Cara Lecitin Bantu Untuk Kurus

Lecitin adalah salah satu suppelemen penting dalam Set Kurus. Ada orang yang berjaya kurus dengan pengambilan Lecitin sahaja beserta gaya hidup yang sihat. Hebatkan! Ada yang perlu top up dengan beberapa supplemen lagi.

Kurus dan sihat lebih mudah dengan Lecitin


Bagaimana cara lecitin bantu untuk kurus?

  • Lesitin ada peranan dalam nak kekalkan berat badan, nak kurus dan juga badan yang sihat. 
  • Lesitin ni adalah pengemulsi lemak yang bantu pecahkan dan cairkan lemak
  • Jadi, ia dapat bantu tingkatkan metabolisme yang sangat diingini bagi orang yang nak kurus.
  • Lesitin bantu bakar lemak dengan berkesan
  • Lesitin juga menghalang pengumpulan lemak dan kolestrol tak baik
  • Senaman yang betul dan pengambilan lesitin sangat membantu untuk kurus dengan sihat!
Fungsi lesitin yang menyokong badan untuk kurus


Kadang-kadang, kita boleh baca dalam label kandungan makanan, pengemulsi atau lecitin soya dan sebagainya. Fungsinya adalah membentuk rupa makanan tersebut kerana ia bantu mencairkan dan memecahkan lemak.

Lesitin adalah campuran kompleks fosfolipid yang ada dalam sel badan kita dan beri manfaat untuk kesihatan fizikal dan mental. Fungsi Lesitin juga bagi melindungi sel dan kuatkan struktur sel. 
Apabila lesitin membantu memudahkan pergerakan lemak, bahan bungan dan nutrien di dalam dan luar sel badan, ia turut membantu kita untuk kurus secara semulajadi.

Harga Lesitin adalah RM52.50 dengan penghantaran percuma!


Lesitin Shaklee juga adalah agen pengemulsi semula jadi yang dirumus dari sumber semulajadi iaitu kacang soya. Bukan saja saya ambil lesitin untuk sumber kolina bagi kecerdasan otak, saya amalkan lesitin untuk bantu kekalkan berat badan ideal juga. Makin berusia ni, kadar metabolisme makin menurut. Terpaksalah ambil supplemen seperti Lesitin untuk bantu kekal kurus.



Ida Khairani
013 488 2382
http://www.mysupervitamins.com

Untuk order Lesitin, boleh whatapps ke 013 488 2382 atau isi borang order Shaklee ini. Boleh juga, direct order dengan Shaklee di eSell kalau ada credit card @ debit card. Senangkan!

Penghantaran ke seluruh Malaysia dan cash on delivery sekitar Shah Alam, Klang dan Bandar Bukit Raja secepat mungkin!

Peminat Cilik No 1

Peminat vitamin no 1 ni memang jenuh. Asyik kena distract ja tapi akalnya pun panjang. Nampak botol vitamin mesti minta dibuka. Letak tinggi gigih tunjuk atau panjat. Omega Guard memang ibu bagi tapi habis sebiji minta lagi.. Mana tak pening..




Sebelum ni dia akan makan habis 1 kapsul. Sekarang ni ada style baru pula.
Dia akan masukkan dalam mulut, gigit guna gigi.. Maklumlah gigi dah banyak, geraham pun dah ada.. Lepas tu akan hirup minyak ikan tu sampai habis. Hanyir tak rasa? Haha.. Dia selamba ja. Ibu pun kena telan dengan air hokey, xnak hidu bau.


Nampak tak kat tangan dia tu? Masa dia rajin makan Omega Guard ni Alhamdulillah memang sihat. Ada suatu ketika, selepas saya sorokkan semua vitamin menyebabkan dia tak nampak dan tak minta lagi..Ditakdirkan, dia batuk sampai kena Pneumonia. Masa tu baru teringat, dah lama dia tak makan omega guard. Memang kena ketuk kepala ibu ni. 

Sejak lepas raya, mula tayang balik botol Omega Guard. Kalau dia tak minta, ibu memang lupa. Jadi dia yang cari sendiri. Semoga Nuh Iman sihat2 aja dan tak kena Pneumonia lagi. Alhamdulillah, sejak start balik ambil Omega Guard, belum pernah lagi dengar batuk. Serasi betul. Tq Allah sebab gerakkan hatinya untuk gigih nak makan Omega Guard dan beri khasiat yang terbaik untuk Nuh Iman.


