Kenapa perlu kosongkan breast setiap kali penyusuan


Sebab utama perlu kosongkan breast setiap kali penyusuan adalah

"untuk mengekalkan pengeluaran susu ibu"

Walaupun susu kelihatan banyak dan mencukupi, amalan tidak mengosongkan payudara akan menyebabkan lama-kelamaan susu akan semakin kurang.

Ini kerana, otak telah menerima signal bahawa permintaan adalah sebanyak itu sahaja. Jadi, untuk jangka masa panjang, ia akan meninggalkan kesan di mana kuantiti akan berkurang setiap kali pump.

Tempoh untuk payudara benar-benar kosong bergantung pada individu. 15-20 minit setiap kali mengepam untuk sebelah payudara adalah jangka masa kebiasaannya. Jika susu mulai berkurang dan habis selepas 5-10minit, teruskan pengepam demi menghantar mesej bahawa kita perlukan lebih susu.

Begitu juga jika ibu bekerja tidak mengepam di siang hari. Walaupun pengeluaran susu tetap ada di malam hari, namun lama - kelamaan ia akan meninggalkan kesan. Dengan amalan milk booster sekalipun,  'demand' yang kurang, tetap akan memberi kesan kepada 'supply'. Mungkin tidak pada tahun pertama penyusuan, tapi tahun kedua atau lebih awal dari itu.


Tip untuk mempercepatkan tempoh penyusuan dan jimatkan masa dan dalam masa yang sama perlu pastikan breast kosong


1. Buat double pumping dan breast compression. Caranya, sambil pam sambil urut.  Pastikan sebelum mengepam, ibu dalam keadaan tenang dan minum secawan air suam panas. Air suam panas akan membantu mengembangkan liang-liang susu. InsyaAllah dengan cara ini, proses pengeluaran susu lebih lancar dan tempoh mengepam dapat dikurangkan.

2. Amalkan surah al-kauthar semasa urutan untuk pelancaran dan penghasilan susu.

3. Untuk yang tiada double pumping, boleh lakukan marmet untuk sebelah lagi payudara.


All the best gorgeous momies!



Ida Khairani
www.MySuperVitamins.com

ida ahmad

About ida ahmad

Ibu kepada 3 anak ini adalah 'working from home mom' dan blogger yg sudah lama menggunakan blog sebagai medium utk berbisnes sejak 2007. Beliau positif utk memberi yg terbaik buat keluarga, masyarakat dan agama sebagai saham akhirat.