5 Supplemen Penting Ibu Mengandung Supaya Kekal Cergas

Terdapat sekurang-kurangnya 5 Vitamin dan Supplemen Penting untuk Ibu Mengandung Kekal Cergas dan Demi Kesihatan Bayi dalam kandungan. Keperluan 5 vitamin dan supplemen ni sangat mustahak dan ideal supaya dapat mengurangkan risiko kecacatan bayi, bayi kurang berat badan dan kelahiran pra matang juga supaya ibu sendiri kekal cergas sepanjang kehamilan yang indah.



Oleh sebab itu, sangat mustahak ibu mengandung mengambil makanan seimbang supaya nutrisi sampai pada bayi yang dikandung juga mencukupi untuk ibu sendiri kekal cergas dan sihat. Ibu yang tidak fit dan kurang nutrisi juga berisiko untuk alami anemia, tekanan darah rendah, low hb atau rendah hemoglobin, kencing kotor atau UTI dan beberapa sakit lagi.



5 Supplemen Penting yang dapat membantu ibu mengandung kekal cergas adalah :

1. Vitamin Ibu Mengandung : B Complex


Asid folik merupakan sebahagian dari vitamin B yang kritikal untuk ibu mengandung. Seawal merancang untuk hamil ibu harus mengamalkannya dan ia menjadi lebih penting bila trimester pertama kehamilan. Pengambilan asid folik membantu mengurangkan kecacatan tulang belakang bayi iaitu tiub neural. Kecacatan tiub neural iaitu spina bifida berlaku apabila saraf di dalam tulang belakang terdedah dan rosak.

Asid folik dengan dos 400mcg perlu diambil setiap hari hingga sekurang-kurangnya 12 minggu pertama kehamilan. Ada ibu yang dinasihatkan doktor untuk ambil high dos bila ada sejarah iaitu kecacatan tiub neural untuk kehamilan dahulu dan pernah mengalami kencing manis.

B Complex Shaklee yang lengkap dengan 8 jenis vitamin B termasuk asid folik dapat membantu ibu mengandung. Ia turut dilengkapi B12 yang membantu penyerapan yang optimum asid folik. Malah vitamin B yang lengkap dapat membantu menambah darah. Paling penting, fungsi vitamin B untuk metabolisme membantu ibu mengandung supaya kekal cergas.

2. Vitamin Ibu Mengandung : Vitalea

Ibu mengandung yang mengalami low hb iaitu rendah kandungan hemoglobin berisiko untuk melahirkan bayi kurang berat badan. Low Hb juga membuatkan ibu mudah pening, tidak cergas dan berisiko mendapat anemia. Ibu mengandung dinasihatkan untuk mengambil makanan tinggi zat besi.

Vitalea dengan formula zat besi telah lama digunakan oleh ibu mengandung. Dicipta dengan kajian mendalam supaya zat besi diserap dengan lebih baik untuk membentuk hemoglobin yang mengangkutkan oksigen ke seluruh badan. Ikuti pengalaman ibu mengandung ini yang sering alami hb low tetapi berjaya atasinya selepas mengamalkan Vitalea Shaklee.



3. Vitamin Ibu Mengandung : Ostematrix


Kandungan utama Ostematrix adalah kalsium. Ostematrix diperkaya dengan magnesium yang membantu penyerapan kalsium. Ibu hamil perlu ambil bagi pembentukan tulang dan pertubuhan gigi bayi terutama semasa trimester ketiga.

Ibu mengandung juga sering alami kejang otot dan susah bergiat cergas. Tahu tak kurang kalsium adalah punca utama ibu alami kejang otot. Untuk mengelakkan kejang otot, ketidak selesaan semasa tidur atau bila bangun tidur dan kerosakan gigi ibu sendiri, wajiblah ibu mengandung amalkan kalsium yang mencukupi.

