Vitamin semasa ibu mengandung menyebabkan baby besar?

Jawapannya adalah salah.. Antara risiko yang boleh menyebabkan baby terlampau besar adalah jika ibu mengandung mengalami kencing manis, keturunan ataupun ibu mengalami pertambahan berat badan yang terlampau banyak semasa mengandung. Namun, jika doktor mengatakan baby dalam keadaan sihat walaupun anda masuk kategori berisiko berbayi besar, janganlah risau. Asalkan sentiasa monitor dan lakukan regular check up termasuklah jaga pemakanan harian. Vitamin sebenarnya untuk meningkatkan kesihatan ibu dan bayi sepanjang tempoh mengandung sehinggalah saat melahirkan dan bukan punca bayi besar.





Ramai wanita yg salah anggap multivitamin saperti obimin atau lain jenama yg diberikan waktu hamil menyebabkan saiz bayi besar waktu lahir. Pil vitamin ini penting utk kesihatan ibu dan utk bina darah utk cegah kurang darah waktu bersalin. Pil2 kalsium utk bina tulang, folic utk keperluan semua sel2 baru utk janin dan fish oil sebagai sumber omega3 dan DHA utk sel2 otak bayi utk jadi anak pintar. Setelah bersalin TERUSKAN makan supplemen2 tersebut utk cepat pulih rahim dan kekuatan badan serta utk susu ibu yg bekualiti. Saya cadangkan pil2 tersebut patut dimakan terus menerus hingga akhir hayat seseorang wanita.

Mysupervitamins : Untuk membantu para ibu mengenai vitamin ibu mengandung boleh rujuk sini


Mengikut Dr Hamid Arshat lagi,

Kajian terbaru menunjukkan benih lelaki keseluruhannya merosot, kurang aktif dan kurang daya bercantum dengan telor perempuan. faktor2 penyebab ialah stress atau tekanan hidup, makanan yg tak seimbang dan kurang berzat, fast dan junk foods, pencemaran udara , pendedahan pd toksins, kegunaan terlalu banyak alat elektronik, phone, laptop dll, kurang exercise dan tidak cukup rehat dan tidor. Perlu ubah caragaya hidup kepada yg sihat dan seimbang.


Mysupervitamins: Dengan kesedaran bahawa cara hidup dan pemakanan mempunyai faktor yang besar dalam kesuburan dan perlu dititik beratkan sejak dari peringkat awal merancang untuk hamil, beberapa vitamin turut dicadangkan untuk membantu meningkatkan kesuburan. Boleh rujuk entry Makanan Untuk Kesuburan




Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056


Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :)

Set Penyusuan tanpa Vitamin C masih boleh CANTIK

Huru hara 1 Malaysia, Vitamin C SOLD OUT...  Tiba-tiba sejak beberapa bulan lepas Vitamin C menjadi fenomena..Sana-sini orang gilakan Vitamin C.. Vitamin C Shaklee ramai pula pakat rebranding.. Organik la..dan macam-macam nama lagi.. Ya laa... Vitamin C sangat banyak manfaat sehingga ibu menyusu pun digalakkan mengambilnya..untuk antibodi, untuk resdung, untuk kulit sihat dan cantik dan banyak lagi. Akhirnya..Vitamin C Shaklee Sold Out Habis untuk kali keberapa tak tahu dah..

Oleh kerana, buat masa ini maklumat yang diterima dari pihak Shaklee Malaysia, Vitamin C akan kembali pada bulan April 2013..Semua set penyusuan, berpantang dan ibu mengandung adalah tanpa vitamin C..ini pun sehingga diberitahu nanti...


Jadi, vitamin yang kekal dalam :

vitamin ibu menyusu Shaklee
Set Penyusuan supplemen Shaklee


Set B, set asas penyusuan adalah - B Complex, Alfalfa dan Vitalea

Set E, set penyusuan enhancement - B Complex, Alfalfa, Vitalea dan Ostematrix/kalsium

Set 3M, set penyusuan triple M - B Complex, Alfalfa, Vitalea, Ostematrix/kalsium dan ESP( Energizing Soy Protein)

Set Eu Four Pack - B Complex, Vitalea, Ostematrix/Kalsium


Berkenaan dengan harga pastinya ada penurunan tanpa pembelian vitamin C dalam set ini


Namun, untuk manfaat antibodi, kecantikan, pemulihan yang diberikan oleh vitamin C, kami mencadangakan vitamin berikut untuk melengkapkan set-set penyusuan ini. Ibu menyusu boleh pilih salah satu supplemen atau kesemuanya sebagai pelengkap pada set penyusuan sedia ada.


-Zink  : meningkatkan sistem imun, bagus juga untuk masalah rambut gugur , mengurangkan inflamasi dan mempertingkatkan tahap sihat hormon(bagus untuk jerawat)

-Nutriferon  : mengaktifkan interferon utk menguatkan fungsi sistem imun


-Shaklee Collagen Powder  : kulit yg cantik dan anjal, mengandungi Vitamin C, kesihatan tulang dan sendi,  mencerah dan mengurangkan pigmentasi


Pengganti vitamin C untuk cantik dan imun
Pelengkap set penyusuan




Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056


Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :)

Faedah energizing soy protein ( ESP) dan alfalfa untuk ibu menyusu

Tahniah buat anda kerana berminat dan berniat untuk menyusukan bayi dengan susu ibu! Walaupun banyak rintangan, ibu menyusu tetap kental dan berusaha untuk mencari ilmu. Syabas! Ketahuilah ramai ibu-ibu, bapa dan individu yang menyokong 100% usaha anda dan sangat SALUTE dengan ibu menyusu berkerjaya atau suri rumah tangga. Rangkaian set penyusuan supplemen Shaklee ni membantu untuk memudahkan perjalanan anda sebagai ibu menyusu. Tahu tak konsep asas penyusuan adalah 'lebih banyak permintaan, lebih banyak pengeluaran'?


