Susu merudum merupakan masalah yg mungkin dihadapi oleh sesetengah ibu. Mengapa susu merudum terjadi? Antara faktor penyebab susu merudum adalah stress, datang bulan, kurang kalori, bayi beralih bulan, growth spurts. Ketika growth spurts bayi selalunya akan minum atau makan lebih banyak dr biasa dan ibu merasakan susunya tak mencukupi untuk keperluan bayi.
Untuk membantu memperbanyakkan pengeluaran susu ibu, para ibu boleh cuba
makan makanan seeimbang terutama yg tinggi protein, bijirin penuh, oatmeal
minuman berasakan barli
sayurang hijau gelap
pastikan air banyak diminum sepanjang hari
rutin mengepam ditingkatkan
ambil makanan penggalak susu seperti alfalfa
lakukan teknik power pumping
Mengapa power pumping
Power pumping adalah suatu teknik mengepam sama sahaja seperti mengepam biasa cuma kadarnya ditingkatkan untuk menyamai kekerapan bayi menghisap susu demi meningkatkan production susu
Bagaimana melakukan power pumping:
Double Pumping:10 minit pump, 10 minit rest dan rutin diulang-ulang sehingga cukup 1 jam.
Single Pumping: 10 minit pump kiri, 10 minit kanan dan rutin diulang-ulang sehingga cukup 1 jam.
Hyperstimulation
15minit pump, 15 minit rest dan rutin diulang-ulang sehingga 1-2jam
Kaedah power pumping lain
Waktu yang sesuai adalah tengah malam atau subuh ketika hormon prolaktin tinggi. Perlu sentiasa positif. Walaupun pada peringkat awal hasilnya sedikit, insyaAllah dengan usaha yg berterusan pengeluaran susu akan bertambah. Semoga anda yang mengadapi masalah susu merudum akan mencuba kaedah ini dan berjaya dengan izin Allah.
Power pumping
About ida ahmad
Ibu kepada 3 anak ini adalah 'working from home mom' dan blogger yg sudah lama menggunakan blog sebagai medium utk berbisnes sejak 2007. Beliau positif utk memberi yg terbaik buat keluarga, masyarakat dan agama sebagai saham akhirat.
Post a Comment