, menyusu bayi dengan susu ibu dapat membakar kalori 200-600 sehari. Jumlah yang sama jika bersenam iaitu berenang selama beberapa jam atau berbasikal selama satu jam. Gila kentang !!! Menyusu juga merembeskan hormon-hormon yang membantu percepatkan pengecutan rahim. Lagi cepatlah perut kempis. 



2. BERSENAM MEMBAKAR KALORI



Selalunya ibu menyusu lebih mudah untuk menurunkan berat setelah melahirkan anak kerana faktor di atas. Untuk ibu yang sudah tidak menyusu atau wean of berjinak-jinaklah dengan senaman. Selalunya senaman ringan tiada masalah untuk dilakukan seperti berjalan keliling rumah, naik tangga dan aerobik. Kalau nak berjogging, ajak sekali kawan dan anak2 untuk beri motivasi dan keseronokan. Bagi yang jalani pembedahan semasa bersalin, dapatkan nasihat doktor bila boleh bersenam dan senaman jenis apa yang sesuai. 




3. AKTIVITI DENGAN BAYI SAMBIL MEMBAKAR LEMAK



Eh, aktiviti dengan bayi bukan saja membakar lemak dalam tubuh malah kita stimulate perkembangan otak dan tubuh bayi.. Baguskan! 




Kita boleh bersenam di rumah dengan bayi atau berjalan dengan bayi di taman sama ada mengendong atau membawa mereka dengan stroller. Sambil hirup udara segar yang boleh beri bekalan oksigen untuk kelancaran fungsi tubuh & mantapkan degupan jantung. Senangkan? Anak pun happy!

4. UBAH RUTIN MAKAN 


Kalau Rosmah merancang nak diet dengan kurangkan makan, hanya mula selepas 6 minggu berpantang. Kalau awal sangat nanti boleh beri kesan kekurangan susu ibu. Pastikan minum air kosong banyak, sekurang-kurangnya 10-12 gelas sehari untuk maintain pengeluaran susu ibu. Minum minuman protein yang rendah lemak dan tanpa kolestrol seperti Cinch Shake Mix atau ESP memberi rasa kenyang dan tenaga lebih lama. Marvelous !

Makan dengan kerap snack sihat jika lapar seperti buah dan salad. 3 kali menu lengkap sehari yang mengenyangkan lebih baik dari kurang makan tapi asyik ambil snack yang manis, tinggi kalori bila kelaparan seperti coklat, biskut dan keropok.

5. BUAT TARGET REALISTIK DALAM MENGEMBALIKAN BERAT BADAN


Walaupun Rosmah sudah terlebih berat sebelum mengandung kali kedua, tak mustahil pun beliau dapat kembali ke berat atau figure seperti sebelum bersalin, macam anak dara. Ramai juga yang mengambil supplemen sejak awal iaitu sewaktu mengandung dan berpantang berjaya menurunkan berat dengan lebih mudah. 

Kalau kita dah sedia over weight, buat target yang realistik. Tampal gambar seperti yang anda idamkan mungkin gambar anda dengan baju pengantin.  Visualize anda sudah berjaya! Jadikan ia motivasi yang kuat! Walaupun mengambil masa yang lebih lama sehingga 9-12 bulan, ia tak mustahil. Be positive !

6. TIDUR BAGI CUKUP WALAUPUN TELAH MELAHIRKAN ANAK


Dulu Rosmah memang sibuk, penat dan agak stress selepas melahirkan anak pertama. Anaknya pula jenis menyusu kuat di malam hari. Sebab tu juga Rosmah mengalah hanya menyusu sampai usia anaknya 6 bulan sahaja.

Sebenarnya tidur yang tak cukup boleh menghalang usaha kita untuk menurunkan berat badan. Ada kajian yang menemukan, ibu baru yang melahirkan anak yang tidur kurang dari 5 jam cenderung untuk lebih sukar menurunkan berat berbanding mereka yang tidur 7 jam.

Bila badan penat, tubuh akan melepaskan cortisol serta hormon stress yang akan memudahkan penambahan berat badan. Selain tu, bila kita sibuk jaga anak dan penat, kita kurang fokus pada diri sendiri. Nak makan yang cepat saja dan tak sempat nak pilih atau sediakan makanan yang sihat dan bernutrisi tinggi. Top up supplemen kurus untuk atasi masalah ini! Nak exercise lagilah malas.

Tak menyempat dengan badan yang penat. Untuk cukupkan waktu rehat dan tidur anda, tak salah untuk nap sekali dgn baby di siang hari. Cara ni dapat cover balik waktu tidur malam kita yang tak cukup, yang boleh menghalang proses menurunkan berat badan kita. 


7. DAPATKAN BANTUAN PAKAR 


Ha! Sayalah tu. Saya sangat suka mencadangkan Rosmah dah ibu sekalian ambil supplemen semasa berpantang untuk bantu menurunkan berat. Harus menyusukan anak! Supplemen yang diambil kami semasa berpantang dan menyusu sangat membantu untuk menurunkan berat badan kami. Bila dah wean off atau rasa liat betul nak turun lagi, haruslah exercise dan top up dengan Cinch Shake Mix. Wallah hasilnya pasti anda puas hati! Lagi satu Tip Diet Sihat di sini.