Jika masih tidak tahu, sebagai pelanggan Mysupervitamins yang membeli mana-mana set penyusuan dari sini, akan mendapat panduan, jadual dan e-book yang membantu ibu menyusu untuk lebih memahami konsep ini. Panduan untuk memilih mana satu set yang sesuai boleh klik link ini. Untuk harga lengkap, boleh email pada saya. Bagi yang tidak berkemampuan, ibu menyusu juga boleh memilih set yang mengandungi Energizing Soy Protein dan Alfalfa Shaklee sahaja. Ini set budget namun Alhamdulillah, hasilnya tidak mengecewakan bagi yang tetap mengamalkan konsep penyusuan asas disamping mengambil supplemen Shaklee ini.


Testimonial di bawah adalah faedah dan kesan baik yang diperolehi oleh pelanggan kami. Syukur susu ibu menyusu ini menjadi sangat banyak dan kulitnya juga menjadi semakin cantik. Sangat seronokkan? Best..best..Hanya ibu menyusu dan yang menyokong penyusuan susu ibu yang faham dan terasa kegembiraan ini kerana bukan senang nak senangkan. Sememangnya kekuatan mental, fizikal dan sokongan moral itu sangat penting bagi seorang ibu menyusu sepanjang perjalanan penyusuan. Supplemen juga membantu ibu sihat dan cergas supaya pengeluaran susu tidak terjejas.



Kesan baik ESP dan Alfalfa untuk ibu menyusu Shaklee
Susu lebih banyak dan kulit lebih cantik !!!!


Jom sembang lebih detail fungsi dan faedah Energizing Soy Protein dan Alfalfa Shaklee kepada ibu menyusu dan anak juga!

Faedah Energizing Soy Protein terhadap ibu menyusu dan bayi

- nutrien termasuk protin dapat dikongsi dan disalurkan melalui susu ibu
- protin membina sel, muscle, hormon dan kulit yang sihat
- protin membantu pembinaan tubuh bayi
- protin membantu proses pemulihan dengan lebih cepat
- protin yang baik menghasilkan sel yang sihat seterusnya menjadikan kulit lebih sihat dan cantik
- protin merangsang pengeluaran susu ibu kerana komposisi terbanyak dalam susu ibu adalah protin
- protin membuat badan ibu dan bayi lebih firm/kental
- energizing soy protein memberi tenaga berpanjangan
- energizing soy protein membantu perut ibu terasa penuh, bagus untuk diet dan menurunkan berat badan. Namun, ibu menyusu tidak digalakkan diet atau skip meal

Faedah Alfalfa Shaklee terhadap ibu menyusu dan bayi

-alfalfa dipercayai adalah milk booster /  penggalak susu sejak turun temurun
-alfalfa tidak meninggalkan bau tak best seperti sesetengah penggalak susu lain jadi ibu menyusu jangan risau
-alfalfa dapat membantu mengeluarkan angin dari badan ibu menyusu. Selalu lepas bersalin, urat banyak kembangkan dan angin senang masuk. InsyaAllah pengambilan Alfalfa dapat mengurangkan angin dalam badan
-Alfalfa mengurangkan keputihan
-Alfafa menguatkan dinding faraj. Sering kali, ibu menyusu suka terkencing sebab dinding faraj sudah tidak kuat. InsyaAllah pengambilan Alfalfa dapat membantu
- Alfalfa juga berkesan seperti kacip fatimah.."gripnya kembali hebat"


Berjela-jela cerita pasal Alfalfa dan Energizing Soy Protein untuk ibu menyusu dan bayi..belum cerita pasal faedah vitamin lain-lain lagi yang menjadi pelangkap buat ibu menyusu ni. Klik link ni untuk lebih lanjut pasal set lain ya -Set B, Set E, Set Triple M dan Set Eu Four Pack.






Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056


Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :)


Vitamin C Plus Shaklee organik dan semulajadi

Kenapa Vitamin C Plus Shaklee sangat HOT?

- Vitamin C Plus Shaklee bukan sahaja organik dari segi penanaman dan penjagaan tetapi diikhtiraf semulajadi kerana langsung tiada bahan kimia dan racun perasok sepanjang proses penyediaannya.

- Vitamin C sangat sinonim dengan kecantikan dan menguatkan sistem imun badan.

- Vitamin C berfungsi untuk mencerahkan kulit, menggebu, melicinkan kulit. Hasil berbeza termasuk jangka masa pemulihan setiap orang kerana vitamin C akan membaik pulih dalaman di mana keperluan vitamin C lebih tinggi.

- Vitamin C 'organik' juga dipercayai mampu mengurangkan jerawat dan parut jerawat di muka dan badan

- Pesakit resdung juga digalakkan mengambil Vitamin C untuk mengurangkan simpton resdung dan menguatkan imun badan

- Vitamin C semulajadi selamat digunakan oleh ibu mengandung dan ibu yang menyusu. Jadi, xperlu risau dan masih boleh cantik seperti orang lain.

