Bolehkah hamil normal selepas kehamilan luar rahim?

Assalamualaikum. Saya nak sambung sikit lagi pasal info kehamilan luar rahim atau ectopic pregnancy. Dalam entry sebelum ni, saya cerita pasal 'Apa itu Kehamilan Luar Rahim, Simptom Awal dan Rawatan. Kali ni saya kongsi pasal boleh tak mengandung normal selepas pernah mengandung luar rahim.

Apakah yang dibuat bila kira suspect mengandung luar rahim kerana mengalami gejala-gejalanya. 
Bila kita merasakan kita mengandung, tetapi selepas scan tak nampak, doktor mungkin suruh datang kembali kerana bayi mungkin masih terlalu kecil untuk dikesan. Namun selepas beberapa minggu scan dilakukan masih tak nampak, doktor akan mengsyaki kehamilan luar rahim berlaku. Boleh rujuk rawatan untuk kehamilan luar rahim di sini


Selepas jalani rawatan untuk kehamilan luar rahim, wanita boleh berpantang dengan set berpantang shaklee untuk cepatkan proses pemulihan dan dalam masa sama menggalakkan kesuburan.

Benarkah kehamilan di luar rahim akan menjejaskan kesuburan?

  • Kebarangkalian untuk hamil adalah masih sama jika tiub falopia tidak rosak selepas kehamilan luar rahim. 
  • Keberangkalian untuk hamil rendah sedikit jika hanya ada 1 tiub falopia selepas yang satu telah pecah atau rosak teruk. Jika tiub yang satu lagi itu turut terjejas akibat PID atau endometriosis, wanita lebih sukar untuk hamil tetapi masih boleh, bergantung kepada kes masing-masing.
Jika kedua-dua tiub falopio anda rosak atau pecah, anda mungkin perlu menimbangkan untuk melakukan rawatan IVF

Sumber dan Credit


Kira-kira 65 peratus wanita yang mengalaminya akan hamil lagi dalam masa 18 bulan selepas kehamilan di luar rahim. 

Mungkih Kehamilan Luar Rahim Akan Berulang?

Terdapat kira-kira 10 hingga 15 peratus risiko untuk mengalaminya lagi. Walau bagaimanapun, risikonya sukar dianggarkan kerana perbezaan dalam situasi individu-individu itu sendiri dan tahap kerosakan yang telah berlaku. 

Anda patut membuat temu janji susulan dan meminta nasihat yang jelas mengenai masa depan kehamilan anda daripada pakar obstetrik. 

Tidak banyak yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan kehamilan di luar rahim daripada berulang di masa hadapan. Namun, jika ianya berlaku akibat jangkitan klamidia, anda boleh mengambil antibiotik untuk merawatnya dan dengan itu mengurangkan kerosakan yang lebih teruk ke atas tiub anda. 

Apabila anda telah hamil sekali lagi, jumpalah doktor anda secepat mungkin. 

Berapa lama perlu tunggu untuk hamil kembali selepas jalani rawatan?

Mereka yang telah menjalani laparoskopi biasanya perlu menunggu tiga hingga empat bulan sebelum mencuba untuk hamil lagi. 

Jika anda telah menjalani pembedahan terbuka, lebih baik jika anda menunggu enam bulan untuk membolehkan luka anda sembuh sepenuhnya.

Semoga bermanfaat. InsyaAllah rezeki untuk anda mendapat anak yang akan mendoakan ibu bapanya akan tiba juga. Yang penting, jaga kesihatan dan terus berusaha.

Ida Khairani
013 4882382
http://www.mysupervitamins.com

ida ahmad

About ida ahmad

Ibu kepada 3 anak ini adalah 'working from home mom' dan blogger yg sudah lama menggunakan blog sebagai medium utk berbisnes sejak 2007. Beliau positif utk memberi yg terbaik buat keluarga, masyarakat dan agama sebagai saham akhirat.