Jangan tunggu-tunggu lagi sehingga suami pandang orang lain! 

Set Kurus Shaklee yang dapat mempercepatkan penurunan berat badan ada dikongsikan di artikel ni.



Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056

Masa untuk memberi

InsyaAllah 14hb ni saya dan rakan-rakan nak melawat anak-anak di bawah jagaan Rumah Kanak-kanak Tuanku Budriah di Cheras. Kempen ni kami namakan RKKTBC Back To School.

Selain dari menggembirakan mereka dengan kek hari jadi anak-anak bulan Disember, saya ingat nak bagi mainan anak-anak dan baju anak-anak saya juga. Hari ni bermulah sedikit-sedikit nak asingkan mainan untuk diberikan.

Gelagat si kecil Nuh Iman yang sibuk nak main mainan yang nak diberikan pada anak-anak syurga nanti. Kena buat kerja cepat2.. Kang habis dipunggah balik.


Buku-buku pun banyak boleh beri. Semoga jadi manfaat buat mereka. 

Pada yang nak join kami menderma boleh lagi. Tengok poster ni ya. Boleh pilih option yang ada yang mana mampu. 




Harapan saya semoga kami dapat menyuntik semangat dan rasa gembira buat mereka. Semoga lawatan kami turut menginsafkan diri kami dan didoakan anak-anak syurga di sana membesar menjadi soleh dan solehah yang menyumbang pada masyarakat.


Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056

6 sebab kenapa perlu ambil supplemen

Sejak saya kecil, saya memang jarang demam. Selsema tu biasa. Jadi kenapa perlu ambil supplemen bila kita sudah makan makanan berkhasiat, real food, bersenam dan sihat serta jarang sakit ? Biasanya bila dah sakit baru orang cari penawarkan. Jadi kenapa perlu ambil supplemen bila kita jatuh sakit? Walaupun dua kes berbeza, supplemen boleh menjadi jawapannya.

6 sebab kenapa perlu ambil supplemen walaupun masih sihat untuk elak sakit kronik?


Kenapa perlu ambil supplemen? 
1. Sebab kurang nutrisi melampau boleh bawa penyakit kronik!
Supplemen, makanan tambahan atau vitamin boleh dapat dari macam-macam sumber. Ia sangat penting untuk fungsi tubuh. Akibat kurang nutrisi penting secara melampau boleh beri kesan yang teruk pada badan contohnya penyakit rickets dan scurvy. Ini jadi sebab kenapa perlu ambil supplemen!



Kenapa perlu ambil supplemen? 
2. Sebab kekurangan nutrisi yang berpanjangan boleh bawa kesan jangka masa panjang!
Penyakit scurvy dan rickets jarang kat Malaysia ni sebab rakyat Malaysia masih boleh dapat nutrisi dari makanan kita yang mewah! Tapi betulkah dah cukup dan perfect? Walaupun tak nampak kesan serta merta jika masih kurang, yang lebih menakutkan kurang nutrisi sedikit demi sedikit tinggalkan badan kita kurang berdaya upaya untuk melawan penyakit yang lebih bahaya dalam jangka masa panjang. Kita mungkin terdedah pada sakit jantung, kanser pada masa depan. Sebab tu kita kena tampung awal-awal dengan supplemen supaya badan boleh melawan penyakit merbahaya.

Kenapa perlu ambil supplemen? 
3. Sebab makanan 'segar' kita mungkin kurang nutrisi sejak awal lagi.
Eh, kat Malaysia ramai yang sangat concern dan berjaya pilih makanan yang segar dan berkhasiat. Tak cukup lagikah makan dan pilih buah segar, sayur dan makanan bijian penuh semasa sarapan, lunch dan makan malam, mesti dah cukupkan? Malangnya ia bukan jaminan. Jika makanan segar kita ditanam di tanah yang kurang subur dan kurang mineral, hasilnya juga kurang nutrisi seperti kita harapkan. Oleh kerana itu, kita perlu ambil supplemen untuk tampung apa yang kurang dari makanan harian kita.

Kenapa perlu ambil supplemen? 
4. Sebab makanan kita yang layu mengurangkan lagi nilai nutrisi sebenar.Lebih malang, makanan segar yang kita harapkan, mungkin tidak lagi segar dan semakin berkurang nilai nutrisi sebelum masuk ke perut kita. Penurunan nilai nutrisi berlaku semasa beberapa PROSES.. Berapa hari sejak ia dipetik sebelum sampai ke rumah kita? Semasa proses penyimpanan.. Berapa hari pula sayur dan buah tu ada dalam peti ais kita? Semasa proses memasak.. Berapa lama pula kita masak ayam dan sayur? Sampai layu.. Pada suhu tinggi.. Semua proses ni menambah lagi kekurangan nutrisi pada makanan kita... Walaupun kita tetap kenyang bila makan.