- Gusi yang sering berdarah adalah tanda kurang vitamin c jadi dapatkan bekalan vitamin c anda sekarang

-akibat pencemaran yang semakin berleluasa, radikal bebas sering menyerang diri. Vitamin C yang bersifat anti oksida adalah perlindungan terbaik sel badan dari radikal bebas.

- Vitamin C menggalakkan penyembukan luka dan lebam.

- Bersifat anti- histamin untuk mengurangkan alergik

- Vitamin C menggalakkan pembinaan kolagen yang penting untuk kecantikan dan keanjalan kulit serta kesihatan sendi dan tulang.

- Vitamin C bagus untuk penyerapan zat besi

- Vitamin C yang terbaik bersifat sustained release iaitu pelepasan mengikut masa, jam demi jam. Ciri ini mengekalkan bekalan vitamin c di dalam badan.





Sulingan... Selalunya kami akan mengesyorkan beberapa vitamin lagi untuk kesihatan dan kecantikan kulit seperti Vitamin E, B complex dan ESP selain Vitamin C ( Set D + ESP) . Ini testimonial Najihah selepas penggunaan supplemen Shaklee secara konsisten.






Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056


Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :)

Lagi Testimonial Kecantikan - Selepas mengamalkan vitamin untuk kulit dan Collagen


Bagaimana nak walk in ke Shaklee cawangan KL di Wangsa Maju

Selain dari membeli produk Shaklee secara online, anda boleh juga untuk terus walk in di branch berdekatan. Post ni ditulis khas untuk yang berada berdekatan KL dan ingin membeli secara terus di cawangan Shaklee di Wangsa Maju. Selain membeli, anda juga boleh terus mendaftar sebagai ahli di mana-mana cawangan. Cuma ingat nama penuh saya, Ida Khairani dan Shaklee ID 846056 untuk diisi di ruangan sposor/ upline anda. Selepas mendaftar, jangan lupa menghubungi saya supaya kita sama-sama dapat saling membantu. Coaching secara online dan santai mengikut keselesaan masing-masing.

Ok, bagaimana nak walk in di Wangsa Maju. Alamat pejabat jualan Shaklee di sana adalah

 31 Jalan 2A/27A Section 1 Wangsa maju Setapak, KL. No tel 03-41426442




Disertakan map untuk ke Shaklee Wangsa Maju. Selain dari ikut Jalan Usahawan, boleh juga terus ja melalui Jalan Genting Kelang dan melintasi LRT Wangsa Maju. Landmark cawangan Shaklee KL ni ia ada berdekatan area Alpha Angle, Balai Polis Wangsa Maju dan ada Shell serta ESSO. Di sebelah shoplot Cawangan Shaklee Wangsa Maju ada workshop dan di hadapannya ada Klinik Wangsa. Harap semua maklumat ini lengkap dan anda tidak sesat lagi. :) Enjoy Shopping!


Map ke Shaklee Wangsa Maju, KL
Map ke Shaklee Wangsa Maju, KL

NEW UPDATE ! BRANCH WANGSA MAJU TELAH BERPINDAH KE :

 NO. 32, JALAN  RAMPAI MAJU 3, TAMAN SRI RAMPAI, KL 

(BERHAMPIRAN OPEN UNIVERSITY )

Lagi tip untuk ke cawangan Shaklee KL  :
Kedainya di corner lot, berdekatan dengan Tasik Sri Rampai. Kalau korang dah jumpa Wahab Cendol di shop lot paling hadapan, ha..branch shaklee di row ketiga, row paling hujung. 


Kalau dah jumpa, Alhamdulillah. Doakan saya murah rezeki ya. Kalau membeli dengan id saya, jangan lupa minta konsultasi istimewa dari saya. Yang terus register sebagai ahli dengan ID saya 846056 sebagai upline, hubungilah saya untuk berkenal - kenalan dan  jika mahu jana pendapatan dengan Shaklee, jangan sesekali malu tak bertempat. Saya sangat berbesar hati. :)


New update ! Boleh rujuk entry Video Cara ke Shaklee KL yang saya baru sediakan ni. Semoga tak ada yang sesat lagi. 


Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056


Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :)

Testimonial 18 SX dengan Shaklee Collagen Powder

Niat amalkan Shaklee Collagen Powder nak cantik untuk suami..nak sihat untuk diri sendiri dan keluarga.. akhirnya suami tegur part lain pulakan yang 'ketat'.. Memang terbaiklah..Alhamdulillah.. Terima kasih pada empunya diri yang sudi berkongsi Testimonial 18 SX HOT ini.

Testimonial Shaklee Collagen Powder - Mysupervitamins
Testimonial Shaklee Collagen Powder - Mysupervitamins

"Thank u kak ida. So far dah ada byk perubahan sejak 3mggu minum collagen ni. Muka jadi soft cuma ada biji2 halus je. Blom tahap flawless lagi hihi. InsyaAllah lps ni dh tak payah foundation n mekap2 lagi. Tp yg pelik husband perasan perubahan yg lain. Dia kata makin 'ketat' (lucah sikit hehehe, sorry). InsyaAllah lagi 2 bulan ke, xxx share pic 'before and after' taking this collagen. Walau pun mahal tapi berbaloi. Husband tgk perubahan pun smpai sggup belanja beli kan collagen ni. Ckp je dh habis terus suruh order lagi hihi. Yg penting niat utk suami"


Kenapa Shaklee Collagen Powder boleh bertindak dengan lebih cepat? 

(Kajian klinikal mengesahkan kesan yang lebih baik dalam tempoh 8 minggu penggunaan collagen.)


