Video cara susu ibu dihasilkan

Assalamualaikum... :) Ramai kalangan kita ni ibu yang dah berjaya menyusukan anak dengan susu ibu. Tahniah ! Perkembangan yang baik ni tak lain tak bukan kerana pendedahan tentang kebaikan susu ibu yang sangat banyak dan diakui susu ibu adalah susu terbaik di dunia rezeki dari Allah untuk anak kita.


Hospital rakan susu ibu pun dah banyak. Jadi kalau rasa sedih, frust awal-awal kelahiran tu, cepat2 minta guidance dari nurse. Jangan malu, mereka memang sedia membantu. Nak saya bantu pun boleh, roger ya di 013 488 2382.

Namun, ada juga ibu yang masih tak yakin untuk menyusukan anak. Macam mana nak yakin? Kenalah dengan ilmu. Sini saya kongsikan cara susu ibu dihasilkan.. semuanya dengan izin, kebijaksaan Allah dan sifat Maha PemurahNya Allah terhadap hambaNya. Ada juga video Bahasa Melayu yang tunjukkan cara susu ibu dihasilkan juga fungsi hormon prolaktin dan oksitoksin.

Mula-mula, kita kenal bahagian dan fungsi tisu-tisu yang membentuk payudara

Bahagian payudara 
  • Puting dan bahagian berwarna gelap sekeliling puting ni di kenali sebagai Areola. Lekapan bayi yang mencakupi areola akan membantu merangsang pengeluaran susu ibu. Jadi bagi baby nganga luas-luas baru masukkan puting. Di areola, terdapat kelenjar yang dikenali sebagai kelenjar montgomery yang akan menghasilkan cecair berminyak yang membantu mengekalkan kesihatan kulit.


  • Alveoli pula adalah kelenjar susu. Untuk menghasilkan susu, terdapat berjuta-juta alveoli di dalam payudara wanita ya.


  • Prolaktin adalah sejenis hormon yang membantu merangsang sel susu dalam alveoli untuk menghasilkan susu. Prolaktin ni dirembeskan dari otak.


  • Sel otot terdapat di sekeliling alveoli. Apabila sel otot mengecut, maka susu pun akan dirembeskan keluar. 


  • Oksitosin adalah hormon yang berfungi untuk merangsang sel otot untuk mengecut. Hormon oksitoksin juga dirembeskan dari otak iaitu dari kelenjar pituitari. Hormon inilah yang merangsang refleks pancutan atau milk ejection reflrex.


  • Saluran kelenjar susu berfungsi untuk mengalirkan susu dari alveoli ke saluran susu utama.


  • Saluran susu utama akan mengembang dan menampung susu ibu semasa bayi menyusu.


  • Saluran susu dan alveoli diselaputi oleh tisu-tisu penyokong dan lemak. Tisu-tisu ini sensitif jadi jika nak mengurut pun, belajar teknik yang betul supaya tak merosakkan tisu payudara.


Sekarang tonton video untuk faham dengan mudah cara susu ibu dihasilkan.




Langkah-langkah susu ibu dihasilkan

1.Apabila bayi hisap payudara kita, saraf diputing dan areola akan dirangsangkan. Isyarat akan dihantar ke otak untuk penghasilan dan pengaliran susu ibu.
2. Rangsangan dihantar ke kelenjar pituitari, maka hormon proaktin pun dirembeskan.
3. Prolaktin akan mengalir dan merangsang penghasilan susu ibu di kelenjar susu.
4. Hormon prolaktin akan menyebabkan sel alveoli mengembang dan menghasilkan susu.
5. Semakin kerap bayi menyusu, lebih banyak hormon dirembeskan dan semakin banyak susu terhasil.
6. Semasa bayi menghisap dan susu sudah terhasil, proses pengaliran bermula.
7. Hormon oksitosin menghasilkan kesan refleks pancutan untuk mengeluarkan susu.
8. Hormon  oksitosin menyebabkan sel sel otot di sekeliling alveoli mengecut dan membolehkan susu mengalir melalui salur susu dan dihisap bayi.
9. Refleks oksitosin ni boleh dirangsang dengan lebih mudah oleh emosi ibu dan perkara seperti

- ibu gembira dan teruja dengan adanya bayi
- keyakinan tentang susu ibu yang terbaik untuk anak dan mencukupi
- melihat, mendengar, menyentuh bayi dengan penuh perasaan sayang
- positif dan tenang
- zikir dan doa amalan (boleh rujuk sini )
- menonton video dan gambar bayi ketika berjauhan dengan bayi
- suara bayi


10. Namun, pengeluaran hormon oksitosin boleh terganggu jika

- ibu menahan kesakitan akibat puting merekah, jahitan caesarean atau episiotomi
- perasaan risau dan bimbang tak cukup susu
- stress dan penat

Maka, semua ibu cuba elakkan perkara yang boleh mengganggu pengeluaran susu ibu dan sentiasa kekalkan mood gembira dan positif. Jangan skip makan dan amalkan pemakanan sihat termasuklah makanan tambahan untuk ibu menyusu yang membantu emosi lebih stabil, kurang stress dan badan bertenaga yang juga menyumbang untuk menggalakkan proses penghasilan susu ibu. Menyusu bayi dengan ilmu membantu kejayaan penyusuan susu ibu dengan lebih mudah!

Ida Khairani Ahmad
www.mysupervitamins.com

ida ahmad

About ida ahmad

Ibu kepada 3 anak ini adalah 'working from home mom' dan blogger yg sudah lama menggunakan blog sebagai medium utk berbisnes sejak 2007. Beliau positif utk memberi yg terbaik buat keluarga, masyarakat dan agama sebagai saham akhirat.