sebab kenapa perlu ambil supplemen bila kita makan sayur layu


Kenapa perlu ambil supplemen? 
5. Sebab emosi dan fizikal yang stress meningkatkan keperluan nutrisi.
Lebih memburukkan keadaan, bila kita makan pun, badan kita tak dapat menggunakan semua sisa-sisa nutrisi yang ada tu sebaiknya. Kenapa pula? Sebenarnya, emosi dan fizikal stress mengundang sistem imun untuk bertindak. Makanya, bila penyakit sebenar datang, badan tak cukup kuat nak lawan.. Kesannya kita terdedah pada penyakit yang pelbagai termasuklah selsema, ulser hingga yang lebih serius seperti penyakit jantung jika kita tak ambil supplemen untuk cukupkan nutrisi.
Bila badan stress kita memerlukan lebih lagi nutrisi terutama vitamin larut air iaitu b complex dan vitamin c. Jadi, sah-sahlah ia menjadi sebab kenapa perlu ambil supplemen lebih lebih lagi bila keadaan diri tertekan.

Kenapa perlu ambil supplemen? 
6. Sebab semakin berumur, simpanan nutrisi semakin berkurang!
Bila kita semakin berusia, kebolehan bekalan simpanan nutrisi semakin berkurang. Faktor usia juga menyebabkan badan kurang upaya nak tukar dan guna nutrisi sebaik mungkin padahal waktu ni, badan sangat perlukan bekalan nutrisi tambahan.


Kalau anda masih berkira-kira mahu atau tidak, masih takut nak ambil supplemen, mulakan dengan multivitamin. Banyak manfaat dengan hanya 1 kapsul sahaja. Keadaan kesihatan dan kecergasan kita sekarang juga boleh jadi petunjuk awal sama ada kita kekurangan nutrisi atau tidak. Jangan ambi mudah akan petunjuk seperti mudah letih, tambah berat, tidak 'perform', tidak fokus dan tidak subur.


Macam saya, walaupun saya jarang sakit tapi saya cepat penat. Demi anak-anak dan kebahagian rumah tangga, saya jadikan ia sebab kenapa perlu ambil supplemen. Hasilnya Alhamdulillah, saya sekarang jauh lebih bertenaga, tenang dan sihat dari dahulu.

Ida Khairani

Suami curang dengan janda kerana isteri gemuk dan tidak berhias

Hari ni terpanggil saya nak cerita tentang surat yang dihantar oleh seorang isteri. Beliau sangat sedih dan marah selepas suaminya kantoi berlaku CURANG dengan seorang JANDA. Terlanjur banyak kali sejak beberapa tahun lamanya. Kisah ini memang patut dijadikan pedoman buat semua suami isteri. Saya sangat tidak bersetuju dan marah dengan tindakan suami yang curang disebabkan penampilan seorang isteri. Pentingkah isteri untuk cantik dan tidak gemuk supaya suami tidak curang?



Saya sendiri ingin menasihati diri saya dan isteri-isteri di luar sana untuk cuba berhias diri untuk suami selain menjaga makan pakai suami dan anak-anak. Kita mencari pahala di dunia ini dan mencari redha Ilahi. Hakikatnya, semua orang sukakan kecantikan dan kekemasan tak kira suami atau isteri. Jika kita boleh berhias sebelum ke luar rumah, jom kita berhias di dalam rumah pula. 

Kisah ini wajar dijadikan pedoman buat para isteri yang merasa cukup bahagia dengan layanan romantis suami. Usah terlalu merasa bahagia, jika anda sendiri belum mempercukupkan diri untuk si dia. Selama ini, dia tidak menyangka sungai rumah tangganya yang beralun lembut, aman damai, tenang di permukaan telah bergolak hebat di dasarnya, tanpa sedar...

Suami seorang yang penyayang dan romantis. Anak anak ketawa ceria... malah sebagai suri rumah tangga dia seorang isteri yang menjaga batas pergaulan termasuk aurat dan akhlak.

Suami selalu membuat kejutan. memberi hadiah dan kata senyuman, namun dia yang selalu berasa hebat dapat menjaga keperluan suami dan anak anak tidak sedar bahawa ada wanita lain yang telah membahagiakan suaminya sekali gus menjadikan lelaki itu amat romantik di rumah untuk menutup kesalahan...

Saya terjumpa kad hari lahir berbaur cinta. Berkali-kali saya mengugut suami untuk berterus terang dan akhirnya tembelang pun pecah.

“Ya, abang sayangkan dia! Dia janda dan abang dah terlanjur banyak kali!”

Ya ALLAH... saya terduduk dengan pengakuan itu... kenapa janda? kenapa bukan anak dara? kenapa mudahnya lupakan pengorbanan saya... apa salah saya? air mata mengalir deras. Saya rasa ingin rebah, suami cuba menongkah tapi saya pantas menepis.

Tiada kekuatan untuk saya teruskan langkah tapi saya gagahi jua sehingga ke bilik air untuk mengambil wuduk. Mak kata, kalau marah baca al-Quran. Kalau sedih solat sunat dan mengadu padaNYA.