Shaklee Collagen Powder ini sangat hebat sebab ia mengandungi 4000mg proprietari Red Snapper Scale(RSS) collagen.  Apa RSS ni? RSS ni adalah kolagen yang sangat berkualiti tinggi dan tulen, extrak dari sisik ikan merah. Kenapa kolagen dari ikan merah berkualiti? Ini kerana ikan merah tahan untuk hidup pada kedalaman laut yang sangat dalam dan bertekanan tinggi. Ini membuktikan kulitnya yang sihat, kuat dan anjal untuk ia bertahan dan hidup bebas di situ. Sebab itu Shaklee memilih sumber sisik ikan merah untuk bahan utama Collagen Powder ini.

Yang paling best, Shaklee Collagen Powder sangat mudah diserap badan dan bertindak lebih cepat. Ini kerana molekulnya yang sangat ringan iaitu 1000 Dalton, berbanding jenama lain sehingga 300,000 dalton. Molekul yang ringan memastikan penyerapan unggul dan peningkatan sisitesis kolagen pada lapisan kulit (dermis) dengan berkesan.

Bahan-bahan Shaklee Collagen Powder merangkumi 7 sumber semulajadi utama iaitu ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerang-kerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

Jangan lupa dapatkan sekotak Collagen untuk diri sendiri, orang tersayang termasuklah ibu bapa. Semua orang berhak mendapatkan yang terbaik untuk diri sendiri sebagai REWARD atas kesusahan kita bekerja, Do Pamper your self and your love one . Banyak tau bonus yang tak disangka-sangka hasil pemakanan sihat Shaklee Collagen Powder ni termasuklah lebih cantik, lebih anjal, lebih 'ketat'.. InsyaAllah :)




Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056


Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :)

Cerita Semasa Berpantang


Tahniah pada bakal ibu yang sedang mengandung dan pada ibu yang telah selamat melahirkan anak. Alhamdulillah atas rezeki yang Allah kurniakan. Selamat menjalani tempoh berpantang. Jangan sedih dan stress tapi be happy dengan segala yang berlaku. Kalau rasa penat semasa berpantang tu, banyak berehat. Memang waktu berpantang, adalah masa untuk badan kita berehat dan pulih semula. Jangan stress kan diri. Kerja rumah boleh minta tolong husband or upah orang. Namun, ramai ja ibu2 zaman moden ni yang cergas walaupun masih berpantang. Antaranya yang mengamalkan pemakanan sihat termasuklah yang mengamalkan vitamin Shaklee dari mengandung sehinggalah berpantang. Terima kasih kerana kepercayaan kalian supermom sekalian.

Entry hari ni nak share testimonial berpantang dari Aida, yang di post di secret group khas untuk customer di FB. Semua customer Mysupervitamins yang ada fb boleh request tapi perlu add Ida Khairani dahulu dan minta nk join group tu. Kalau tak request, Ida tak simply add. Hanya untuk pelanggan di bawah jaringan kami sahaja ya.

Ok, jom baca pengalaman menarik Aida.

Just nk share ckit my experience...Saye ambik set utk berpantang+Alfalfa+ESP n da consume 2-3 weeks before deliver... My EDD supposely on 30/10/12 tp bby tak jugak keluar..Saye pegi private n dia scan kata my baby around 4kg so dia suggestkn utk scissor..saye n husband mmg nk b'salin normal..so kami pegi Gov Hospital n after scan mmg bby agak besar..oleh sbb da lebih 8hari,doc suggestkn saye ambik ubat utk lembutkn rahim bg bby sng keluar.Diorg msuk kn prostin n after few hours saye mmg xtahan da rasa sakit tp bile check jln just bukak 3cm...

7/11/12 @ 7:30 am Diorg tolak saya pegi labour room..mkin lama constrction mkin kuat tp jln xbukak2..saya mntk epidural sbb da xtahan sakit tp sadis skali GH yg konon nye Pakar kt daerah ni xde pakar bius yg mencukupi so xleh bg epidural..ms tu mmg geram sgt sbb da sakit..dipendek kn crita after 7jam stengah menahan sakit dlm labour room tu bru bby keluar tp dgn 3kali push sj n yg pelik nye even bby bsr (3.7kg),luka saya xbyk pn.. just 2x jahitan sj..saye rs b'tenaga wlaupn ade kt dlm labour room tu lama2(sbb tu 3x push bby da kluar sbb energy byk)..

n today da hari yg ke-10 saye b'pantang..alhamdulillah bby xde jaundice,saya pn sihat n bertenaga,xmcm ms b'pantang ms ank yg 1st dlu..husband plak sibuk asik gosok2 lengan saye kate licin n lembut drpd yg biasa..eh husband ni..pls behave urself!kan tgh b'pantang ni..jgn mcm2..hehehehe..


Testimonial berpantang dengan vitamin Shaklee
Testimonial berpantang dengan vitamin Shaklee


Syukurkan..Walaupun terpaksa menahan sakit bersalin yang lama, Aida masih bertenaga untuk push. Anak pun sihat dan maknya pula mendapat khasiat dari pemakanan vitamin Shaklee.. kulit yang lembut dan licin .. Suka hubby dia belai mak dan anak macam yang masih dalam fasa berpantang ni.

Ok..Kebaikkan Set C yang kami gabungkan beberapa vitamin khas untuk ibu berpantang adalah

*B ComplexLengkap kesemua 8 jenis vitamin B dengan formula asid folik dan biotin yang membantu membina darah. Sangat berkesan untuk mengelak kemurungan, meroyan dan bersifat menenangkan dengan menstabilkan hormon yang kadang-kadang dialami oleh ibu berpantang. Tahukah anda kekurangan vitamin B antara punca keletihan dan meroyan. 

