Di sebalik aktiviti pengosongan payudara yang kerap yang merangsang hormon prolaktin bagi menghasilkan lebih banyak susu, peranan galagtogogues atau makanan penambah susu ni tak dapat dinafikan dari dulu. Walaupun ada yang takde kajian atau bukti saintifik.
Tapi, macamana pun konsep nombor 1 tadi (pengosongan payudara atau supply-demand) tetap utama. Milk booster cuma MEMBANTU dan MEMPERCEPATKAN proses menghasilkan susu, bukan faktor utama ya. Jadi walaupun makan milk booster jenis apa pun, teknik kosongkan payudara tak boleh tinggal.
Ada beberapa jenis kumpulan galagtogogues, saya namakan di sini sebagai – farmaseutikal, neutraseutikal dan herba.
Milk Booster Farmaseutikal
Terdiri dari ubat dari jenis ‘drug’ yang mempunyai ‘side effect’ – menghasilkan susu badan. Ubat2 ini secara sifat asalnya tidak berfungsi sebagai milk booster pun (pengesahan oleh FDA – US Food & Drug Administration). Ia digunakan untuk tujuan lain, tapi secara ‘off-label’ digunakan sebagai galagtogogues. Misalnya:
- Domperidone seperti Motilium – ubat tahan loya
- Metoclopramide seperti Maxolon & Primperan – ubat tahan muntah
- Metformin seperti Glucophage – ubat kencing manis
Ubat2 di atas merangsang hormon prolaktin, sekaligus membanyakkan susu badan. Metformin pula dikatakan membantu membina tisu glandular.
Walau bagaimanapun, harus alert dengan warning dari FDA ni:
(1) FDA warned healthcare professionals and breastfeeding women not to use an unapproved drug, domperidone, to increase milk production (lactation). The agency is concerned with the potential public health risks associated with domperidone. FDA took these actions because it has become aware that some women are purchasing this drug from compounding pharmacies and from foreign sources. Although domperidone is approved in several countries outside the U.S. to treat certain gastric disorders, it is not approved in any country, including the U.S., for enhancing breast milk production in lactating women and is also not approved in the U.S. for any indication.
(2) The U.S. Food and Drug Administration announced today that manufacturers of metoclopramide, a drug used to treat gastrointestinal disorders, must add a boxed warning to their drug labels about the risk of its long-term or high-dose use. Chronic use of metoclopramide has been linked to tardive dyskinesia, which may include involuntary and repetitive movements of the body, even after the drugs are no longer taken.
Milk Booster Neutraseutikal
Merupakan makro dan mikronutrient keperluan tubuh badan yang diperlukan dengan lebih banyak semasa ibu hamil dan menyusukan. Senang sebut, supplement. Ini kerana proses semulajadi tubuh menghasilkan susu badan ialah satu benda semulajadi. Namun kadangkala kekurangan ‘bahan api’ dan ‘bahan mentah’ menjadikan output tidak sebanyak mana walaupun kerap mengosongkan payudara. Ini kerana nutrisi berkait rapat dengan semua aspek : fizikal, emosi dan rohani.
Susu ibu terdiri dari protein, lemak, hormon, enzim serta vitamin dan mineral yang lengkap. Apa yang ibu makan tidak menentukan kandungan ‘ingredient’ dalam susunya tapi memberi kesan kepada kesihatan ibu serta kuantiti susu yang diperolehi (maksud saya speeding up breast milk production selepas pam).
Antara milk booster neutraseutikal adalah:
- Protein
- Kalsium
- B Complex
- Vitamin C
- Beta Karotena
- Fiber
- Zat besi
Benda2 ni kita boleh dapat dari makanan, tapi bila makan dan terlebih2, bole tambah sebagai supplement, tiada masalah.
Milk Booster Herba
Herba2 ni memang dah lama famous. Misalnya:
- Alfalfa
- Halba
- Kucai
- Halia
- Borage
Sesetengah herba mempunyai fungsi merangsang prolaktin dan ada yang membekalkan makro & mikro nutrien. Sesetengah herba juga ‘panas’ dan boleh mendatangkan kesan pada bayi.
Credit
Lain2 Milk Booster
-Air longan,
-oat
-susu
-barli
-spirulina
-jantung pisang
-pucuk betik
-coklat dan banyak lagi terkenal sebagai milk booster.
Apa2 pun kata kuncinya – seimbang.
Milk booster, booster jugak tapi diet mesti balance. Jangan tak makan benda lain duk hadap milk booster je. Tak jadiiiik. Lepas tu rangsangan kena ada – pam secara konsisten! Kalau makan booster tapi malas mengepam lagi takde guna. Hati pun mesti selalu ceria, riang dan yakin nak susukan anak
Selamat mem-boost-kan semangat menyusukan anak!
Ida Khairani
www.mysupervitamins.com
Untuk mencuba milk booster atau set penyusuan Shaklee, order sini
Untuk pertanyaan lanjut, contact saya.
Pelbagai milk booster, mana satu penggalak susu anda?
About ida ahmad
Ibu kepada 3 anak ini adalah 'working from home mom' dan blogger yg sudah lama menggunakan blog sebagai medium utk berbisnes sejak 2007. Beliau positif utk memberi yg terbaik buat keluarga, masyarakat dan agama sebagai saham akhirat.
2 comments
Write commentsSy mkn maxolon je susu bertambah.. Y ln sy dh try mcm mcm tapi x menjadi..
ReplyYa ka? Latest ni saya cuba collagen shaklee. Alhamdulillah, tujuan nak kulit lebih sihat, sekali jadi milk booster.
Reply