Jom baca pengalaman Pn Dilla yang bermula dari awal dengan Shaklee dan berjaya dalam penyusuan bayinya.
Bila sebut je ‘Shaklee’ ni, mmg satu perkataan yang tak asing lagi bagi saya…Agaknye 1st time dengar Shaklee ni pun masa sekolah rendah…masa tu ibu saya jadi member..tapi masalahnya tak pernah pula nampak botol Shaklee kat umah…sahlah ibu saya memamg macam saya, bukanlah seorang yang suka terikat kepada komitmen…jadi bila cakap pasal vitamin ni, memang dah agak, klau beli sebotol vitamin tu belum tentu lagi tahun depan akan habis…Saya yakin dengan pemakanan yg seimbang, tak perlu lagi vitamin…Namun segalanya berubah bila saya disahkan mengandung anak pertama….Semasa kandungan berusia 5 bulan, dengan berkerja 6 hari seminggu di construction site, membuatkan saya mudah penat dan lesu….saya membeli dan mencuba beberapa vitamin yg dibeli di farmasi…Walaupun tak nampak perubahan yg ketara, saya teruskan makan vitamin tersebut juga…konon-konon dah ambil supplement la…
Pada usia kandungan 7 bulan, saya banyak terbaca tentang kebaikan ‘breastfeeding’ dan membuatkan saya berazam untuk menyusukan anak dengan susu ibu secara ekslusif…Lalu bermulalah usaha saya mencari vitamin/supplement yg sesuai..Kebetulan seorang senior syorkan saya ambil ESP sebagai ‘energy booster’ pada bulan Ramadhan…Allhamdulillah saya menjadi kembali bertenaga dan sejak itu saya tak pernah miss ambil ESP..
Alhamdulillah, pada 9 November 2010, anak lelaki saya selamat dilahirkan…Namun Allah menguji saya apabila anak dimasukkan ke ICU disebabkan infection pada paru-paru. Doktor meminta saya menyediakan bekalan susu ibu untuk diberikan padanya. Alhamdulillah, kesan pengambilan ESP dan Set Confinement, saya tiada masalah untuk mengepam susu untuk dibuat stok. Doktor sampai terkejut melihat stok susu yg begitu banyak sehingga saya demam pada hari ke-3 disebabkan bengkak susu…
Maha suci kuasa Allah, penyakit anak saya bertambah baik lebih cepat dari yang dijangkakan mungkin disebabkan juga antibodi yg terkandung dalam susu ibu….
Hasil pam pada hari ke-3
Sampai di rumah, saya tiada masalah untuk menyusukan anak saya di samping membuat stok untuk hari bekerja nanti…Tak sangka ibu saya yang mulanya tak bersetuju dgn keputusan saya untuk direct breastfeeding anak saya, tapi akhirnya dia sendiri yang ‘promote’ breastfeeding ni kepada saudara mara saya…Ibu saya memuji anak saya yang tak banyak meragam, tak kembung perut dan ‘sopan’ je…
Alhamdulillah, kini saya nampak hasil pelaburan dan kesabaran saya yang baru sekejap ni…Anak saya membesar dengan sihat dan tak banyak karenahnya..Keputusan untuk menyusukan anak secara ekslusif yang pada awalnya untuk menjimatkan perbelanjaan membeli susu formula akhirnya menjadikan niat saya ikhlas untuk memberikan anugerah Allah ini khasiat yang terbaik dari susu ibu…Dan saya percaya, dengan hati dan niat yang ikhlas, anak saya menjadi seorang anak yang soleh dengan izin Allah selain mendapat keberkatan daripada mengamalkan sunnah ini…
Terima kasih kepada senior saya dan kak Cery yang banyak memberi tunjuk ajar dan semangat untuk saya meneruskan ‘Exclusive Breastfeeding’…Saya bersyukur kerana ditemukan dengan produk Shaklee..Setiap hari, saya tidak lupa untuk berdoa Allah murahkan rezeki anak saya dengan susu ibu dan syukur Alhamdulillah, doa saya dimakbulkan-Nya…Semoga dengan penyusuan ini Allah menerima usaha saya dalam menjalankan tanggungjawab menjaga anugerah-Nya yang tidak terhingga ini...Amin..
Credit to Pn Dilla dan k cery
Kalau berminat dan hendak membuat pilihan, boleh ke sini. Borang order pula di sini.
Ida Khairani
- Posted using BlogPress
Betul ka Shaklee ok?
About ida ahmad
Ibu kepada 3 anak ini adalah 'working from home mom' dan blogger yg sudah lama menggunakan blog sebagai medium utk berbisnes sejak 2007. Beliau positif utk memberi yg terbaik buat keluarga, masyarakat dan agama sebagai saham akhirat.
Post a Comment