* Vitamin Cbantu dalam pembinaan kolegen, mempercepatkan penyembuhan luka semasa berpantang dan baik pulih tisu yang rosak semasa bersalin. 


* Vita-Lea Iron Formula (a.k.a multivitamin)mengandungi vitamin dan mineral lengkap. Diformula dengan zat besi yang penting untuk pembinaan sel darah baru yang sihat terutama bagi ibu yang banyak kehilangan darah sewaktu bersalin. Juga menampung kekurangan vitamin dan mineral terutama ibu yang sedang berpantang yang hanya dibenarkan makan makanan tertentu sahaja.

* Zinc
Baik untuk cepatkan baik pulih luka terutama luka dalaman termasuk rahim ibu. Tahukah anda,ikan haruan mengandungi tinggi zink. Sebab itu menjadi amalan sewaktu berpantang untuk makan ikan haruan. 

Aida turut mengambil extra, ESP dan Alfalfa. Memang bagus pilihannya.

* ESP untuk pemulihan segera dan membantu untuk pembinaan sel dan tubuh dan contribute juga untuk kesihatan anak melalui susu ibu.

* Alfalfa sebagai milk booster dan membantu mengeluarkan angin expecially semasa berpantang yang memang banyak urat kembang dan masuk angin.




Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056


Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :)

Boleh kurus dan buang lemak tak ambil cinch shake mix shaklee?

Setiap lelaki dan perempuan mengidamkan tubuh yang sihat, langsing dan rapi..Sangat betul..:D Jadi, bagi yang terlebih berat, banyak lemak, akan cuba berdiet dengan mengurangkan makan. Diet perlu ada ilmu kalau tidak usaha kita akan jadi sia-sia..Silap-silap bertambah berat dan lemak. Jika ada ilmu dan produk yang betul, insyaAllah kita akan dapat menikmati hidup yang lebih hebat dalam masa yang sama kehilangan lemak berlebihan. Cinch Shake Mix dan beberapa produk lain memberi kebaikkan dan sangat manfaat untuk program diet kita. Untuk kali ni, saya akan fokus pada kebaikan Cinch Shake Mix sahaja yang berupaya menyingkirkan lemak. Namun, pastikan anda membeli dari saya dan mendapat konsultasi penuh eksklusif untuk pelanggan Mysupervitamins sahaja. Tanpa ilmu, program diet mungkin gagal.

In Shaa Allah, kebaikan program diet yang dilengkapi dengan cinch shake mix boleh memberi


  • badan yang lebih langsing dan rapi
  • nampak lebih anggun
  • rasa unggul
  • rasa lebih bertenaga
  • meningkatkan keyakinan diri
  • meningkatkan kesihatan secara menyeluruh

Jika Cinch Shake Mix sahaja, ia memberi kebaikkan dan manfaat sebagai 


  • makanan segera untuk meraka yang aktif. Zaman la kan, terkejar sana, terkejar sini.. Sampai makan pun tak sempat. Padahal makanan yang sempurna dan lengkap penting untuk memberi tenaga sepanjang hari.
  • tinggi kandungan serat, beri rasa kenyang dan puas. Ya..ini sangat penting..diet yang menahan lapar..susah nak sustain dan boleh memberi effect yo-yo. Kejap turun berat, lepas tu naik balik. Sad.
  • Mengandungi nutrisi yang lengkap untuk memelihara keseluruhan kesihatan. Cinch tak hanya dilengkapi protin, tetapi dengan multivitamin lebih 35% nilai nutrisi harian. Jadi, sambil diet, mutu kesihatan dapat ditingkatkan. Kalau yang selalu diet, sampai tak cukup zat tu, memanglah rugi. Kita perlukan zat tu untuk penurunan berat, buang dan bakar lemak juga untuk  beraktiviti harian dalaman dan luaran.

Kenapa kebanyakkan diet gagal?

  • kurang nutrisi sebab tahan makan tak tentu hala.
  • sukar diukuti so kejap follow, kejap stop
  • hasil yang lambat..nk cepat kena exercise, hokey! Tidur banyak, memang tak jalan.
  • kandungan tidak selamat..ramaikan orang kita yang tak kisah pasal kandungan..janji ada testimonial bergambar ja terus rembat..kesan jangka masa panjang tak kaji.
  • merendahkan kadar metabolisme..Untuk diet berkesan, kita perlukan makanan ditukar menjaditenaga dengan efficient sebab itu kadar metabolisme memainkan peranan yang sangat besar.

Berbezanya Cinch Shake Mix dengan produk lain, ia

  • mengekalkan jisim otot tanpa lemak
  • hilang berat daripada lemak
  • terbukti secara klinikal jadi ia SANGAT SELAMAT
  • diperkasa dengan LEUCINE

dengan segala perbezaan ini, Cinch SHake Mix mampu

  • mengawal lapar
  • meningkatkan tenaga
  • menyokong metabolisma dan memberi rasa puas pada pengguna

lagi dan lagi..PERBEZAAN dan KEISTIMEWAAN Cinch Shake Mix ni adalah..