Ya... Saya ingin mengadu... air mata saya mengalir laju walaupun sedang solat dan mengaji. Usai solat dan berdoa suami merebahkan kepalanya di ribaan saya. Dia merangkul pinggang saya dan mencium telapak tangan saya berkali-kali. Dia minta saya ampunkannya kerana menengking saya sebentar tadi. Dia akui terlalu marah kerana saya mendesak dan menjerit kepadanya.

Ya ALLAH, sesungguhnya lebih pada jerit ingin saya lakukan... S-aya ingin menetak suami dengan parang! Tapi saya tiada kekuatan. Hati saya hancur luluh. Saya kuatkan hati untuk bertanya...

“Berapa kali?”

“Banyak...”

“Sejak bila?”

“Sejak Mah mengandung Adan...”

Ya ALLAH... enam tahun lalu... kini Adan dah ada dua adik...

“Tak kahwin?”

“Tidak... abang sayangkan Mah...”

“Sayang?”

“Ya...”

“Ini tanda sayang?”

Soalan saya terbiar tanpa jawapan...

Saya tidak memandang wajah suami di ribaan, tidak juga mengelus rambutnya seperti kebiasaan dia bermanja dengan saya. Mata ini tidak berkedip. Saya melempar pandangan kosong ke dinding. Hati saya bungkam. Air mata tak mahu berhenti...

Minta terus terang

Saya minta suami terus terang kekurangan saya. Jika masih sayangkan perkahwinan kami dan mahu saya terus di sisinya, saya mahu tahu, apa kelebihan perempuan itu dan apa kekurangan saya. Suami menggelengkan kepala sesungguh hati. Mengongoi macam budak kecil. Dia seakan tahu yang saya mahu keluar dari rumahnya.

“Sepuluh tahun abang... sepuluh tahun Mah tertipu dengan permainan abang. Mah sangka rumah tangga kita aman dan bahagia. Rupanya Mah yang berangan-angan di rumah sendiri... abang tak bahagia dengan Mah... Abang cari lain-

“Tak! abang bahagia. Mah jaga abang dan anak-anak dengan baik... tak ada kurang satu pun... Abang tulis. Abang tulis apa yang abang tak suka tentang Mah. Abang tak sanggup nak kata tapi Mah janji jangan tinggalkan abang...”

Saya mengangguk. Saya tolak kepala suami dari ribaan dan melangkah longlai ke bilik anak-anak dengan telekung masih di kepala. Malam itu saya menangis di sisi anak-anak yang enak tidur. Entah bila saya terlelap langsung tak pasti.

Subuh lagi saya sudah bangun sediakan sarapan suami dan anak-anak. Saya kejut suami dan dia bangun seperti tiada apa-apa berlaku. Di hadapan anak-anak kami cuba berlagak biasa. Menjadi rutin, sebelum dia keluar menghantar anak ke sekolah saya bersalaman dan dia mengucup dahi saya; tapi pagi itu, saat ia hendak berlaku, saya palingkan muka. Saya tak mahu bibir yang pernah mencium wanita lain hinggap di dahi saya yang setia. Air mata melurut lagi.

Surat jadi penyebab

Saya tutup pintu dan saya menapak ke ruang tamu. Ada helaian kertas yang bertindih gelas kaca. Saya tahu itu pengakuan suami. Saya tarikh nafas dalam-dalam mencari kekuatan untuk membacanya. Dan isi surat suami, betul-betul buat saya rasa tertampar. Saya harap anda semua memahaminya. Jangan sesekali menyalahkan suami saya atau mana-mana lelaki yang pernah mencurangi anda juga. Ia fitrah seorang lelaki. Dan ia juga menjadi sebab untuk saya menerima dan memaafkannya.

Mah isteri abang yang solehah, isteri yang cantik... yang baik... dan ibu yang sempurna kepada Adan, Lili dan Nafisa...

Impian abang yang terakhir agar Mah menjadi sahabat sepanjang hayat... abang merayu sesungguh hati untuk Mah maafkan abang dan menerima abang semula. Sebelum abang tulis surat ini, abang dah hubungi Zulaikha untuk putuskan hubungan. Abang nekad, apa pun berlaku selepas ini, abang terima sebagai hukuman. Abang reda.. abang berdosa. Abang suami yang terkhilaf...

Mah...

Abang jenguk Mah di bilik anak. Mah tidur dengan air mata yang mengalir. Muka Mah polos tanpa solekan. Mata Mah bengkak dan ada lingkaran hitam. Abang menangis. Mah tak sedar betapa abang cintakan Mah. Tapi Mah lupa, kecantikan Mah yang pudar telah buat cinta abang berpaling.

Sumpah Mah! Sumpah abang rasa bertuah ada isteri sebaik Mah. Mah jaga makan pakai abang, makan minum anak-anak dan rumah tangga. Tapi Mah tak jaga diri Mah untuk abang. Mah tak jaga keperluan batin abang.

