Risiko Anemia, HB Low pada ibu hamil

Jangan Ambil Ringan Hb Rendah Semasa Hamil.



1) Apakah itu anemia?

Anemia merupakan keadaan di mana berlakunya kekurangan hemoglobin (Hb) di dalam sel darah merah. Hemoglobin merupakan pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh itu, apabila anda mengalami anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia(kurang kandungan oksigen) dan kurang tenaga. Sebagai seorang wanita hamil, adalah penting bagi anda untuk mendapatkan ujian darah bagi menentukan paras hemoglobinnya semasa lawatan pertama pemeriksaan kandungan (lawatan antenatal).

2) Apakah tanda-tanda dan gejala anemia?

Gejala yang paling biasa berlaku adalah :
-Merasa letih, lemah anggota dan sering pengsan.
-Kelihatan pucat
-Kesukaran bernafas/sesak nafas
-Loya
-Mengalami debaran (palpitasi) - dengupan jantung yang cepat
-Sakit kepala dan pening
-Kerengsaan dan juga keradangan pada lidah
-Mudah lupa

Gejala yang jarang berlaku :
-Mengalami jaundis ataupun kekuningan, terutama pada mata dan kulit
-Sakit di bahagian perut atau abdomen

3) Kenapa berlakunya anemia?

-Kurang pengambilan zat besi (iron) dan asid folik di dalam diet harian
-Mengalami kehilangan darah yang berpunca dari pendarahan gastrousus, buasir, ataupun darah haid yang terlalu banyak.
-Proses pencernaan mungkin mengalami sedikit perubahan semasa hamil di mana ini akan menyebabkan berlakunya anemia.
-Walaupun jumlah pengambilan zat besi (iron) dan juga asid folik mencukupi. Ini kerana sebahagian daripada ferum dan juga asid folik itu diagihkan kepada janin dalam kandungan.
-Talasemia - sejenis penyakit darah keturunan yang banyak berlaku di kawasan Asia, Mediterranean dan juga Afrika.

4) Siapa yang berisiko mengalami anemia?

-Wanita hamil yang tidak dapat makan dengan baik kerana masalah loya atau muntah.
-Wanita yang hamil kembar
-Wanita yang hamil dalam sela masa kehamilan yang terlalu rapat.
-Pemakanan yang tidak baik - kekurangan pelbagai jenis vitamin. Wanita yang tidak mengambil zat besi dengan cukup adalah lebih mudah mendapat anemia.

5) Adakah anemia berbahaya kepada saya dan bayi?

Anemia sangat bahaya kerana boleh menyebabkan perkara berikut :
KEPADA IBU
-Tumpah darah semasa dan selepas bersalin
-Tekanan darah tinggi(eklampsia)
-Keguguran
-Kematian
KEPADA BAYI DALAM KANDUNGAN
-Kematian janin
-Kelahiran bayi tidak cukup bulan
-Kelahiran bayi kurang berat badan

*Sebab tu kalau pergi check kat KK, nurse selalu marah kalau hb rendah kan??

6) Seriuskan masalah anemia saya?

Tahap keterukan anemia adalah seperti berikut:
a) 6.9 - SANGAT TERUK
b) 6.9 < 8.0 -TERUK
c) 8.0 < 9.5 - SEDERHANA
d) 9.5 - 10.5 - RINGAN
Credit


Bagi ibu-ibu yang hamil, jangan sesekali memandang remeh hal ini. Pengambilan supplemen 2 biji Vita-lea Shaklee setiap hari dapat membantu menangani masalah anemia semasa hamil.

Tips Pengambilan Iron Supplement.
--------------------------------------------
1) Pengambilan zat besi bersama vitamin C akan dapat membantu penyerapan zat besi lebih OPTIMUM!
2) Elakkan pengambilan zat besi bersama kalsium. Ini kerana, kalsium akan menggangu penyerapan zat besi yang maksimum.
3) Pengambilan sumber asid folat (asid folik) akan membantu mengekalkan paras hemoglobin ang normal di dalam badan. Sumber asid folat boleh didapati di Shaklee Vita-Lea dan Shaklee B-complex.


Cadangan saya untuk set ibu hamil adalah Set J. Boleh baca lanjut untuk info.




Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056


Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :)

ida ahmad

About ida ahmad

Ibu kepada 3 anak ini adalah 'working from home mom' dan blogger yg sudah lama menggunakan blog sebagai medium utk berbisnes sejak 2007. Beliau positif utk memberi yg terbaik buat keluarga, masyarakat dan agama sebagai saham akhirat.