Menyesal tak detoks dari awal kalau tahu macam ni kesannya ! Sebelum ni ambil mudah dan buat pun tanpa ilmu, maka memang tak jadilah. Kenapa nak kena buat detoks dan kenapa pula kena buat pula dengan cara yang betul ? Detox apabila dilakukan dengan cara yang betul dan tepat dengan pemakanan yang betul dan sihat, membantu sistem badan pulih, lebih sihat, bertenaga dan badan lebih fit untuk pelbagai aktiviti harian.
Masih lagi tak yakin?
10 Kebaikan Detoks Kalau Kena Caranya |
Baca 10 Sebab Ini Kenapa Kita Perlu Detox dan Kebaikan Melakukan dengan Cara yang betul.
1. HALAU TOKSIN dari Badan
Toksin ni umpama RACUN dalam badan. Toksin ini boleh datang dari pelbagai sumber; pencemaran air dan udara, makanan yang mengandungi sisa racun perosak, bahan pengawet serta bahan kimia dan logam berat. Makanan yang kita ambil mungkin sudah menyerap toksin semasa hidupnya. Jadi badan kitalah yang kena tapis toksin ini.
Barangan dan persekitaran punca toksin masuk badan |
Pendedahan terlalu lama pada toksin yang gagal dibuang secara semulajadi oleh organ detok badan boleh mengganggu penyerapan nutrisi, menurunkan metabolisme badan, kita jadi mudah stress, hilang fokus, cepat penat, merendahkan sitem imun dan jadi punca penyakit lain. Toksin yang gagal dibuang oleh organ detox boleh berkumpul di tisu dan sel dalam badan termasuklah di otak. SEBAB itu kita kena DETOKS, bukan takut untuk DETOKS.
Kesan buruk akibat toksin berlebihan tidak dibuang |
2. Dapat Elak Penyakit SERIUS
Toksin dari persekitaran boleh membawa pada penyakit KANSER, sakit jantung, strok dan banyak lagi. Mujur badan kita ada sistem detoks semulajadi untuk menapis bahan merbahaya ini. Namun, akibat dari sentiasa dibebani dengan bahan yang perlu ditapis, makan tak berhenti dan tinggi kolestrol, pencemaran yang semakin teruk, organ detoks menjadi kurang efisyen. Untuk membantu organ detokfikasi kembali efisyen dan melakukan kerja yang sepatutnya dilaksanakan secara semulajadi, DETOKS adalah jawapannya.
Kesan merbahaya dari tidak buang toksin dengan betul |
3. Dapat Tingkatkan Sistem Imun yang semakin LEMAH
Bila sistem imun asyik berkompromi dan tidak kental lagi, kita jadi mudah dijangkiti selsema dan mengganggu kualiti hidup dan produktiviti kerja juga. DETOKS secara berkala dapat bantu menguatkan kembali fungsi sistem imun dan melawan jangkitan penyakit.
Toksin menyebabkan sistem badan lemah melawan penyakit |
4. Boleh TURUN BERAT Badan !
Bagaimana detox boleh bantu turunkan berat badan??? Sebenarnya lebihan toksin boleh jadi punca utama badan kita GAGAL MEMBAKAR LEMAK atau kurang efisyen dalam membakar lemak. Akibatnya, kita diet nak turunkan berat tapi tak jadi-jadi. Risiko penyakit bila berat berlebihan pun menjadi-jadi seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi.Diet Detox Tidak Mengakibatkan Kesan Yoyo Seperti Diet Nak Kurus Sahaja ! |
DETOKS dengan panduan yang betul adalah cara terbaik membuang lebihan toksin yang tersimpan di sel lemak dan membantu meningkatkan metabolisme kembali. Kalau detoks sendiri2 atau sekadar minum teh detoks tu saya tak jamin berjaya ya.
Makanan yang tepat semasa detox membantu buang lemak dan toksin |
5. Nampak lebih MUDA
Ada orang yang badan banyak TOKSIN ni, nampak LEBIH TUA dari usia atau berbanding kawan-kawan yang seusia disebabkan 'premature aging' . Makanan tak sihat memang buat orang nampak tua pun. Toksin seperti logam berat dan radikal bebas juga rupa-rupanya mempengaruhi faktor kelihatan tua (aging) ini, contohnya orang yang HISAP ROKOK atau terdedah pada pencemaran udara. Sel-sel menjadi tidak stabil akibat radikal bebas.