Ida Khairani
http://www.mysupervitamins.com





Vitamin khusus untuk mak-mak

Vitamin untuk mak-mak.. Eh saya sihat ja tapi nak cubalah. Ha, takkan nak tunggu sakit baru nak cari. Sekaranglah masanya untuk mula amal supaya boleh menjadi penghalang dari penyakit kronik.

Vitamin untuk mak mak memang banyak. Saya kongsikan ni hanya 4 vitamin yang wajib. Yang asas dan sinonim dengan wanita.


Vitamin Shaklee tiada tandingan. Dihasilkan dengan sumber semulajadi dan diuji tanpa bahan yang merbahaya dan dijamin berkesan. Jangan dok main ambil ja sebarangan supplemen tau. Kang cantik sekejap tapi penyakit menunggu.

Khasiat vitamin mak-mak berikut 

B Complex : bantu memberi ketenangan, kecergasan dan metabolisme badan.

Ostematrix : membantu menyihatkan tulang dan gigi, menghilangkan sakit pinggang dan belakang.

Alfalfa : detox semulajadi badan, kurangkan simptom resdung, allegi dan keputihan.

Vit E: mengurangkan parut jerawat, tinggi anti oksida, menurunkan risiko kancer

Ini hanya sebahagian dari kebaikan supplemen ini. Jika berminat dan nak tahu lanjut, hubungi Kak Ida Khairani Ahmad segera ya di 013 488 2382.

Belajar dan elak bentan sebelum terkena

BENTAN?. Walaupun ada anak ramai, mungkin ada ibu yang tak tahu apa tu bentan? Mungkin sebab tak pernah alaminya. Apa pun, masih perlu ambil tahu sebab akibat terkena bentan teruk juga.

Pengalaman Kak Ida terkena bentan


Masa Kak Ida berpantang anak pertama dan kedua sangat mudah. Badan masih sihat dan cergas. Mak yang jaga jadi ikutlah apa dia cakap, mungkin sebab tu kak Ida selamat dari terkena bentan.

Bila berpantang anak ketiga pun, waktu berpantang Kak Ida ambil set berpantang Shaklee. Sepanjang berpantang, memang tak kena bentan. Badan dah full recover. Masa sebulan check up pun, rahim dah kecut dan kembali pada kedudukan dan saiz asal. Seronok punya pasal, lepas habis pantang kami plan balik kampung. Sebelum tu pantang di rumah ja.

Beberapa hari nak habis pantang, kami balik ke Pulau Pinang, tidur rumah mak. Hari ke-40, bawa baby ke rumah tuknya. Sebelum tu singgah di pasar malam dulu. Beli air bandung, bihun sup dan di rumah tuk pulak dijamu cucur jagung. Seronok sungguh ibu yang habis berpantang ni makan macam2 juadah.

Tetttt... Elok ja sampai rumah mak balik, perut rasa masuk angin. Badan seram sejuk ja walaupun tak panas. Terus rasa nak pakai stokin balik dan lemah macam orang berpantang balik dah. Muntah tapi keluar air dan angin ja. Merasalah pengalaman pertama terkena bentan !!!! :((

Jadi kali ni Kak Ida nak kongsikan lebih lanjut info pasal bentan catatan dari seorang bidan yang Kak Ida baca di facebooknya.

Apa itu bentan? Macam mana boleh terkena bentan? Cara nak elak bentan dan apa perlu dibuat jika sudah terkena bentan ?

rawatan pulih dari bentan

Apa itu Bentan?


Bentan ialah keadaan bagi ibu- ibu selepas bersalin yang secara tiba-tiba mengalami rasa seram sejuk melampau dan pening kepala.

Apa punca bentan?


Bentan boleh berlaku akibat memakan benda berbisa contoh memakan ikan berbisa,cencaru,bawal hitam ,melakukan kerja-kerja yang berat atau terhantuk ibu jari kaki dengan benda keras. 

Adoi.. Kak Ida sangat selalu terlanggar jari kaki. Sampai sekarang pun. Huhu. Ada tip dari kawan Kak Ida, balut siap2 ibu jari kaki tu dengan sapu tangan atau tisu biar tebal dan pakai stokin. Kalau terkena juga masih dilindungi. :D. Boleh pakai jugakan idea ni! Cubalah ;)

Apa nak buat segera kalau sudah terkena bentan?