  • setiap hidangan cinch, ada 24g protin -> penting untuk bina otot sebab ototlah yang menaikkan kadar metabolisme dan bakar lemak dan kalori. Paling best, protin mengenyangkan, so boleh tahan dari rasa lapar
  • 24 jenis vitamin dan mineral -> jadi kita sihat, tak flat, fungsi badan tetap berjalan seperti biasa
  • 6 gram serat -> penting untuk proses pelawasan dan pembuangan
  • lagi best combo dengan ESP 
  • LEUCINE ni adalah asid amino yang dapat memelihara otot semasa proses menurunkan berat badan. Jadi badan tak menggelebeh dan metabolisme tinggi kerana otot masih dikekalkan.
  • indeks glisemik rendah - 22 - > pesakit diabetis pun boleh try gini
  • SEDAP.. Cinch makanan sempurna tetapi rasa macam pencuci mulut, macam minuman shake2 yang enak itu
  • mengekalkan tahap gula yang normal dan mengekalkan tenaga berpanjangan kerana indeks glisemik yang rendah
  • 35% atau lebih nilai harian bagi 21 vitamin dan mineral yang penting
  • tiada perasa tiruan, warna atau pemanis! Tiada lemak!


Mailah cuba Cinch Shake Mix yang marvelous ini. Untuk set lengkap supplemen menguruskan badan klik sini..yang lain, antaranya lecitin, Cinch energy tea mix, herb lax dan beberapa lagi.. boleh klik hyperlink. The choice is yours! Jangan lupa, konsultasi eksklusif hanya yang membeli dari Mysupervitamins sahaja.



Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056


Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :)

Herb Lax untuk detox, sembelit dan kurus

Ramai betul orang concern pasal perut buncit. Baru-baru ni, saya deliver herb lax pada si cantik jelita di Shah Alam. Dahlah cantik, slim pun saya tengok. Katanya buncit lagi ni dan jarang membuang. Jadi hasil research sendiri, dia nak ambil Herb Lax. Pada masa yang sama saya sangat sarankan untuk ambil Alfalfa supaya lebih lawas tapi dia nak cuba herb lax dulu. Sebelum tu, dia ada beli Vitamin C. Haishh..muka dah flawless pun, masih menitik beratkan penjagaan muka..Of couse la kan.. Vitamin C kan perlu diambil setiap hari, kerana ia tak akan bertahan lama dalam diri. Kalau muka dah cantik sekarang, tak bermakna kita tak perlukan vitamin C. Vitamin C ni jenis larut air dan setiap hari kita perlu menggantikannya. Lagipun banyak lagi kebaikkan vitamin C selain untuk cantik. Adeh..tujuan entry nak cerita pasal HERB LAX..sekali cerita pasal customer, panjang lebar kisah vitamin C pula.



Ok...back on track.. Herb lax ni macam julap juga. Namun, ia julap lembut. Mengikut ujian klinikal yang dilakukan Shaklee, ia tidak memudarat walaupun penggunaan untuk jangka masa panjang kerana tindakan pembersihannya yang lembut. Apa ramuan yang membuatkan ia sangat efektif dan berbeza? Fomulasi Herb Lax Shaklee ni sememangnya telah dipaten hanya untuk Shaklee. Apa lagi manfaat dan kebaikkan herb lax ni?


Kebaikkan Herb Lax secara keseluruhan adalah:


  • pembersihan najis yang tersekat
  • merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
  • membantu masalh sembelit
  • tindakan permbersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus dan secara  langsung membantu masalah sembelit
  • mengempiskan perut
  • membantu daa mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. Sesuai diambil seperti biasa atau dicampur dalam air panas sebagai minuman herba.


Formula dan Perbezaan Herb Lax Shaklee:


Ramuan asas Herb lax terdiri dari kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi. Ia mengandungi 9 herba semulajadi iaitu

daun senna - sumber herb lax shaklee
daun senna - sumber herb lax shaklee
Daun Senna
Kebaikkan Daun Senna dan fungsinya dalan Herb Lax adalah : merangsang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut, percepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.

Buckhorn Bark - sumber Herb Lax Shaklee
Buckhorn Bark - sumber Herb Lax Shaklee



Buckhorn Bark
Kebaikkan Bckhorn Bark dan fungsinya dalan Herb Lax adalah : melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan lembapan kepada usus

Licorice Root - sumber Herb Lax Shaklee
Licorice Root - sumber Herb Lax Shaklee


Licorice Root
Kebaikkan Licorice Root dan fungsinya dalan Herb Lax adalah : Membantu proses detoksifikasi

Biji Fennal -ramuan Herb Lax Shaklee
Biji Fennal - sumber Herb Lax Shaklee
Biji Fennel 
Kebaikkan biji Fennel dan fungsinya dalan Herb Lax adalah : mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk masalah sembelit dan kembung perut atau usus. YEAH!




Biji Anise- sumber Herb Lax Shaklee
Biji Anise- sumber Herb Lax Shaklee  


Biji Anise
Kebaikkan biji Anise dan fungsinya dalan Herb Lax adalah : merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan.

Rhubard Root- sumber Herb Lax Shaklee
Rhubard Root- sumber Herb Lax Shaklee 

Rhubarb Root
Kebaikkan Rhubarb root dan fungsinya dalan Herb Lax adalah : biji Rhubarb adalah herba yang banyak  digunakan dalam perubatan Cina untuk kegunaan sebagai anti oksida.
Blue Malva Flower- sumber Herb Lax Shaklee
Blue Malva Flower- sumber Herb Lax Shaklee 

Blue Malva Flower
Kebaikkan blue malva flower dan fungsinya dalan Herb Lax adalah : membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit. WOW BONUS!