Penampilan Diri Menjadi Punca


Kita kenal sejak sekolah. Sejak Mah jadi pujaan ramai lelaki dan kawan-kawan abang. Mah ramping, tinggi, bermata galak dan menggoda. Tapi sejak Mah lahirkan Adan, Mah biarkan kecantikan Mah hilang. Mah biarkan kuku Mah kecut.. rambut Mah busuk di sebalik tudung... kaki Mah bengkak dengan lemak... badan Mah berbau bila abang balik kerja. Abang terpaksa hipokrit setiap kali Mah sambut abang balik kerja di muka pintu dengan wajah kusam dan tak bermaya. Abang lemah tengok Mah lemah... Abang bagi Mah duit untuk Mah bersisir, tapi Mah habiskan dengan perhiasan rumah dan emas. Kenapa Mah tak gunakan untuk merapikan diri?

Mah abang tak pandang pakaian atau tudung cantik yang menutupi Mah, Abang juga tak pandang barang kemas yang berselirat di tangan atau leher Mah, tapi abang pandang tubuh dan wajah Mah. Kalau Mah sendiri tak menghargai diri bagaimana pula abang? Mana pergi diri Mah yang penuh keyakinan masa Mah bekerja dulu? Mana pergi wanita pujaan abang yang penuh dengan keanggunan masa kita sama-sama belajar dan bekerja dulu? Abang sungguh malu nak bercakap tentang hal ini, tapi jika ini peluang terakhir untuk abang memperbaiki rumah tangga kita, abang luahkan... dan Mah terimalah dengan lapang hati.

Mah... Zulaikha cantik. Dia janda anak ramai tapi bahasa tubuhnya tidak menggambarkan dia seorang janda. Dia menjaga setiap inci yang ada pada tubuhnya sehingga ke bahagian yang paling sulit. Abang minta ampun. Abang menyesal... Zulaikha hanya mahu berkawan dengan abang untuk mengisi kekosongan hidupnya. Dia tidak pernah meminta hubungan yang lebih tetapi kerana selalu bersamanya, abang terpesona. Abang rindukan isteri abang yang dulu. Jika Mah ingin berlalu dari hidup abang... abang tidak mampu menghalang.
Abang berdosa dengan Mah. Mah berubahlah. Cari semula kekuatan Mah sebagai seorang perempuan. Ampunkan abang... abang tak pergi kerja hari ini. Abang nak ke rumah ibu bapa Mah untuk akui semua kesilapan abang dan abang akan terima segala hukuman. Sekali lagi, dari lubuk hati yang paling dalam... abang merayu Mah pulangkan semula isteri abang yang cantik, yang menghargai dirinya luar dan dalam... abang merayu...



Sumber


Pengajaran untuk kita ambil iktibar!

Sebelum terlambat, mari kita ambil pengajaran dari kisah isteri yang suaminya curang sebelum ia menjadi kisah kita. Ya, Allah minta dijauhkan dari kami.



> Cintakan suami kerana Allah
> Berkorban untuk suami kerana Allah
> Berhias untuk suami kerana Allah
> Menjaga kesihatan, kecantikan tubuh badan dan rupa paras kerana amanah Allah dan itu yang suami suka
> Redha suami adalah redha Allah

Apa yang perlu kita buat supaya tidak senasib dengan isteri ini 

Mempunyai suami yang baik, romantis, rajin menolong bukan tiket untuk kita mengabaikan penampilan diri. Memang kebanyakkan suami suka pendam sahaja pendapat mereka tentang penampilan isteri kerana mahu menjaga hati dan perasaan isteri. Mari kita usaha untuk
jadi lebih bertenaga jika suami balik asyik penat,
jadi lebih berseri jika kulit semakin kusam
jadi lebih slim dan bergetah jika badan semakin berisi
dan yang penting bajai rumah tangga dengan amalan rohani dan berpaksilah pada ajaran Islam sebenar


Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056

Rahsia diet menjadi hingga berjaya turun 11 kg dan kurangkan 6 inci dipinggang!

En. Rosli adalah suami pada pelanggan set mengandung saya. Beliau perlukan pertolongan dalam berdiet rupanya! Hasilnya dari supplemen dan eksklusif konsultasi juga dedikasi En. Rosli, berjaya dia mengurangkan dari 36 inci ke 30 inci dan dari 81kg ke 70kg. Apa rahsia dan petua En. Rosli amalkan hingga perubahan sebanyak 6 inci dan 11 kg ni?



Rajin Update Perubahan Diri

Sejujurnya, En. Rosli ni sering hantar update tentang perubahan yang dia alami. Gila tak syok, berat turun banyak macam tu. Confident level mesti semakin tinggi. Senyum mesti sampai ke telinga. Yang penting, keseluruhan hidup mesti rasa lebih mudah dan tenang. Ya la, senang nak bangun solat, nak mengejar anak dan turun risiko untuk penyakit berkaitan obesiti. Penting untuk sering keep in touch dengan pengedar Shaklee kita demi nak berjaya dalam misi turunkan berat badan ni ya.

Takutkan risiko penyakit merbahaya

Berat asal En Rosli sebelum mengamalkan Shaklee adalah 81kg. Beliau memang sangat bersungguh-sungguh nak turunkan berat demi kelastarian hidup. Antara 10 tip Kevin Zahri ni, ada yang beliau amalkan. Bagi yang tak tahu, obes bukan isu comel dan asalkan bahagia cukup. Yang kita takutkan banyak penyakit yang merbahaya akibat dari obesiti antaranya kencing manis, darah tinggi dan serangan jantung!