Jika ini berlaku, ibu hendaklah berehat secepat mungkin, panaskan badan dengan meminum air panas, air gula panas, berselimut, sapukan minyak seluruh badan, bertungku di perut dan seluruh badan minta bantuan suami atau Ibu. ..
Memandangan tip di dari seorang bidan hardcore, beliau juga sarankan memakan jamu dan pemakaian pilis. Pilis ni yang dilumur di dahi tu. 


Langkah berjaga-jaga untuk elak bentan dan pulih cepat semasa berpantang.


Ibu harus jaga pemakanan dalam pantang dengan baik. Jangan terlepas pandang.
Ikutlah amalan Melayu tradisional mana yang releven, untuk kesihatan kita juga.

Elak : Elak makan makanan berbisa seperti ikan bawal hitam, pari , duri , sembilang dikuatiri BENTAN PINTU RAHIM.

Elak : Selain tu ikan unsur gatal pon tak dibenarkan antaranya kembung, tamban, cencaru & tongkol 

Elak : Mandi dengan air sejuk atau mandi dengan lama.

PETUA tradisional untuk pulih dari bentan

Ambil cekur, lada hitam ,halia dan bawang putih dan ditumbuk 
Ramuan tadi dibalut pada IBU jari kaki. 

Untuk bentan yang teruk boleh minum air rebusan secekak sawi & jintan manis bersama gula batu..Amalkan seminggu 2x baik juga untuk mencerahkan mata.

MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT jadi jagalah pantang sebaik mungkin.. Nama pon berpantangkan jadi banyaklah pantang larangnya. Redha jela.. Demi kebaikan kita & keluarga juga .

Last but not least, semasa berpantang, elakkan mandi sejuk , jaga pemakanan, digalakkan cium jintan hitam yang telah dibunjut untuk elak bentan. Selamat berpantang dan mencium bau baby yang sangat best! Nak rasa set berpantang macam Kak Ida guna yang glamur, berkesan dan mudah, hubungi K Ida. Orang Johor yang nak rasa rawatan dari bidan ni, boleh klik link credit di atas.



Ida Khairani Ahmad
www.mysupervitamins.com
013 488 2382

Kenapa perlu menyusu dengan susu ibu?

Sempena minggu penyusuan susu ibu ni, saya nak kongsilah kenapa kita mak-mak ni perlu pilih menyusu susu ibu. Walaupun ramai dah aware, mungkin ada yang masih tak sure.. Jadi, ini berdasarkan pengalaman dan pembacaan Kak Ida ya. Awat kita harus dan wajib cuba sedaya upaya bagi susu ibu.

Masa mula-mula mengandungkan anak sulung dulu, memang ingat nak campur ja susu. Nampak kak ipar masa dulu, campur susu anaknya. So rasa senanglah nanti. Namun, bila mengandung sendiri dan menghampiri saat kelahiran, mujur waktu terluang dimanfaatkan dengan membaca. Jadi, banyak fakta menarik yang membuatkan ambil keputusan nak menyusu penuh. Yang rasa tak ada nak susu, boleh tengok video ni dulu.

Masa menyusukan anak no 1, Nazhan.

Kenapa penting susu ibu untuk bayi kecil kita?


  • susu ibu ni beri kesan baik pada perkembangan psikomotor, emosi dan social anak kita. Jadi mereka jadi lebih cepat belajar pergerakan, perasaan dan komunikasi dengan kita. Istimewakan?
  • susu ibu bantu perkembangan daya intelek yang lebih baik.. maknanya IQ lebih tinggi. Subhanllah, hebat betul ciptaan Allah. Susu tepung memang cuba imatate kebaikan susu ibu no. 1 ni tapi tak dapatlahkan.. 
  • susu ibu bantu kurangkan risiko penyakit seperti kencing manis, kanser, jangkitan telinga dan pneumonia. Penyakit2 ni banyak faktor lain lagi tapi menakjubkan dengan susu ibu, kita mampu kurangkan beberapa percent risiko penyakit ini. Walau hanya beberapa percent, apa yang boleh ibu buat, mesti kita akan buatkan.
  • susu ibu menyumbang pada antibodi yang tinggi. Alhamdulillah. Nak lebih umph lagi, mak-mak pun ambilkan super food dan vitamin ya. Anak beranak boleh kuat !
  • penyusuan susu ibu kurangkan risiko SIDs iaitu sindrom mati mengejut iaitu mati sewaktu tidur. @ tiba-tiba. Selalunya bayi tidur dan meninggal sebab tersedak susu consider SIDs.
  • susu ibu menggalakkan penghadaman. Ini bermakna susu ibu lebih mudah dihadam. Jangan pelik kalau kekerapan berak anak kita berbeza dengan anak yang minum susu tepung. Selalunya doktor akan bagi green light tak kisah berapa kali anak berak pun kalau anak minum susu ibunya sahaja.
  • susu ibu menggalakkan tumbesaran.  Selalunya, anak minum susu ibu ni lebih bam-bam masa baby. Kemudian akan menyusut juga selepas aktif bergerak. 
  • Iris suatu masa dulu.. Montel !

