20 Perkara Berubah Selepas Bergelar Ibu Bapa

Ada orang sedang berdebar debar tunggu kelahiran baby sulung..Sabar2x..InsyaAllah 'All is Well' @ Everything Gonna Be Well. Sepanjang pregnant, ramai pula bagi nasihat yang menambah suspend "berehat banyak2... nanti tak ada masa nak rehat..makin sikit waktu berdua.. penat wooo.."

Bila dah beranak binak..masa makin suntuk. Semua in fast mood.. Masa kualiti sangat susah nak dicari.. Duit semakin tight..  Tarik nafas dan relax... Banyak lagi perkara yang indah berlaku selepas kita bergelar ibu bapa.. Pastinya buat kita tersenyum dan mengiyakannya :)....

20 Perkara Berubah Selepas Bergelar Ibu Bapa
20 Perkara Berubah Selepas Bergelar Ibu Bapa






  • Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
  • Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!
  • Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!
  • Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
  • Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..
  • Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-)
  • Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
  • Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
  • Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!
  • Kita akan lebih menghargai diri kita.
  • Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
  • Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
  • Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
  • Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.
  • Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
  • Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
  • Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
  • Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
  • Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
  • Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!


  • Sangat BETUL!



    Ida Khairani

    Shaklee Independent Distributor
    ID 846056


    Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :)

    ida ahmad

    About ida ahmad

    Ibu kepada 3 anak ini adalah 'working from home mom' dan blogger yg sudah lama menggunakan blog sebagai medium utk berbisnes sejak 2007. Beliau positif utk memberi yg terbaik buat keluarga, masyarakat dan agama sebagai saham akhirat.