Cara mudah ramal waktu subur melalui kalkulator kesuburan

Di entry 'cara kira haid', saya ada ajar cara nak catat hari haid kita dan kira kitaran haid wanita. Saya juga beritahu yang ia adalah penting untuk ramal waktu subur wanita. Macam mana tu? Dengan menggunakan info tu, jom kira waktu subur dengan lebih mudah. 

Cara Guna Kalkulator Kesuburan Online Untuk Ramal Waktu Subur

Formula Pengiraan Hari Subur

Cara paling mudah untuk ramal dan kira waktu subur adalah dengan mengira guna formula ni.

Period Cycle / 2 +- 2 hari

Contoh:

24 hari / 2 = hari ke 12, +- 2 hari.

Maka, hari ke 10-14 dalam kitaran haid adalah waktu subur.

Lagi cepat kita guna ja kalkulator online. Bila nak guna kalkulator atau formula, maklumat yang wajib kita ada adalah bilangan hari period cycle dan tarikh mula haid untuk beberapa bulan. Jika masih tiada info-info penting ni, rujuk kembali entry saya sebelum ini.

Kalkulator Kesuburan Online 

Ok, di sini saya berikan link beberapa website kalkulator kesuburan. Di website ini pun, ramalan kepada waktu kesuburan ada yang sama, ada yang tak sama. Jadi, kenalah ingat, ia adalah ramalan, bukan tepat pun. Saya lebih suka guna LH tester atau ujian OPK. Nanti saya ajar di entry seterusnya.
Bagaimana-kira-waktu-subur
Mother&Baby
Tip mudah kira waktu subur wanita
WebMD
Babycenter

Faedah menggunakan kalkulor kesuburan atau ovulation calculator

Kekurangan kalkulator kesuburan

  • Julat yang besar
  • Tak semua badan wanita sama dan menepati pengiraan waktu subur.
  • Ada kes pasangan yang berhungan diluar julat waktu kesuburan pun, masih hamil.

Apa maksud keputusan kalkulator kesuburan

Sekarang saya tunjukkan contoh apa yang dimaksudkan dengan keputusan kalkulator kesuburan ni. Dalam apa keadaan pun, saya tetap syorkan supplemen kesuburan untuk meningkatkan peluang hamil atas banyak faktor.



Apa itu Ovulation Day / Ovulating
Tarikh diramal ovum dibebaskan ( tanda bulat) . Ovum hidup 24 jam. Jadi pasangan boleh berhubungan di sepanjang waktu subur ( warna hijau) sampailah sehari selepas waktu subur.

Apa itu fertile period
Julat hari sperma boleh hidup dan bertahan & bersedia bergabung dengan ovum. Maka, buatlah seks dalam tempoh ni beberapa kali.. sebelum, semasa dan 24 jam selepas ovulasi.

Melakukan Hubungan Sebelum ovulasi:
Biasanya sperma hidup 48 jam. Jadi bila ovolusi berlaku, sperma dah memang ready di tiub falapio.

Bagi suami isteri yang sihat dan ada mengambil supplemen seperti gla, zink dan omega guard, peluang untuk menghasilkan sperma yang mempunyai jangka hayat yang lama lebih tinggi, sehingga 5 hari iaitu 120 jam. Jadi waktu subur lebih lama sejak sebelum ovulasi lagi. Persekitaran faraj yang sihat dengan kehadiran cecair farah sangat membantu jangka hayat & pergerakan sperma.

Semasa dan selepas ovulasi: 
Memandangkan ovum hidup dalam tempoh 24 jam, melakukan seks pada hari ovulasi dan selepas masih berpeluang untuk hamil dan termasuk tempoh subur.

Video Tentang Apa Yang Berlaku Semasa Waktu Subur



Masih belum ada zuriat ?

Ada juga pasangan yang memang hari-hari 'buat' selepas isteri habis period tapi masih belum ada zuriat. Nasihat saya, jumpalah doktor dan ambil supplemen kesuburan.

Tujuan ambil supplemen kesuburan adalah untuk membantu:

  • Hasilkan telur yang sihat, bukan ja untuk hamil tapi bila zuriat kita lahir nanti dalam keadaan sihat untuk melawan penyakit yang banyak zaman sekarang ni. 
  • Sediakan persekitaran yang sihat untuk sperma berenang & hidup lebih lama. 
  • Sperma yang cukup sifat, laju dan banyak. 
  • Bantu turunkan risiko kecacatan zuriat.

Jadi dah tahu cara guna ovulation calculator tu, bolehlah usaha lebih sikit ya. Semoga ada rezeki zuriat untuk semua. Namun, perlu diingat, ini adalah berdasarkan kebiasaan dan kebanyakkan kes-kes umum. Mungkin kes kita lebih unik di mana waktu subur kita bukanlah di pertengahan kitaran haid. Seterusnya, saya akan kongsikan sesuatu yang lebih tepat untuk tahu waktu subur.

Ida Khairani
013.488.2382
http://www.mysupervitamins.com

ida ahmad

About ida ahmad

Ibu kepada 3 anak ini adalah 'working from home mom' dan blogger yg sudah lama menggunakan blog sebagai medium utk berbisnes sejak 2007. Beliau positif utk memberi yg terbaik buat keluarga, masyarakat dan agama sebagai saham akhirat.