Menghadapi musim sakit

Saya baru sahaja baik selsema yg dijangkiti sejak 2 hari lepas. Baru semalam makan ubat selsema dari klinik. Ubat tu membuatkan saya mengantuk. Payah jgk la kalau asyik mengantuk ja padahal ada 2 anak untuk dijaga.

Anak sulung saya pula, baru sahaja baik batuk tp muntah2 plk bile diberi susu. Kesian..Sehari suntuk dia tidur. Semalam panas pula suhu badannya. Saya pula, dalam selsema2 ni kena handwash semua baju kami yg asyik kena muntah ja. Carpet dan kusyen pun kena jgk. Rumah perlu dimop selalu untuk kekalkan hygine level.

Alhamdulillah adik tidak apa2. Cuma merapnya lebih. Semasa sakit2 ni, saya upkan intake vitamin c disamping vitamin2 lain, supaya cepat sembuh. Alhamdulillah dah sembuh. Untuk anak sulung saya ni, saya tambah energizing soy protein dlm susunya yg dah dikurangkan sukatan.

Doktor pesan kurangkan sukatan susu kepada half sebab dia asyik muntah ja. Ubat2 pula, payah nak makan. Saya kena paksa jugaklah walaupun kesian. Hari ni nampaknya dia ok. Saya baru ja campurkan esp dlm susunya sebab makan pun dia tak lalu, mana nak dpt tenaga untuk pulih. Syukur sangat mood dia dah ok hari ni.

Demam dia belum pulih sepenuhnya. Doa saya semoga dia sembuh, boleh pergi sekolah. Belajar dgn kawan2 yg lain.

Kenapa saya kata musim sakit? Sepupunya dah 4 org masuk hospital. Seorang last week, keluar sorang, masuk 3. Kesian.. Saya dan suami pun tambah intake air masak seharian. Dlm cuaca yang tidak menentu ni, langkah berjaga-jaga perlu diambil. Air sangat penting untuk badan berfungsi dengan baik. Kurangkan minum kafein, air berkarbonat, minuman bergula juga jus dr kotak. Semuanya mempunyai kandungan gula yg tinggi dan tinggalkan kesan tak baik pada badan.

Untuk adik yg menyusu, saya perlu siapkan diri saya dulu. Saya kena pastikan badan saya sihat dan kuat untuk menjaganya dan susu saya sentiasa ada dan bernutrisi tinggi untuk pastikan antibodinya kuat. Semoga dia dijauhi dr penyakit. Semoga kita semua dijauhi dr sakit dan boleh terus menjalankan tanggungjawab kita.


Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056



Order Form & Email
Nak Join Jadi Ahli SHAKLEE

Jika anda rasa artikel ini berguna, jangan lupa untuk kongsikan demi manfaat bersama.

ida ahmad

About ida ahmad

Ibu kepada 3 anak ini adalah 'working from home mom' dan blogger yg sudah lama menggunakan blog sebagai medium utk berbisnes sejak 2007. Beliau positif utk memberi yg terbaik buat keluarga, masyarakat dan agama sebagai saham akhirat.

2 comments

Write comments
January 13, 2011 at 10:00 AM delete

Salam Ida.. Duduk Bandar Bukit Raja yek.. Rumah kat area mn ya.. Ros pun duk ctu jugak..

Reply
avatar
January 13, 2011 at 3:30 PM delete

Salam,
Jumpa jiran di alam maya.hehe..ida tinggal di single storey baru dpn taipan. Mai la jalan2.

Reply
avatar