  • susu ibu yang bernutrisi tinggi mengelakkan dari kurang zat makanan, cirit birit dan penyakit saluran pernafasn.
  • susu ibu yang unik mengandungui komposisi nutrient yang mencukupi dan sentiasa pada suhu yang sesuai. Kalau susu tepung, harus disukat dulu suhu, supaya tak bahaya atau terlalu panas. Terlalu sejuk baby tak suka pula. Susu ibu ni..selak aja!


Lagi satu kelebihan susu ibu ni untuk bayi kita, bayangkan anak kita demam atau jatuh sakit.. Since apa yang kita makan memberi kesan juga pada susu kita, jadi bolehlah kita makan supplemen dan makanan berkhasiat. Kalau susu tepung, nak top up ceruk mana pun tak dapat...

Rupanya, ada juga bahaya dan risiko pada bayi yang tidak diberikan susu ibu. Nanti K Ida sambung next entry..

Ida Khairani Ahmad
www.mysupervitamins.com
013 488 2382

Video cara susu ibu dihasilkan

Assalamualaikum... :) Ramai kalangan kita ni ibu yang dah berjaya menyusukan anak dengan susu ibu. Tahniah ! Perkembangan yang baik ni tak lain tak bukan kerana pendedahan tentang kebaikan susu ibu yang sangat banyak dan diakui susu ibu adalah susu terbaik di dunia rezeki dari Allah untuk anak kita.

Hospital rakan susu ibu pun dah banyak. Jadi kalau rasa sedih, frust awal-awal kelahiran tu, cepat2 minta guidance dari nurse. Jangan malu, mereka memang sedia membantu. Nak saya bantu pun boleh, roger ya di 013 488 2382.

Namun, ada juga ibu yang masih tak yakin untuk menyusukan anak. Macam mana nak yakin? Kenalah dengan ilmu. Sini saya kongsikan cara susu ibu dihasilkan.. semuanya dengan izin, kebijaksaan Allah dan sifat Maha PemurahNya Allah terhadap hambaNya. Ada juga video Bahasa Melayu yang tunjukkan cara susu ibu dihasilkan juga fungsi hormon prolaktin dan oksitoksin.

Mula-mula, kita kenal bahagian dan fungsi tisu-tisu yang membentuk payudara

Bahagian payudara 
  • Puting dan bahagian berwarna gelap sekeliling puting ni di kenali sebagai Areola. Lekapan bayi yang mencakupi areola akan membantu merangsang pengeluaran susu ibu. Jadi bagi baby nganga luas-luas baru masukkan puting. Di areola, terdapat kelenjar yang dikenali sebagai kelenjar montgomery yang akan menghasilkan cecair berminyak yang membantu mengekalkan kesihatan kulit.


  • Alveoli pula adalah kelenjar susu. Untuk menghasilkan susu, terdapat berjuta-juta alveoli di dalam payudara wanita ya.


  • Prolaktin adalah sejenis hormon yang membantu merangsang sel susu dalam alveoli untuk menghasilkan susu. Prolaktin ni dirembeskan dari otak.


  • Sel otot terdapat di sekeliling alveoli. Apabila sel otot mengecut, maka susu pun akan dirembeskan keluar. 


  • Oksitosin adalah hormon yang berfungi untuk merangsang sel otot untuk mengecut. Hormon oksitoksin juga dirembeskan dari otak iaitu dari kelenjar pituitari. Hormon inilah yang merangsang refleks pancutan atau milk ejection reflrex.


  • Saluran kelenjar susu berfungsi untuk mengalirkan susu dari alveoli ke saluran susu utama.


  • Saluran susu utama akan mengembang dan menampung susu ibu semasa bayi menyusu.


