Roti Home Made dan Robot Recycle Made

Apa aktiviti hujung minggu korang dengan anak-anak? Di area Bandar Bukit Raja ni, kalau tak jogging di tasik, selalu banyak family akan bawa ke Padang Setia City Mall. Situ meriah. Happening habis.

Ada playground yang best, giant belon, picnic, naik basikal elektrik, air pancut dengan lampu. Selalu juga ada event dan roadshow dekat padang tu.

Hujung minggu ni kami melepak di rumah ja. Mandom betul. Suami tak sihat macam orang morning sickness. Hehe.. Saya pula layan mengantuk mungkin penangan early pregnancy.

Uhuhuk

Tapi, sempat juga menguji Bread Maker hampir-hampir jadi tukun. Ini kali kedua guna selepas beli. 1st time guna terus nak buat roti boy. Walaupun tak jadi sangat tapi anak dan suami makan juga.

Kali ni buat roti biasa ja. Cuma sebab guna bahan-bahan organik, rasa macam roti yang lebih sihat dari biasa. Hehe, walaupun hakikatnya masih tak jadi. Bolehlah makan.

Dont worry, selamat dimakan ni.

Selain tu, tolong anak buat robot recycle yang cool ni. Eh, tak sangka botol vitamin Shaklee ni boleh bertukar jadi robot yang gagah.

Cute pula bila dipandang



Boring-boring hujung minggu, bolehlah cuba buat benda lain pula dari botol-botol vitamin dan barang-barang yang boleh dikitar semula.


ida ahmad

About ida ahmad

Ibu kepada 3 anak ini adalah 'working from home mom' dan blogger yg sudah lama menggunakan blog sebagai medium utk berbisnes sejak 2007. Beliau positif utk memberi yg terbaik buat keluarga, masyarakat dan agama sebagai saham akhirat.