Kesan Hebat Selepas Mencuba

Ini hasil yang En. Rosli dapat! Beratnya turun sebanyak 11 kilogram. Apa yang beliau lakukan? Pertama kali, beliau memang mengurangkan pengambilan karbohidrat. Beliau tak ambil nasi dan beliau juga bersukan iaitu berenang. Walaupun tak ambil nasi, beliau ganti dengan makanan lain yang turut memberi tenaga dan membakar kalori. Sebab itu beliau masih bertenaga untuk melakukan aktiviti riadah. Untuk mempercepatkan penurunkan berat badan, beliau mengambil supplemen Lecitin dan Herb Lax dari rangkaian Shape Up Program.

Macam mana boleh jadi sampai macam tu?

Shape Up Program mengandungi Lecitin yang berfungsi memecahkan lemak dan membantu badan menyerap zat larut lemak termasuk vitamin A, D, E, K. Paling penting, Lecitin menurunkan risiko serangan jantung kerana mengemulsi lemak yang melekat di saluran darah. Selalunya orang kena serangan jantung sebab saluran darah tersumbat dan oksigen gagal sampai ke jantung! 

Dalam proses penurunan berat badan juga, Herb Lax sangat penting. Kadang-kadang kita dah makan banyak tapi masih penat dan lapar. Kemungkinan usus kita dah sesak dan gagal menyerap makanan dengan baik untuk fungsi tubuh. Jadi Herb Lax membantu dalam mengaktif dan melancarkan pergerakan usus ni. Kesannya, kita makin cergas dan proses penurunan berat semakin mudah!




Apa yo-yo effect melanda?!!!!

Selepas beberapa bulan, beliau hubungi saya kembali dan nyatakan yang berat dah sangat OK tapi macam yo-yo. Tambah 1 kg, turun 1 kg. Saya pun mengsyorkan Cinch Shake Mix. Sebenarnya dari dulu lagi dah syorkan, tapi beliau ragu dan tak cukup budget. Bila dah sendiri alami, sekaranglah masanya saya kongsikan segala kebaikan Cinch Shake Mix dan beliau akhirnya bersetuju.

Alhamdulillah, selepas beberapa hari ja cuba dan ada kesan yang sangat positif! Bagi yang nak diet sihat untuk maintain atau menurunkan berat dan inci, tolonglah ambil Cinch Shake Mix dalam program Shape Up ni. Kalau kita diet sangat2, nanti bila tiba masa badan penat dan lapar. Risau nanti habis ke laut diet kita. Jangan lupa, hindari 9 sebab punca diet gagal!

Apa nak kena buat sekarang?


Diet yang betul adalah diet yang tak menyiksakan tapi menyihatkan badan! Kira keperluan kalori kita dan berapa yang kita tak perlu lagi. Ambil tahu makanan apa yang membantu cepatkan kalori dibakar dan mengenyangkan. Bakar dia melalui aktiviti riadah atau kurangkan pengambilannya.
Jika anda berminat dan betul2 mahu turunkan berat dengan berjaya dan bantuan Shape Up program, hubungi saya sekarang juga ya!



Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056

4 jenis makanan yang boleh kurus cepat !

Ini berita yang sangat gembira untuk orang yang berniat nak KURUS cepat! Kalau nak tahu walaupun 2 makanan mempunyai nilai kalori yang sama jika dimakan, mungkin 1 lagi dapat membakar lebih kalori semasa kita sedang makan a.k.a membantu meningkatkan metabolisme! Sekaligus bantu untuk cepat KURUS. Bukankah BEST tu?


Macam mana boleh jadi macam tu? Semasa kita sedang mengunyah, hakikatnya kita sedang membakar kalori kerana badan sedang bekerja, walaupun makanan yang sedang dimakan itu menambah lagi kalori dalam badan. Jangan lupa juga untuk amalkan 10 tip cepat kurus dari Kevin Zahri ni !

Makanan apa yang boleh buat kita KURUS lebih cepat ni?!!

Terdapat empat jenis makanan yang aktif kalori yang akan merangsang tubuh kita untuk menggunakan lebih banyak tenaga seterusnya membakar lebih banyak kalori. Perlu diingat, ini adalah ciri-ciri makanan bukan bermaksud kita boleh makan banyak sampai terlebih sudah.

Pertama : Makanan Kenyal

Contoh: Daging, kekacang, buah dan sayur. 

Oleh kerana tekstur yang perlu dikunyah lebih, tubuh perlu bekerja lebih sebaik saja kita menyuap makanan ini. Jadi lebih kalori dibakar, ala2 macam senaman mulut gitu. Tapi haruslah kunyah sampai hancur, cepat badan menyerap. Tak adalah tersangkut kat celah gigi dan usus ja banyak.

Kedua : Makanan yang baik untuk Jantung & Serat Tinggi

Contoh : Buah, sayur, beras perang, bijirin penuh dan serat. 
Makanan ni juga ada sifat kenyal. Selain itu ia tinggi serat. Dengan makan makanan yang kaya serat, perut rasa cepat penuh dan kenyang berbanding makan makanan lain yang sama jumlah kalorinya.
Jadi bila kita makan makanan begini, kita kurang rasa nak makan lebih lagi. Dah jimat kalori dan bantu cepat KURUS!