  • Saluran susu dan alveoli diselaputi oleh tisu-tisu penyokong dan lemak. Tisu-tisu ini sensitif jadi jika nak mengurut pun, belajar teknik yang betul supaya tak merosakkan tisu payudara.


Sekarang tonton video untuk faham dengan mudah cara susu ibu dihasilkan.




Langkah-langkah susu ibu dihasilkan

1.Apabila bayi hisap payudara kita, saraf diputing dan areola akan dirangsangkan. Isyarat akan dihantar ke otak untuk penghasilan dan pengaliran susu ibu.
2. Rangsangan dihantar ke kelenjar pituitari, maka hormon proaktin pun dirembeskan.
3. Prolaktin akan mengalir dan merangsang penghasilan susu ibu di kelenjar susu.
4. Hormon prolaktin akan menyebabkan sel alveoli mengembang dan menghasilkan susu.
5. Semakin kerap bayi menyusu, lebih banyak hormon dirembeskan dan semakin banyak susu terhasil.
6. Semasa bayi menghisap dan susu sudah terhasil, proses pengaliran bermula.
7. Hormon oksitosin menghasilkan kesan refleks pancutan untuk mengeluarkan susu.
8. Hormon  oksitosin menyebabkan sel sel otot di sekeliling alveoli mengecut dan membolehkan susu mengalir melalui salur susu dan dihisap bayi.
9. Refleks oksitosin ni boleh dirangsang dengan lebih mudah oleh emosi ibu dan perkara seperti

- ibu gembira dan teruja dengan adanya bayi
- keyakinan tentang susu ibu yang terbaik untuk anak dan mencukupi
- melihat, mendengar, menyentuh bayi dengan penuh perasaan sayang
- positif dan tenang
- zikir dan doa amalan (boleh rujuk sini )
- menonton video dan gambar bayi ketika berjauhan dengan bayi
- suara bayi


10. Namun, pengeluaran hormon oksitosin boleh terganggu jika

- ibu menahan kesakitan akibat puting merekah, jahitan caesarean atau episiotomi
- perasaan risau dan bimbang tak cukup susu
- stress dan penat

Maka, semua ibu cuba elakkan perkara yang boleh mengganggu pengeluaran susu ibu dan sentiasa kekalkan mood gembira dan positif. Jangan skip makan dan amalkan pemakanan sihat termasuklah makanan tambahan untuk ibu menyusu yang membantu emosi lebih stabil, kurang stress dan badan bertenaga yang juga menyumbang untuk menggalakkan proses penghasilan susu ibu. Menyusu bayi dengan ilmu membantu kejayaan penyusuan susu ibu dengan lebih mudah!

Ida Khairani Ahmad
www.mysupervitamins.com

Tip Kuruskan Badan Dengan Herb Lax

Assalamualaikum. Geram tak kalau kita nak diet tapi makan tak kenyang kenyang. Walaupun dah diet betul2 jaga makan dan bersenam pula tapi berat badan masih susah nak turun dan gagal untuk kuruskan badan. Mungkin ada tertinggal satu formula penting. Formula ini dapat dibantu dengan amalan Herb Lax !

Diet dan bersenam sudah tapi masih tak kurus !!!


Tahu tak, fungsi usus penting dalam menyerap makanan dan menyingkirkan bahan kumuh. Kalau usus tak sihat, sesak dan kotor macam mana tujuan asal kita nak kurus dengan cepat atau secara tradisional nak berjaya! Tak kira kita gemuk sejak kecil atau berat bertambah semasa mengandung, kurus dengan sihat dan cantik adalah impian setiap orang. Jadi, penting untuk ambil berat dan jaga fungsi usus dalam diet kita barulah boleh berjaya untuk kuruskan badan.

Sebab Diet Nak Kuruskan Badan Gagal

Makanan yang kita makan akan dicernakan pada usus kecil. Di sini makanan yang komplex akan dicernakan menjadi paling halus, kemudian akan diserap oleh darah untuk menjalankan fungsinya.
Jadi sangat penting, usus kecil kita sihat supaya, makanan yang kita makan dapat dicerna dan berfungsi untuk pertumbuhan dan membaik pulih tubuh bukannya berkumpul dan kekal menjadi lemak yang tak digunakan dan hanya menggemukkan.