Culver's Root- sumber Herb Lax Shaklee
Culver's Root- sumber Herb Lax Shaklee  
Culver's Root:
Kebaikkan Culver's Root dan fungsinya dalan Herb Lax adalah :  membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma. Terbaik ni..

Daun Alfalfa- sumber Herb Lax Shaklee
Daun Alfalfa- sumber Herb Lax Shaklee 
Daun Alfalfa
Kebaikkan daun alfalfa dan fungsinya dalan Herb Lax adalah : membersihkan usus, darah dan hati.



Adakah herblax membantu dalam proses menjadi kurus? Disebabkan kebaikkannya yang luas dalam detox..membersihkan saluran usus, Ya..ia sangat membantu untuk seseorang untuk kurus, sembelit dan perut buncit. Namun, herb lax sahaja tak cukup untuk proses menguruskan badan. Untuk supplemen dan set menguruskan badan boleh refer entry ni- Cara Menguruskan Badan.


Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056


Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :)

Cara menguruskan badan

Jika nak menguruskan badan, konsep asas perlu tahu. Jika kita rasa cara menguruskan badan adalah dengan mengurangkan makan jadi kenapa aku makan tak banyak pun, tapi berat tak turun-turun. Apa yang kita makan haruslah digunakan sepenuhnya oleh badan, untuk keseluruhan fungsi tubuh dan yang tidak diperlukan harus disingkirkan melalui peluh, air kencing, air besar dan sebagainya. Sebab itu penting bagi kita memastikan usus kita sihat dan berfungsi dengan baik semasa proses menguruskan badan. Jika usus kita sesak, nutrien dari makanan tidak diserap sebaiknya. Kemungkinan besar, sebab inilah kita gagal menguruskan badan, kita makan tak kenyang-kenyang dan walaupun makan banyak, masih tiada tenaga.


Untuk cara menguruskan badan dengan betul, cuba sedaya upaya untuk memenuhi konsep ini.


Energy Input Rendah : Makan sederhana sahaja, makan makanan yang banyak serat, kurang lemak dan minyak. Ambil buah dan sayur pada setiap hidangan barulah mudah proses pelawasan demi menguruskan badan. Kurangkan minum air bergula dan bergas. Manis2 sangatkan banyak penyakit suka datang.

Energy Stored Rendah : Pastikan makanan yang kita ambil digunakan sebaiknya oleh badan supaya tidak disimpan sebagai lemak. Fungsi supplemen di sini untuk membantu fungsi usus, menukarkan makanan ke tenaga, memecahkan lemak, melawaskan dan mengekalkan otot.

Energy Output Tinggi : Bersenam, bekerja, beriadah. Kalau banyak rehat, banyak tidur, banyak baring, banyak duduk.. Tenaga tidak dibebaskan.. Peluh tidak dikeluarkan. Jadi makanan yang kita makan akan menjadi lemak dan kekal dalam badan :(

Jadi..perlukan cadangan saya untuk cara menguruskan badan yang efektif dan kekal sihat?

Saya hanya dapat mencadangkan supplemen yang dapat membantu selebihnya adalah terpulang pada diri sendiri.



HERB LAX : 
Pembersihan usus - mengandungi 9 herba semulajadi yang menggalakkan pembersihan yang lembut. Ini sangat penting untuk semasa proses menguruskan badan.  Jika PERGERAKAN USUS LANCAR, tidak ada makanan yang asyik tersekat dan melekat pada dinding usus sebaliknya nutrien diserap dengan baik untuk kegunaan fungsi tubuh. Herb lax ni telah diuji secara klinikal untuk penggunaan jangka masa panjang, jadi ia selamat dan terjamin. Jika ada masalah SEMBELIT, PERUT BUNCIT juga, herb lax dapat membantu.

LECITIN:
Pengemulsi lemak - lecitin ni sangat istimewa dan magik kerana ia mampu meMECAHKAN LEMAK, boleh tgk experimen lecitin di sini. Mengapa ia boleh bertindak begitu terhadap lemak/minyak? Ini kerana lecitin yang diekstrak dari kacang soya organik ni larut lemak dan membantu menyerap vitamin A,D, E, K yang larut lemak. Lecitin Shaklee berupaya bertindak sebagai 'PEMBERSIH' SALURAN DARAH. Jadi dalam proses menguruskan badan ni, risiko salur darah tersumbat dan serangan jantung dapat diturunkan. Selain tu, pengambilan lecitin yang banyak dapat MEMBAKAR LEMAK.



CINCH SHAKE MIX: 
Mengimbangi nutrien dan mengandungi leucine yang mengekalkan otot dan membakar lemak. Ia juga mengandungi protein, multivitamin dan serat. Cinch Shake Mix sedap, mengenyangkan dan rendah kalori. Jadi, kita boleh mengurangkan makan tanpa perlu berlapar dalam masa yang sama,proses menguruskan badan berlaku kerana lemak telah dibakar tetapi otot tetap terpelihara. Protin dalam proses diet menguruskan badan penting untuk perjalanan fungsi tubuh dan membina otot kerana ototlah menaikkan kadar metabolisme dan membakar kalori.

ALFALFA:
Melancarkan proses pelawasan - alfalfa adalah serat yang tinggi mineral. Alfalfa bersifat alkali dan membantu menghilangkan toksin dari badan. Kajian klinikal membuktikan penggunaan alfalfa untuk jangka masa panjang akan menghapuskan lemak dan mengurangkan kolestrol. Alfalfa adalah tumbuhan yang mengandungi saponin yang bertindak seperti span yang menyerap kolestrol, satu faktor penting dalam proses menguruskan badan dan memperbaiki mutu kesihatan. Alfalfa jugalah yang membantu proses membuang air besar bagi orang yang jarang-jarang membuang seperti saya dan ramai orang lagi.

