Tetap jaga kesihatan walaupun beraya sakan

Esok insyaAllah kita akan menyambut hari raya selepas sebulan berpuasa. Alhamdulillah. Selamat tinggal Ramadhan yang penuh keberkatan dan selamat datang Syawal yang penuh kegembiraan.

Pada semua pelanggan dan pembaca mysupervitamin, saya ucapkan 'Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin'. Perbaiki dan eratkan hubungan siraturahim sesama kita dengan bermaafan, tolong menolong dan lupakan kisah silam. Semoga Allah akan memberi balasan baik buat kita, insyaAllah.

Sempena raya ni, mesti rendang, ketupat, lemang dan kuih muih menjadi menu utama. Trend sekarang ada lagi main menu lagi, contohnya raya pertama nasi daging, raya kedua laksa, raya ketiga nasi ayam. Fuuhh.. Mewah dengan makanan. Tak kira dengan jemputan kenduri kahwin. Wooo.. Lazat sungguh..

Jadi, sebagai ingatan buat semua, banyakkan juga makanan berserat tinggi seperti buah-buahan dan sayuran. Supaya makanan mudah dicernakan dan seimbang. Jika malas dan susah pula nak jumpa tuan rumah yang hidangkan buah-buahan, ambil vitamin pun boleh.

Vitamin yang sangat sesuai di musim-musim perayaan dan pesta makanan ni adalah seperti
Vitamin C, Vitamin E & Lecithin. Mengapa?

Vitamin C 

-kandungan vitamin C sama seperti makan 5-7biji oren. (Save budget dari beli oren sebenar:D )
-meningkatkan daya ketahanan diri dari jangkitan penyakit
-membantu pembinaan kolegen yang penting dalam kecantikan dan pembinaan otot yang kuat

Vitamin E

-vitamin larut lemak yang sangat efektif dimakan selepas kita menjamah makanan berlemak.
-tinggi anti oksida untuk melindungi sel badan dari musnah dengan mudah akibat radikal bebas
-memelihara kesihatan kulit

Lecithin

-membantu memecahkan lemak yang menyaluti saluran darah
-mengurangkan risiko serangan jantung akibat pemakanan tinggi lemak dan kolestrol
-membantu penurunan berat badan

Jadi, raya raya juga. Kesihatan diri yang paling utama dan jangan sesekali diabaikan.

Assalamualaikum..



Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056

ida ahmad

About ida ahmad

Ibu kepada 3 anak ini adalah 'working from home mom' dan blogger yg sudah lama menggunakan blog sebagai medium utk berbisnes sejak 2007. Beliau positif utk memberi yg terbaik buat keluarga, masyarakat dan agama sebagai saham akhirat.