5 Langkah Lekapan Yang Betul Supaya Menyusu Tak Sakit

Ramai ibu terutama yang pertama kali mengadu sakit apabila menyusu bayi. Kadang-kadang menyusu sangat lama sampai melecet puting tapi bayi masih lagi menangis lapar. Saya pun samalah. Masa anak pertama dulu, sampai berdarah puting.  Jadi, ini saya kongsikan teknik menyusu yang betul supaya menyusu tidak lagi sakit dan trauma untuk ibu.

5 Langkah Untuk Lekapan Yang Betul Supaya Menyusu Tak Sakit

1. Pastikan bayi dan ibu selesa

Kalau ibu mengiring, alas belakang ibu dengan bantal. Letak kepala bayi atas bantal nipis jika perlu.  Kalau duduk, support belakang ibu dengan kusyen nipis jika itu lebih selesa. Prepare siap2, supaya jimat masa. Ini dapat buat ibu kurang stress dan tidak mudah penat ampu bayi. Ibu lebih happy, tenang dan mudah susu keluar. Emosi ibu mempengaruhi untuk kejayaan penyusuan tau.



2. Muka Mengadap Payudara

Mengiringkan bayi dan letak muka bayi mengadap payudara a.k.a nenen. Bayi mungkin tak perlu mengiring jika puting dan payudara ibu menghala ke bawah. Janji muka bayi mengadap direct payudara.



3. Offer puting pada bayi

Ajukan puting pada bibir bayi. Ibu boleh memegang kawasan aerola untuk mengarah puting ke mulut bayi seperti dalam gambar. Aerola adalah bahagian gelap keliling puting bayi.

Menyusu dengan cara betul supaya tak sakit


4. Tunggu mulut bayi buka seluas mungkin 

Bila baby buka mulut seluas mungkin, masukkan puting dan sebahagian areola ke dalam mulut bayi, pastikan atas lidah. Susu ibu juga boleh keluar melalui areola. Urutan lembut mulut bayi di bahagian areola juga merupakan stimulasi untuk susu keluar. Pump susu elektrik atau manual yang bagus pun meniru rupa areola dan mengurut aerola untuk menggalakkan pengeluaran susu ibu.


latching yang betul


5. Gunakan jari kelingking selepas selesai penyusuan

Jika bayi belum buka mulut seluas mungkin. Ulang lagi offer puting. Hanya masukkan payudara jika bayi nganga seluasnya. Lekapan penuh bayi tidak akan menyakitkan ibu. Jika bayi hanya sedut puting, kemungkinan besar ibu akan sakit. Susu juga tak dapat disedut hingga habis menyebabkan bayi meragam kerana tidak kenyang. Ibu juga mungkin alami bengkak susu akibat payudara yang tidak dikosongkan. Untuk keluarkan puting, masukkan jari kelingking untuk menggantikan puting ibu. Jangan tarik terus kalau bayi tengah sedut kuat, kang meraung sakit.


Cuba tau! Jangan frust bila bayi susah nak lekap atau latching ni. Practise Make Perfect! Lama-lama dah boleh jadi pakar. Jika puting melecet atau berdarah, anginkan puting. Boleh sapu cream yang selamat seperti Bepathon atau alirkan dengan susu ibu sendiri. InsyaAllah dengan 5 langkah lekapan yang betul ini, kedua-dua ibu dan bayi dapat mengalami pengalaman penyusuan dan bonding yang indah.



ida ahmad

About ida ahmad

Ibu kepada 3 anak ini adalah 'working from home mom' dan blogger yg sudah lama menggunakan blog sebagai medium utk berbisnes sejak 2007. Beliau positif utk memberi yg terbaik buat keluarga, masyarakat dan agama sebagai saham akhirat.