Usus besar pula berfungsi untuk menyerap air dan garam mineral. Makanan yang tinggal adalah bahan kumuh yang tidak mahu digunakan lagi. Jika orang yang susah nak berak, suka tahan berak dan tahi menjadi keras maksudnya, air diserap terlebih-lebih. Jika air diserap kurang pada usus besar, mungkin berlaku cirit birit apabila masih banyak lagi air pada usus. Jadi usus besar mesti dalam keadaan sihat supaya kita dapat membuang bahan kumuh dan lemak yang tidak lagi perlu dalam keadaan selesa, tidak sakit dan lancar. Barulah misi nak kuruskan badan berjaya dan tidak tergangu. Ye tak?

Ok, Bagaimana Nak Kuruskan Badan Dengan Herb Lax ni?

Jika kita amalkan herblax secara konsisten mengikut cara yang betul seperti yang akan saya cadangkan, InsyaAllah kebaikan dari sumber semulajadi yang terdapat dalam herblax ni akan dapat memberi kebaikan berikut,

Bantu pembersihan najis yang tersekat
Bantu merangsang kesihatan usus dan mempercepatkan proses pembersihan dengan lembut pada najis yang tersekat atau tersimpan lama
Bantu atasi masalah sembelit
Bantu melancarkan pergerakan usus
Bantu mengempiskan perut
Bantu memberi kepejalan pada perut


HERB LAX untuk kesihatan pencernaan


Sumber ramuan Herb lax yang sihat

Kandungan Herblax diformulakan dengan sumber semulajadi iaitu

1. Daun senna - membantu mengurangkan penyerapan lemak dan bantu rangsang pembersihan yang lembut pada usus. Jadi jangan risau perut tak akan memulas-mulas dengan teruk. InsyaAllah kerana ia dipercayai dan digunakan sejak turun temurun.

2. Buckhorn bark - bantu lembutkan najis dan mudahkan pergerakan usus juga beri kelembapan pada usus. Jadi dapat mengurangkan sakit akibat sembelit yang teruk.

3. Licorice root - bantu detoks. Jadi, badan dan perut rasa lebih lega dan sihat.

4. Fennel seed - bantu keluarkan toksin yang terkumpul akibat terlebih makan dan alkhohol. Bantu galakkan pencernaan dan masalah sembelit dan kembung. Best sangat !

5. Anise seed - rangsang keluarkan jus gastrik untuk bantu proses pencernaan. Tak adalah nanti makan tak kenyang-kenyang sebab makanan gagal dicernakan dengan baik.

6. Bhubard root - herba ni digunakan oleh masyarakat Cina untuk kesan seolah olah antibiotik iaitu penghapus bakteria.

7. Blue marva flower - bantu detoks dan imbangi tekstur kulit. Sebab tu kadang-kadang nak cantik pun perlu detoks dengan herb lax dahulu, bukan nak kurus sahaja.

8. Culver's root - bantu masalah lebihan air dalam badan dan masalah asma.

9. Alfalfa - bantu bersihkan usus, darah dan hati supaya dapat tingkatkan fungsi masing-masing.

Sebotol untuk 30 kali hidangan. Sebotol untuk 2-3 bulan berharga RM52 dengan pos percuma.


Dengan kebaikan yang terdapat dalam formula Herb Lax, sesiapa saja boleh mengamalkannya demi kesihatan usus, pencernaan dan penghadaman tak kira kurus atau gemuk, sakit usus atau belum sakit.

Nasihat dan Warning !!!

Untuk diet kuruskan berat badan berjaya, pemakanan perlu dijaga dan senaman perlu diamalkan barulah bantuan supplemen herb lax akan dapat membantu merealisasikan impian nak kurus secara sihat dan cantik akan berjaya! Bagaimana kalau malas diet dan bersenam? Walaupun banyak kg dan lemak yang berjaya disingkirkan dengan pengambilan Herb Lax, tapi berat yang turun mungkin tak akan sebanyak yang diimpikan. Untuk berat yang disingkirkan kekal tanpa perlu berlapar, anda boleh support dengan set kurus lain seperti cinch shake mix yang menghalang diet yo-yo berlaku iaitu berat asal kembali selepas diet dihentikan.

Last but not least, sangat penting andai kita ni nak diet, nak aim untuk kurus dengan sihat dan tak nak diet kita fail dan sia-sia... untuk jaga kesihatan usus dan ambil Herb Lax ni. Tak perlu ambil setiap hari, cuma secara mingguan ja selama beberapa hari. Jangan risau, Ida akan guide secara eksklusif untuk my customer. Banyak yang sudah berjaya, you are the next one !


Ida Khairani