VITALEA:
Meningkatkan metabolisme, melengkapkan kekurangan vitamin dan mineral dari diet harian dan melancarkan sistem badan. Vitalea ni adalah multivitamin Shaklee. Jika kita sering sakit atau makan tapi still tak bertenaga, mungkin makanan kita tu dah kehabisan vitamin semasa memasak. Jadi, kita still tak larat. Badan pun gagal mendapatkan vitamin secukupnya untuk metabolisme tenaga. Vitalea sangat efectif untuk kesihatan jangka panjang. Jadi kita bolehlah menguruskan badan dan kekal sihat sejahtera.


Herb lax, Lecitin, Alfalfa, Cinch Shake Mix dan Vitalea merupakan set lengkap untuk supplemen menguruskan badan. Jika tidak mampu, boleh ja ambil beberapa supplemen dahulu. Apa-apapun, hubungi saya untuk berbincang. Kalau tak cukup, nak tambah lagi..pun boleh. :) Selain dari supplemen ini, jangan lupa, diri sendiri juga haruskan nekad dan bersungguh-sungguh untuk aktif, barulah program ni mendatangkan hasil. Semoga kita semua dapat menjalani cara hidup yang SIHAT!




Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056


Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :)

Adakah menu anak kini menepati keperluan vitamin untuk anak

Dalam perjalanan menghantar anak ke sekolah, anak sulung saya meminta Pizza. Baru plan nak masak ayam masak kurma sebagai menu hari ini. Anak sulung saya ni dahulunya picky eater. Sejak diperkenalkan dengan Meal Shakes Shaklee, sudah mahu makan Alhamdulillah. Pizza pun tak makan dulu. Seronoklah pada awalnya anak dah nak makankan, tapi kalau pizza sudah on demand sentiasa, tiba2 minta donatlah... sungguh tidak aman jiwa ibu. Pasti ramai ibu di luar sana menghadapi masalah serupa. Anak hanya suka makanan tertentu sedangkan kita dah puas bersilat memasak di dapur.


Anak-anak yang demand lebih ni, tetap menjadi pujaan dan buah hati pengarang jantung. InsyaAllah akan ibu belajar cara buat home made pizza yang lebih sedap dan berkhasiat untuk mengurangkan bahan-bahan yang sedia diproses. ;) Boleh caya tak? Ok..sebenarnya nak kongsikan rahsia yang sudah tidak berapa rahsia yang membantu anak-anak saya untuk nutrisi harian mereka. Meal Shakes Shaklee yang sedap inilah yang membantu melengkapkan kekurangan dari menu harian yang sering dipandang sebelah mata ja tu. Hehe..jangan salah faham. Mereka tetap makan nasi dan lauk cuma kuantitinya tidak sebanyak kanak-kanak seusia lain. Namun, Alhamdulillah mereka sihat dan sangat jarang sakit.

Meal Shakes kegemaran ibu dan anak

Berbanding makanan tambahan lain untuk kanak-kanak, Meal Shakes ni sangat bagus dan berbeza. Namun ia bukanlah saja untuk kanak-kanak, orang dewasa juga sesuai. 

Perbezaan dan keistimewaan Meal Shakes Shaklee 

-boleh dicampur ke dalam makanan dan minuman jadi kanak-kanak yang sukar menelan atau mengunyah pil boleh menikmatinya.
-meal shakes shaklee adalah hidangan lengkap dengan asid amino dan semua nutrisinya adalah mudah diserap badan untuk kegunaan harian. Sebab itu, anak-anak akan sentiasa cergas!
-meal shakes shake diperbuat dari sumber semulajadi seperti buah buahan sayuran, kacang soya, lactalbumin( sejenis susu)  dan bahan semulajadi lain lagi.
-lactabumin biasanya mengandungi immunoglobulin, lactoferrin, bacteriolysin dan sebagainya yang membantu meningkatkan imun badan.


Anak-anak di konsert tadika 

Kandungan Meal Shakes Shaklee merangkumi :


- Nutrisi lengkap -  24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Sedangkan kekurangan pengambilan zat ini oleh anak-anak boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral.
-Anti Oksida- A, C, E, Zink dan selenium yang merupakan anti oksida untuk pertahanan terhadap radikal bebas.  Orang dewasa or kanak-kanak pun memerlukannya untuk melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.
-Lengkap dengan vitamin B, zat besi dan copper untuk pembinaan sel darah merah dan sekaligus memberi kompleksi wajah yang lebih comel dan cantik. Teruja ni mak-maknya untuk minum bersama.
-Membantu tumbesan dengan dilengkapi dengan asid folik, biotin, kaya dengan kalisum, magnesium untuk pembinaan tulang dan sel
-Membantu masalah sembelit dan detoksifikasi kerana diperkaya dengan serat.
-Lazat tanpa perasa dan pewarna tiruan.

Terbaik! Meal Shaklee adalah pilihan ramai ibu bapa sekarang untuk membantu tumbesan anak-anak dan menampung kekurangan nutrisi harian mereka. Dalam masa yang sama, ia tidak terhad pada kanak-kanak. Orang dewasa juga sangat direkomenkan untuk menikmatinya kerana ia lengkap dengan protin, serat, vitamin dan mineral untuk snack lazat sekeluarga.





Ida Khairani

Shaklee Independent Distributor

ID 846056



Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :