Fungsi Vitamin C untuk ibu mengandung

Fasa kehamilan sangatlah mengujakan! Rata-rata ibu sangat gembira membeli persediaan menyambut bayi. Usah diabaikan kepentingan menjaga kesihatan kerana bayi yang sihat dan sempurna adalah hasil dari ibu yang menjaga kesihatan ! Perlukah ibu mengambil vitamin semasa mengandung? Ketahui fungsi Vitamin C untuk ibu mengandung !


Fungsi Vitamin C secara umum

Vitamin C, juga dikenali sebagai asid askorbik, adalah penting untuk membaiki tisu, penyembuhan luka, pertumbuhan tulang dan pembaikan, dan kulit yang sihat. Vitamin C juga membantu melawan jangkitan badan dan ia bertindak sebagai antioksidan, melindungi sel-sel daripada kerosakan.


Fungsi Vitamin C untuk ibu mengandung

Kedua-dua ibu dan bayi memerlukan vitamin ini setiap hari - ia perlu bagi tubuh untuk membuat kolagen, struktur protein yang juga satu komponen tulang rawan, tendon, tulang dan kulit. Sesetengah penyelidik percaya bahawa kekurangan vitamin C pada bayi yang baru lahir boleh menjejaskan perkembangan mental.






Vitamin C sebagai Anti Oksida untuk ibu mengandung

Vitamin C adalah anti oksida yang membantu badan ibu yang mengandung jika mempunyai toksin semasa kehamilan. Vitamin C mempunyai kebaikan meneutralkan radikal bebas dan menguatkan sistem imun. Selain itu, Vitamin C membantu ibu hamil membentuk plasenta yang sihat.



Vitamin C vs Zat Besi untuk ibu mengandung

Ramai ibu mengandung yang mengalami anemia hingga menyebabkan mudah pening dan tidak stabil ketika berdiri. Ibu mengandung yang mengalami anemia dan rendah bacaan hemoglobin disyorkan mengambil zat besi. Fungsi Vitamin C untuk ibu mengandugpula adalah membantu usus menyerap lebih banyak zat besi dari makanan supaya ibu hamil tidak mengalami anemia.

Vitamin C dengan formula yang bergabung dengan vitamin E juga mungkin direkomenkan oleh mengelakkan tekanan darah tinggi semasa mengandung dan kelahiran pra-matang.

Vitamin C turut membantu ibu mengandung yang ada asma, alergik atau alahan, senang sakit, selalu selsema dengan menguatkan anti bodi dan melawan pengoksidaan dan mengurangkan sakit muscle dengan membantu penghasilan kolagen.



Dos Vitamin C untuk ibu mengandung

Securing-kurangnya, ibu mengandung perlu mengambil 85 mg Vitamin C setiap hari.
Maksimum 2000 mg sehari iaitu upper tolarance.

Jika ibu mengandung hendak mengambil lebih dos dalam sehari, dinasihatkan ambil sedikit demi sedikit mengikut penerimaan badan dan keperluan seperti jika disahkan ada anemia, kurang vitamin c, demam atau selsema.

Vitamin C yang berlebihan akan dikeluarkan melalui air kencing kerana vitamin c jenis larut air. Disebabkan ini juga, vitamin c tidak kekal dalam badan dan perlu diambil setiap hari.

Vita-C Plus Shaklee adalah sustained release iaitu dilepaskan 100 mg vitamin c setiap jam selama 5 jam. Kandungan ascorbic asid adalah 553 mg per kapsul dan 120 mg bioflavonoids yang memaksimumkan keberkesanan vitamin c.



Overdose Vitamin C

Namun, jika badan reject dan tidak menerima lebihan dosage vitamin c, badan akan menunjukkan tindak balas.  Terlalu banyak vitamin C boleh menyebabkan loya, kekejangan perut, cirit-birit, sakit kepala, keletihan, insomnia, panas badan dan ruam.

Tanda Kekurangan Vitamin C

Walaupun 85mg adalah optimum dos vitamin c dan kita boleh dapat dari makanan, kita kena alert tanda kekurangan vitamin c. Tanda kekurangan vitamin c seperti gusi berdarah, senang lebam, penat, sakit sendi, masalah penghadaman, senang dijangkiti selsema atau demam selsema, lambat baik dari luka dan kehilangan berat badan.

Sebagai ibu mengandung, pastikan anda mendapatkan vitamin c secukupnya dalam diet harian demi kesihatan diri dan bayi yang dikandung. Jika semua orang yang tak mengandung pun memerlukan vitamin c, apa lagi ibu yang membawa satu nyawa yang mengharapkan nutrisi dari ibunya.


Untuk terus membeli Vit C terbaik, boleh dapatkan di E Sell Vitamin C atau hubungi pengedar di bawah.


Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor ID 846056


Order Form & Email
Nak Join Jadi Ahli SHAKLEE


Jika anda rasa artikel ini berguna, jangan lupa untuk kongsikan demi manfaat bersama.

ida ahmad

About ida ahmad

Ibu kepada 3 anak ini adalah 'working from home mom' dan blogger yg sudah lama menggunakan blog sebagai medium utk berbisnes sejak 2007. Beliau positif utk memberi yg terbaik buat keluarga, masyarakat dan agama sebagai saham akhirat.

1 comments :

Write comments
Unknown
AUTHOR
December 6, 2015 at 10:47 PM delete

terimakasih banyak sharingnya, vitamin C penting sangat tuk ibu hamil , aku minum juga
madu penyubur kandungan al mabruroh , Obat Darah Tinggi

Reply
avatar