Apa yang kita makan tak sama dengan apa yang diserap dan dicerna tubuh akibat TOKSIN ! |
Bila kita buat DETOKS di mana toksin ni berjaya dikeluarkan, badan menjadi lebih mudah menyerap nutrisi seperti antioksida dan vitamin dari sumber makanan dan supplemen. ANTIOKSIDA inilah yang akan membantu melawan radikal bebas dan oksidasi di dalam badan. Jadi kalau ambil vitamin antioksida A, C, E dan tonik Vivix tapi masih tak cantik dan kelihatan muda juga, ha, silalah buat detoks!
6. Bantu HIDUP lebih INDAH
Ha? Bagaimana Detox membantu??? Alkisahnya, badan kita gagal berfungsi ditahap MAKSIMUM dan TERBAIK bila badan banyak toksin mengakibatkan kita boleh SAKIT sendi, pening kepala, penghadaman tak ok (susah dan tak regular membuang), susah nak tidur dan kepenatan.Kesan Detox : Bertenaga dan lebih ringan tulang pula tu.. - Sumber |
Jadi, bila kita buat DETOKS, kesan baik darinya lebih mudah membuang / penghadaman lebih baik, kurang stress, badan lebih ringan dan bertenaga dan ingatan lebih kuat.. Ha..Kan Hidup Lebih INDAH begitu !
7. Meningkatkan TENAGA !
Selepas detoks, kita akan mendapat kualiti TIDUR yang lebik baik dan kekuatan mental, fizikal dan emosi diperbaiki ! Cubalah kalau nak rasa sendiri !
Lebih senang bangun pagi kerana mendapat tidur yang berkualiti selepas detoks |
8. Kulit Lebih CANTIK dan BERSERI
Ramai yang mengalami kulit kusam dan berjerawat akibat dari diet yang tidak teratur juga dari persekitan yang banyak toksin. Ini beri kesan pada kesihatan kulit luar dan dalam buat wajah TIDAK CANTIK. Detoks yang betul, berjaya membuang toksin jadi jadi punca masalah kulit dan membantu meningkatkkan kesihatan kulit, mengurangkan jerawat, menguatkan akar rambut dan kuku dan wajah lebih berseri!
Jerawat batu hilang dan wajah tidak kusam lagi. |
9. Mental dan EMOSI yang lebih JELAS
Ramai juga yang kata blur dan berserabut bila banyak kerja perlu dilakukan. Dengan DETOKS, sistem badan kita lebih stabil di mana mental dan emosi boleh bertindak dengan seiring dan tenang. Kita lebih fokus, kurang blur dan berserabut. Jadi membantu kita buat keputusan yang tepat, analisis yang lebih baik dan melihat dari perspektif berbeza.
Tidak blur-blur lagi ! |
10. Mengembalikan keSTABILan sistem badan ( RESET )
Sistem badan kita iaitu penghadaman, saraf dan hormon dicipta untuk bekerja bersama-sama untuk kesihatan optimum. Namun, bila badan banyak toksin yang berlebihan, kita pula asyik memberi makanan yang tidak berkualiti dan tidak DETOKS, maka sistem jadi tidak efisyen dan tidak boleh bekerjasama dengan baik. Dengan DETOKS yang betul, kita membantu sistem penghadaman badan kita kembali pasa asal ( reset ) dan berfungsi dengan lebih baik.
Sistem Penghadaman Kembali Normal Selepas Detoks Berjaya ! |
Rugi sangat pada yang mempunyai tanda-tanda dan risiko toksin berlebihan tapi masih tak mahu detoks. Detoks tak sama macam diet nak kurus badan kerana kita tak perlu berlapar ! Ada meal plan khusus serta cadangan supplemen Detoks Shaklee yang akan membuatkan detoks berjaya dan tidak sia-sia. Akhirnya, berat yang susah nak turun berjaya diturunkan, wajah yang kusam berjaya dipulihkan serta penyakit yang tak tahu nak repair di mana, bertemu jalan penyelesaian.
Hubungi saya segera jika berminat dengan Program Detoks ini !
Shaklee Independent Distributor
Ida Khairani ( 846056 )
FB : Ida Khairani Ahmad
Phone : 013 488 2382
Email : admin@mysupervitamins.com
COD Shaklee kawasan : Seksyen 7 dan Shah Alam, Bandar Bukit Raja, Setia Alam, KLCC
2 comments
Write commentsyap.
Replymemang penting untuk tahu cara detox yang betul.
jangan main belasah aje.
Thanks for sharing this useful information on detox and its benefits. I was surprised to find out the difference between the detoxifying and dieting. It is definitely not the same thing.
Reply