Kekurangan kalsium yang serius juga mendedahkan ibu mengandung pada risiko pre-eklampsia dan yang membawa maut pada ibu dan kandungan. Dos yang dicadangkan adalah1300 mg untuk ibu mengandung berumur 14-18 tahun dan 1000mg untuk ibu mengandung 19-50 tahun. Ostematrix Shaklee mengandungi 1000 mg untuk 4 tablet harian.

4. Vitamin Ibu Mengandung : Vitamin C

Vitamin C penting untuk ibu mengandung cergas demi mengelakan penyakit. Ia membantu menguatkan sistem imun badan. Selain itu Vitamin C membantu menguatkan kandungan dengan cara menguatkan plasenta, menyembuhkan luka, mengurangkan stretch mark, menggalakkan pembinaan colagen untuk pembentukan struktur otot, rawan dan tulang janin.

Vitamin C juga membantu penyerapan zat besi secara optimum. Jadi ibu mengandung digalakkan mengambil serentak dengan Vitalea. Pengambilan Vitamin C ketika mengandung juga memberi bonus kepada ibu hamil dari segi kecantikan kulit. Vitamin C adalah vitamin larut air dan tidak disimpan di dalam badan jadi ianya diperlukan setiap hari oleh badan. Vitamin C yang dilengkapi dengan teknologi sustained release membantu membekalkan vitamin C dalam badan selama 5 jam.

5. Supplemen Ibu Mengandung : Protin ESP

Protin adalah sumber utama pembinaan sel dan anggota badan bayi dalam kandungan. Protin juga membantu ibu mengandung untuk lebih cergas. ESP adalah sumber protin dari soya yang merupakan sayuran jadi ia tiada kolestrol dan rendah lemak. Memandang ibu mengandung mudah penat, sering loya dan tidak lalu makan jadi minuman protin membantu memberi tenaga dan tampung keperluan protin yang penting.


Pengalaman ibu mengandung ini yang mengambil supplemen Shaklee membantunya lebih cergas hingga mampu berpuasa dan bonusnya kulit bayinya lebih cerah.



Bagi ibu mengandung yang masih berkira-kira untuk mengambil supplemen, anda boleh menghubungi saya untuk berunding tentang keperluan anda mengikut budget anda dan suami. Kepentingan supplemen sangat perlu dititik beratkan demi kesihatan bayi dan ibu sendiri kekal cergas. Namun, sebagai ibu mengandung anda seharusnya sedaya upaya mengambil makanan berkhasiat dan seimbang juga melakukan pemeriksaan berkala supaya tahu tahap kesihatan bayi dan ibu.




Sekiranya anda mahukan set ibu hamil cergas dengan mendapat vitamin semulajadi Shaklee yang terbukti berkesan, dapatkannya dengan saya. Sebarang pertanyaan termasuklah cadangan mengikut budget anda, boleh hubungi saya sekarang juga!




Ketahui


dan


Juga




Nak berniaga dan jana pendapatan dengan Shaklee secara online? Semuanya di hujung jari sahaja. Anda boleh menggenggam pasif side income atau pendapatan aktif 3-4-5 angka hanya menggunakan medium blog, lebih-lebih lagi jika anda sememangnya seorang blogger tegar! Perniagaan Shaklee juga boleh dijalankan secara direct atau offline jika itu menjadi kepakaran anda.

Jangan ragu-ragu untuk bertanya kerana saya sedia membantu anda. Untuk order, boleh isi form online dengan boleh klik gambar di bawah atau hubungi saya.



Order / Pertanyaan :
Whatapps / SMS : 013 488 2382
Email : admin@mysupervitamins.com
COD : Shah Alam, Bandar Bukit Raja, Setia Alam Pos ke seluruh Malaysia

ida ahmad

About ida ahmad

Ibu kepada 3 anak ini adalah 'working from home mom' dan blogger yg sudah lama menggunakan blog sebagai medium utk berbisnes sejak 2007. Beliau positif utk memberi yg terbaik buat keluarga, masyarakat dan agama sebagai saham akhirat.