Ketiga: Makanan Pembekal Tenaga 

Contoh : Kopi, teh, dark chocolate.
Memang ramai yang dapat merasai lebih bertenaga dan segar lepas minum kopi, teh dan dark coklat. Minuman dan makanan ni boleh tingkatkan metabolisme, memang bagus tapi hati-hati dengan penambahan susu, gula dan krimer masa minum teh dan kopi tu ya. 
Dark Chocolate pun makan berpada - pada sebab manis.  Kang bertambah-tambah kalori dan lemak.

Minuman teh pilihan saya sangat best dan memang bantu untuk kurus. Nak tahu kenapa, boleh belek gambar di bawah ni.

 Energy Tea Mix ni memang formula istimewa untuk kurus, kenyang dan beri tenaga dan rasanya SEDAP! Best ka tak best tu?

Empat: Makanan 'panas'

Contoh : Lada, kayu manis, halia, bawang putih, bunga cengkih, cuka dan lain-lain. 
Makanan seperti ini membantu membakar kalori dengan menggandakan tenaga selepas beberapa jam kita makan. Powerkan ? Ia juga boleh membantu membakar 100 kalori setiap hari dengan merangsang reseptor saraf dan menghantar signal ke otak untuk membakar lemak. Makanan seperti ini juga akan meningkatkan metabolisme sehingga 12% !!! Jadi, lebih-lebihkan lada, halia, bawang putih semasa masak dan makan ya!

Patutlah pengambilan Omega Guard yang memanaskan boleh membantu dalam diet nak kurus! Ini bukti kajian yang yang membuktikannya. Ini yang saya suka sangat ni. 
omega guard bantu cepatkan diet nak kurus


Kalau nak KURUS, jangan main hentam keromo ja, takut GAGAL. Makanan yang kita ambil sangat mempengaruhi diet nak turunkan badan kita sama ada berjaya atau tidak! Ilmu kira kalori pun kena tahu, sini saya ada share. Pemilihan makanan dari 4 jenis makanan di atas akan membantu mencepatkan misi KURUS kita. Supplemen seperti HERBLAX untuk lancarkan pergerakan usus dan LECITIN yang memecahkan lemak, membantu supaya makanan yang kita ambil dijana dengan baik oleh badan. Ilmu yang berguna kena dikongsi dan diamalkan. Dah tahu kena buat ok! Semoga berjaya dengan misi KURUS dengan Sihat kita!


Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056


Ida Khairani Ahmad www.mysupervitamins.com

9 Sebab Kenapa Diet Nak Kurus Menjadi Bertambah Gemuk?

Bila bercakap pasal diet nak turunkan berat badan, kita tak boleh lari dari ambil tahu pasal KALORI. Ramai yang gagal walaupun mengamalkan diet yang orang lain buat dan berkesan sebab tak faham apa itu KALORI sebenarnya? Jadi penting gila kalau orang yang berniat nak diet kurus ambil tahu pasal kalori ni. Supaya tidak terjadi sebaliknya! Dari rancang nak KURUS tiba-tiba, menjadi bertambah GEMUK. Saya senaraikan 9 kesalahan kenapa diet KURUS tak menjadi dan kupas jawapannya sekali!


Kesalahan 1: Tak tahu apa itu kalori?

Aktiviti harian memerlukan tenaga dan makanan membekalkan tenaga apabila dibakar! Kalori adalah unit tenaga. Kalori digunakan untuk mengukur nilai tenaga.


berapa kalori kita perlukan

Dari mana datangnya kalori?


Dari makanan. Badan kita wajib dan sangat perlukan kalori untuk menjana tenaga. Malah nak proses makanan yang dimakan untuk menjana tenaga pun memerlukan tenaga. Bila kita makan banyak sangat, tapi aktiviti kurang, kemungkinan besar, makanan akan bertukar menjadi LEMAK dan disimpan dalam BADAN. Inilah yang menyebabkan BERAT BADAN BERTAMBAH jika energy intake lebih dari energy use and out. Paling malang, ia akan membahayakan kesihatan.



Kesalahan kedua : Tak ambil tahu berapa kalori makanan yang diambil semasa diet nak kurus tuu!! 

Kita boleh rujuk "Maklumat Pemakanan" dalam label makanan yang kita beli. Kalau beli nasi lemak tak ada label. :D. Selain tu, boleh juga kira dengan formula ni.

Karbohidrat: Didarab dengan 4 kalori setiap gram
Protein: Didarab dengan 4 setiap gram
Lemak: Didarab dengan 9 setiap gram.


Contoh: Satu hidangan Sos Cili yang mengandungi;
Karbohidrat-53g (53g X 2 = 106 Kalori)
Protein-1g (1g X 4 = 4 Kalori)
Gula (juga Karbohidrat)-16g (16g X4 = 64 Kalori)
Jadi satu tuangan Sos Cili bernilai 174 kalori!

Kesalahan ketiga : Tak ambil tahu berapa kalori diperlukan untuk kurus dan turunkan berat !


