Masa untuk memberi

InsyaAllah 14hb ni saya dan rakan-rakan nak melawat anak-anak di bawah jagaan Rumah Kanak-kanak Tuanku Budriah di Cheras. Kempen ni kami namakan RKKTBC Back To School.

Selain dari menggembirakan mereka dengan kek hari jadi anak-anak bulan Disember, saya ingat nak bagi mainan anak-anak dan baju anak-anak saya juga. Hari ni bermulah sedikit-sedikit nak asingkan mainan untuk diberikan.

Gelagat si kecil Nuh Iman yang sibuk nak main mainan yang nak diberikan pada anak-anak syurga nanti. Kena buat kerja cepat2.. Kang habis dipunggah balik.


Buku-buku pun banyak boleh beri. Semoga jadi manfaat buat mereka. 

Pada yang nak join kami menderma boleh lagi. Tengok poster ni ya. Boleh pilih option yang ada yang mana mampu. 




Harapan saya semoga kami dapat menyuntik semangat dan rasa gembira buat mereka. Semoga lawatan kami turut menginsafkan diri kami dan didoakan anak-anak syurga di sana membesar menjadi soleh dan solehah yang menyumbang pada masyarakat.


Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056

ida ahmad

About ida ahmad

Ibu kepada 3 anak ini adalah 'working from home mom' dan blogger yg sudah lama menggunakan blog sebagai medium utk berbisnes sejak 2007. Beliau positif utk memberi yg terbaik buat keluarga, masyarakat dan agama sebagai saham akhirat.