Semasa mula menyusukan anak pertama dulu, ada suatu ketikanya puting saya berdarah untuk beberapa hari. Saya menggunakan breast shield untuk beberapa hari sehingga sembuh. Di samping itu, saya turut menyapu Bephaton pada puting yang selamat untuk bayi dan kulit.
Semasa anak kedua, saya dah tak mengalami masalah ini. Kali ini pula, suckingnya sangat kuat. Aduuuh.. Jadi, saya akan meleraikan seketika, dan sambung semula. Saya fikirkan pasal benda lain, tengok tv supaya tidak fokus kepada kesakitan.
Sebenarnya simpton-simpton ini mungkin berpunca dari beberapa sebab antaranya lacthing yang tidak betul. Namun, pada masa itu memang saya sudah pastikan latching bayi betul.
Untuk panduan ibu-ibu lain, simptom-simpton yang dialami oleh ibu
-sakit
-puting merekah
-ruam
-kulit berkeping
-sakit lepas menyusu
-puting berdarah
-tidak selesa, gatal, panas
Punca-punca puting melecet atau sakit
-posisi dan lekapan tidak betul
-bengkak susu akibat jarang mengepam/menyusu
-bayi keliru puting ibu dan botol
-belum mahir guna pump
-salah teknik memerah guna tangan
-dermatitis
-atopik ekzema
Penyelesaian untuk puting melecet atau sakit
-belajar teknik lekapan yang betul dan pastikan anak melekap dengan betul
-bagi bayi hisap sebelah payudara yang tak sakit dahulu
-bila susu mula mengalir sendiri, boleh beralih ke payudara yang sakit
-bila dah selesai penyusuan, masukkan hujung jari kelingking ke penjuru mulut anak supaya anak lepaskan puting.
-alihkan bayi dari payudara perlahan-lahan.
Jika puting telah luka
-sapukan dengan susu ibu
-gunakan breast shield untuk sementara jika anak selesa menghisap darinya
-boleh guna krim yang tidak mengandungi bahan kimia, semulajadi dan selamat untuk bayi.
Ida Khairani
www.mysupervitamins.com
- Posted using BlogPress from my iPhone
Puting melecet atau sakit
About ida ahmad
Ibu kepada 3 anak ini adalah 'working from home mom' dan blogger yg sudah lama menggunakan blog sebagai medium utk berbisnes sejak 2007. Beliau positif utk memberi yg terbaik buat keluarga, masyarakat dan agama sebagai saham akhirat.
1 comments :
Write commentsHidup lebih ceria dengan Perap Cenderawaseh..rahsia hilang segala sakit dan tingkat ketrampilan daripada alam semulajadi nano mikrofungus dan tumbuhan
Reply