Secara purata, biasanya
Lelaki perlukan 2000-2500 kalori
Wanita perlukan 1600-2000 kalori

Berapa kalori yang kita ambil semasa diet nak kurus ni, sangat bergantung pada berapa KG yang kita nak kurangkan dan aktiviti kita. Boleh guna kalori kalkulator untuk ambil tahu berapa kalori yang kita perlu ambil dalam sehari.

Kesalahan keempat : Tak sedar apa yang terjadi bila kita makan lebih dari sepatutnya?

Setiap 7700- 8000 kalori yang terkumpul (tidak dibakar) akan menaikkan 1kg berat badan. 

Kesalahan kelima : Tak boleh tinggal makanan tinggi kalori walaupun di mulut beriya nak kurus!

Saya kongsikan, kalori makanan glamur dan top rakyat Malaysia :D. 










Kategori: Kuih Muih

1. Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Kategori: Lauk Pauk


1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Kategori: Makanan Rutin


1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

Kategori: Makanan Segera


1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Kategori: Buah-buahan


1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori

Kategori : Minuman



1.minuman berkabonat 1 tin 285g = 120 kal
2.minuman kotak 250g = 105 kal
3.susu tepung penuh krim 1 sudu makan = 33 kal
4.susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan = 25 kal
5.aiskrim 2 skop= 390 kal
6.susu pekat manis 1 sudu makan = 71 kal
7.yogurt rendah lemak 1 cawan = 90 kal
8.mentega 2 sudu teh = 75 kal

Kesalahan keenam : Tak rancang dan ambil kisah jumlah kalori yang diambil dalam sehari!

Jom, kita buat kira - kira kalori yang diambil untuk kebanyakan rakyat Malaysia !


Sarapan : Nasi lemak bersambal (400 kalori) + Telor mata kerbau (21 kalori) + Teh Tarik (120 kalori) = 541 kalori
Minum pagi ( 10 pagi ) :  Kuih karipap 3 biji (390 kalori) + Teh O (20 kalori) = 410 kalori
Makan tengahari: Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ayam kari (250 kalori) + Dalca Sayur setengah cawan (150 kalori) + Air Tembikai (80 kalori) =   900 kalori
Minum petang: Kopi susu (120 kalori) + Popia Goreng 3 biji (390 kalori) = 510 kalori
Makan Malam: Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ikan Tenggiri Masak Merah (142 kalori) + Kangkong goreng belacan (120 kalori) = 682 kalori
Jumlah (541 + 410 + 900 + 510 + 682) = 3043 kalori.

Kesalahan ketujuh : Tak ambil tahu akibat dari asyik terlebih kalori jika tabiat makan kita seperti kebanyakan rakyat Malaysia tadi dan berlarutan selama setahun?


Jika lelaki bakar 2500 kalori tetapi makan 3043 kalori sehari maka mereka akan simpan 543 kalori setiap hari sebagai lemak. 543 X 365 hari = 198, 195 kalori setahun disimpan. Jadi dalam setahun berat akan meningkat sebanyak 24.77kg!! (198,195 / 8000).

bagaimana berat boleh bertambah
 

Kesalahan kelapan: Tak nak cuba dan malu beriadah walaupun aktiviti tu boleh bakar kalori?

Tingkatkan aktiviti harian, berjalan pantas, naik turun tangga, cuci kereta, bersukan, senaman. Kurangkan menonton TV atau bermain permainan computer kerana badan hanya membakar 1 kalori seminit jika kita beraktiviti seperti ini dan ia sama nilai dengan kalori yang dibakar semasa tidur!


Kesalahan kesembilan : Tak sedar berapa kalori dibakar dengan aktiviti yang kita lakukan?

Kalori yang dibakar bergantung pada berat badan dan ketumpatan tubuh seseorang Berikut adalah kiraan kalori yang dibakar seorang yang seberat 68kg beraktiviti selama sejam.

1) Menonton TV = 40 kalori
2) Berjalan pantas = 300 kalori
3) Bermain bola keranjang (agresif) = 450 kalori
4) Mengemas rumah = 240 kalori
5) Berkebun = 320 kalori
6) Bermain golf (bawa sendiri Club) = 385 kalori
7) Berbasikal statik = 380 kalori
8) 
Erobik = 405 kalori
9) Ping Pong = 280 kalori

OH MY GOD ! Banyak betul kesalahan yang ramai kita buat sebab tulah diet asyik gagal ja. Tak apa, masih belum terlambat. Kan saya dah jawab semua kesalahan dengan penyelesaian. 

Jadi, pilihlah makanan yang sihat dan kurang kalori jika mahu menurunkan berat badan. Rancang diet anda supaya ia berkesan dan seimbang.  Ambil makanan tambahan a.k.a supplemen untuk membantu proses makanan dengan lebih efisyen. Selain itu, aktiviti riadah adalah sangat membantu untuk membakar kalori anda dengan baik. Seimbangkan kedua-duanya supaya anda masih boleh menikmati hidangan kegemaran anda dan kekal sihat.



Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056


Ida Khairani Ahmad www.mysupervitamins.com