Kenapa perlu menyusu dengan susu ibu?

Sempena minggu penyusuan susu ibu ni, saya nak kongsilah kenapa kita mak-mak ni perlu pilih menyusu susu ibu. Walaupun ramai dah aware, mungkin ada yang masih tak sure.. Jadi, ini berdasarkan pengalaman dan pembacaan Kak Ida ya. Awat kita harus dan wajib cuba sedaya upaya bagi susu ibu.

Masa mula-mula mengandungkan anak sulung dulu, memang ingat nak campur ja susu. Nampak kak ipar masa dulu, campur susu anaknya. So rasa senanglah nanti. Namun, bila mengandung sendiri dan menghampiri saat kelahiran, mujur waktu terluang dimanfaatkan dengan membaca. Jadi, banyak fakta menarik yang membuatkan ambil keputusan nak menyusu penuh. Yang rasa tak ada nak susu, boleh tengok video ni dulu.

Masa menyusukan anak no 1, Nazhan.

Kenapa penting susu ibu untuk bayi kecil kita?


  • susu ibu ni beri kesan baik pada perkembangan psikomotor, emosi dan social anak kita. Jadi mereka jadi lebih cepat belajar pergerakan, perasaan dan komunikasi dengan kita. Istimewakan?
  • susu ibu bantu perkembangan daya intelek yang lebih baik.. maknanya IQ lebih tinggi. Subhanllah, hebat betul ciptaan Allah. Susu tepung memang cuba imatate kebaikan susu ibu no. 1 ni tapi tak dapatlahkan.. 
  • susu ibu bantu kurangkan risiko penyakit seperti kencing manis, kanser, jangkitan telinga dan pneumonia. Penyakit2 ni banyak faktor lain lagi tapi menakjubkan dengan susu ibu, kita mampu kurangkan beberapa percent risiko penyakit ini. Walau hanya beberapa percent, apa yang boleh ibu buat, mesti kita akan buatkan.
  • susu ibu menyumbang pada antibodi yang tinggi. Alhamdulillah. Nak lebih umph lagi, mak-mak pun ambilkan super food dan vitamin ya. Anak beranak boleh kuat !
  • penyusuan susu ibu kurangkan risiko SIDs iaitu sindrom mati mengejut iaitu mati sewaktu tidur. @ tiba-tiba. Selalunya bayi tidur dan meninggal sebab tersedak susu consider SIDs.
  • susu ibu menggalakkan penghadaman. Ini bermakna susu ibu lebih mudah dihadam. Jangan pelik kalau kekerapan berak anak kita berbeza dengan anak yang minum susu tepung. Selalunya doktor akan bagi green light tak kisah berapa kali anak berak pun kalau anak minum susu ibunya sahaja.
  • susu ibu menggalakkan tumbesaran.  Selalunya, anak minum susu ibu ni lebih bam-bam masa baby. Kemudian akan menyusut juga selepas aktif bergerak. 
  • Iris suatu masa dulu.. Montel !

  • susu ibu yang bernutrisi tinggi mengelakkan dari kurang zat makanan, cirit birit dan penyakit saluran pernafasn.
  • susu ibu yang unik mengandungui komposisi nutrient yang mencukupi dan sentiasa pada suhu yang sesuai. Kalau susu tepung, harus disukat dulu suhu, supaya tak bahaya atau terlalu panas. Terlalu sejuk baby tak suka pula. Susu ibu ni..selak aja!


Lagi satu kelebihan susu ibu ni untuk bayi kita, bayangkan anak kita demam atau jatuh sakit.. Since apa yang kita makan memberi kesan juga pada susu kita, jadi bolehlah kita makan supplemen dan makanan berkhasiat. Kalau susu tepung, nak top up ceruk mana pun tak dapat...

Rupanya, ada juga bahaya dan risiko pada bayi yang tidak diberikan susu ibu. Nanti K Ida sambung next entry..

Ida Khairani Ahmad
www.mysupervitamins.com
013 488 2382

ida ahmad

About ida ahmad

Ibu kepada 3 anak ini adalah 'working from home mom' dan blogger yg sudah lama menggunakan blog sebagai medium utk berbisnes sejak 2007. Beliau positif utk memberi yg terbaik buat keluarga, masyarakat dan agama sebagai saham akhirat.