Mesti ramai antara kita yang sudah biasa dengan ujian kehamilan a.k.a UPT, Urine Pregnancy Test.. Tujuannya adalah menguji air kencing dan membuktikan sama ada wanita mengandung atau tidak.
Ujian kehamilan UPT ini sebenarnya untuk mengesan kandungan hormin hCG atau hormon chorionic gonadotropin yang dikeluarkan oleh uri( placenta) pada bayi. Pembentukan uri berlaku sebaik sahaja janin/embrio ditanam pada rahim ( implantation). Uri akan menghasilkan hormon hCG dan dapat dikesan melalui ujian air kencing wanita itu. Alat ujian kehamilan UPT membantu kita untuk mengesahkan kehamilan pada peringkat awal.
Tepat dan Sahihkah ujian kehamilan UPT ini?
Menurut Dr. Zubaidi yang merujuk pada artikel Oktober 2001, jounal JAMA, kebarangkalian untuk mengesan hormone hCG menggunakan UPT yang dilakukan selepas seminggu tidak datang darah haid (missed period) adalah 97 peratus.Namun begitu waktu yang terbaik untuk melakukan ujian UPT adalah seawal dua minggu selepas missed period. Walaupun hormon hCG dikeluarkan sebaik saja selepas berlakunya implantation, namun kepekatan hormon pada waktu itu mungkin belum dapat dikesan menggunakan alat UPT. Dari hari ke hari, kepekatan hormone hCG akan bertambah dalam air kencing wanita yang hamil.
Pada hari ke-10 kepekatan hCG dalam air kencing ialah 25 mIU, manakala pada hari ke-12 ialah 50mIU dan hari ke-14 ialah 100 mIU. Tidak semua alat UPT mampu mengesan kepekatan hCG pada 25 mIU iaitu pada peringkat terawal kehamilan. Ada alat UPT hanya mengesan hCG dalam air kencing jika kepekatannnya 50 atau 100 mIU. Jadi cara terbaik ujian kehamilan ini haruslah dilakukan pada hari ke 14.
Oleh itu, baik bertanya dahulu pada ahli farmasi sebelum membeli kit dan membuat ujian kehamilan. Jika tidak, kemungkinan keputusan negatif ujian kehamilan pada peringkat awal akan menjadi positif beberapa hari kemudian.
Macam mana nak baca ujian kehamilan UPT ni?
Ok..panduan mesti ada dilabel setiap pek ujian kehamilan. Alat UPT mempunyai 2 tingkap/kotak. 1 untuk tujuan control. Satu lagi untuk memberi keputusan sama ada positif atau negatif.
Kita perlu menitiskan air kencing di lubang yang disediakan. Paling bagus adalah air kencing seawal pagi untuk mengelak kecairan air kencing. Tunggu beberapa ketika. Jika terdapat 2 garis, maka keputusan adalah positif. Manakala jika hanya terdapat satu garisan, bermaksud keputusan ujian kehamilan adalah negatif.
Bagaimana pula selepas buat ujian negatif, tak ada line tetapi selepas sejam jelas nampak 2 line, ini boleh membawa maksud positif. Jadi lakukan ujian semula pada waktu pagi dan lebih baik selepas 14 hari missed period.
To be continue..