Laratkah Bersukan Bila Dah Berumur ?

Tahun ni usia saya 34 tahun. Alhamdulillah masih sihat dan tak ada sakit kronik. Jadi lagilah tiada alasan untuk kekal aktif. Malangnya bila saya free, kawan-kawan pula tak free. Ya la waktu free WAHM berlainan dengan waktu orang kerja.

Hujung minggu ni iaitu pada 30hb Oktober, akan berlangsung Acara Sukan Alumni Sains Penang ( Alspen ). Masa saya sekolah, 1995-1999, namanya dah jadi Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin, Pulau Pinang. Apa yang best, kali ni ada game bowling yang paling saya suka. Jadi, wajiblah join.




Laratkah dah tua angkut bola bowling tu?


Walaupun tak ada lah terror mana dan bukan selalu pun main tapi sebab sejak kecil family bawa main jadi rety la main. Masuk longkang tu wajib jugalah tapi strike pun pernah rasa.

Supaya tidak kecundang main 3 game nanti, kenalah saya ambil kalsium. Huhu. Tambah-tambah minggu ni jadual saya sangatlah pack. Penat jangan katalah. Alhamdulillah Allah beri lagi kesihatan yang baik untuk saya survive.

Saya ada katakan suami saya accident. Jadi dia dah tak dapat menolong kerja-kerja di rumah. Malah bila dia dah start kerja, saya kena ambil dan hantarnya ke KLCC untuk 4 trip sehari. Tak kira lagi dengan ambil hantar anak-anak dan masih perlu memasak di rumah.





Orang kata, bila kita sibuk, kita lebih berdisplin uruskan waktu. Memang tepat sekali. Alhamdulillah saya dapat cope jadual baru dengan baik sekali.

Mujur juga saya sentiasa amalkan supplemen asas yang membantu saya kekal cergas iaitu Vitalea, B Complex dan Vitamin C dan semestinya Ostematrix kalsium




Supplement Terbaik Mengembalikan Kecergasan Orang Tua dan Muda


Korang dah ka ?? Doakan saya dan team batch saya menang bowling ya !! Ada hati juga tu.

Ida Khairani
013.488.2382
http://www.mysupervitamins.com

ida ahmad

About ida ahmad

Ibu kepada 3 anak ini adalah 'working from home mom' dan blogger yg sudah lama menggunakan blog sebagai medium utk berbisnes sejak 2007. Beliau positif utk memberi yg terbaik buat keluarga, masyarakat dan agama sebagai saham akhirat.