Betulkah vitamin boleh buat GEMUK ?

Lepas HOT cerita tentang suplemen baru-baru ni memang ramai yang ambik keputusan nak berhenti makan suplemen. Yang sedihnya, keputusan tu dibuat tanpa mengambil kira adakah viral tu betul tau tidak.


.
Antara statement yang bagi saya agak mengelirukan ialah "Rakyat Malaysia ramai obes sebab vitamin"
.
Saya nak tanya, berapa ramai orang obes yang makan suplemen?
.
Makanan kita (nutrien) ada 2 jenis - MAKRO nutrien & MIKRO nutrien.
.
MAKRO tu yang kita perlukan dalam jumlah besar dalam diet. Contohnya karbohidrat, protein & lemak. Fungsinya untuk bekalkan tenaga & makanan2 ini yang membekalkan kalori.
.
Sedangkan MIKROnutrien kita perlu sikit saja, iaitu vitamin & zat mineral. Walaupun kita perlukan sikit, tapi fungsinya sangatlah besar. Vitamin & zat mineral, walaupun dalam bentuk suplemen tak ada kalori.
.
Berat badan akan mula naik apabila kalori yang diambil melebihi kalori yang digunakan. Diet orang Malaysia rata-rata tinggi karbo dan lemak, tapi adakah aktiviti kita cukup untuk bakar kalori2 tersebut?
.
Punca sebenar masalah obes ialah gaya hidup kita. Apa yang kita makan, apa aktiviti harian yang kita buat.
.
Kalau cakap gemuk sebab terlebih makronutrien, kan nampak logik sikit?
.
Saya pun bukan pandai sangat. Alhamdulillah, dalam grup saya, iReach, founder kami sangat pentingkan ilmu. Beliau akan pastikan kami dapat ilmu yang betul untuk dikongsi dengan orang lain.
.
Sebab tu juga Shaklee tak jual suplemennya di farmasi tapi melalui ajen, sebab pembeli mesti diberi penerangan mengenai suplemen yang dia makan.
.
Kalau dijual di farmasi, agak2 ada orang nak terangkan ke pasal vitamin yang diambil?
.
Shaklee juga ada buat kelas percuma yang disampaikan oleh ahli nutrisi bertauliah untuk sebarkan ilmu kepada pengedar2 Shaklee.
.
Saya rasa bersyukur sebab ditemukan dengan vitamin Shaklee yang dah tingkatkan tahap kesihatan saya & keluarga. Jadi, saya akan terus sebarkan kebaikan vitamin Shaklee sebab saya pun nak 1 Malaysia lebih sihat macam saya.


Pengedar Vitamin Shaklee Setia Alam
Pengedar Vitamin Shaklee

ida ahmad

About ida ahmad

Ibu kepada 3 anak ini adalah 'working from home mom' dan blogger yg sudah lama menggunakan blog sebagai medium utk berbisnes sejak 2007. Beliau positif utk memberi yg terbaik buat keluarga, masyarakat dan agama sebagai saham akhirat.