Power Pumping Mommy

Entry ni untuk bagi semangat pada ibu-ibu yang menghadapi masalah kekurangan susu. Usaha tangga kejayaan. Mari cuba power pumping yang bertujuan untuk menghantar signal pada otak bahawa permintaan telah bertambah dan anda mengkehendakkan supply yang lebih.



"salam mom..its today my happy day.masuk hri ni da 3 hri sy makan shaklee.dan hri ni alhamdulillah sngt2 setakt pukul12 tghri td sy dpat prah guna tangan 24oz.sekali perah dpt 12oz.ptang ni xdpt perah sbb my bby minum punyela laju smpai kosong cik b umi.hehe"


"sy selalu perah 4 kali.dua siang n 2 waktu malam n subuh.sy minum air sperti yg mom cdangkn.3liter shari..kadang2 lbih minum coz da trbiasa mnum air bnyk.hehe"


"bb sy 6blan,sy pun trkjut cmpur syukur sangat tengok susu mncurah2.saya pun selalu wat power pumping pd wak2 subuh...memang berkat.hehe"


".sy wat pp kol 11 mlam time bb tdo n lg satu sy wat antara kol 3 or 4 pg."


Credit

Macam mana power pumping ni?


1. Double Pumping :10 minit pump, 10 minit rest dan rutin diulang-ulang sehingga cukup 1 jam.
2. Single Pumping : 10 minit pump kiri, 10 minit kanan dan rutin diulang-ulang sehingga cukup 1 jam.
3. Hyperstimulation : 15minit pump, 15 minit rest dan rutin diulang-ulang sehingga 1-2jam
4. Atau cara ini

Bila dapat hasil dan nampak perubahan selepas power pumping?

Bergantung pada individu. Walaupun pada peringkat awal, hanya setitik dua, ibu haruslah meneruskan rutin. InsyaAllah, hasil akan nampak selepas 1 atau 2 minggu. Power pumping boleh dilakukan setiap hari, seminggu sekali atau 2 kali seminggu.

Selain power pumping, ibu di atas turut mengamalkan vitamin-vitamin Shaklee dan banyak minum air. Jangan lupa untuk mendekatkan diri dengan Pencipta kerana Dia yang mengatur segalanya.



Ida Khairani
www.MySuperVitamins.com

ida ahmad

About ida ahmad

Ibu kepada 3 anak ini adalah 'working from home mom' dan blogger yg sudah lama menggunakan blog sebagai medium utk berbisnes sejak 2007. Beliau positif utk memberi yg terbaik buat keluarga, masyarakat dan agama sebagai saham akhirat.