Diet Ibu Menyusu Supaya Cepat Kurus

Berapa lama ibu menyusu ambil masa untuk kurus semula? Jeng jeng jeng !!! Semua orang berharap akan kurus semula tapi tak semena-mena, makin bertambah kilo pula setiap kali bersalin sesuai dengan bilangan anak.

Namun, ada yang berjaya kurus dengan semulajadi. Maklumlah menyusu badan ni suatu senaman paling mudah yang dapat membakar 300 ke 500 kalori sehari umpama skipping, jogging atau bermain basketball.



Set Kurus Shaklee untuk Ibu Menyusu
Diet Ibu Menyusu Supaya Cepat Kurus

Cara Ibu Menyusu Kuruskan Badan dengan Cepat

1. Wajiblah menyusu badan secara eksklusif. Rugi kalau tak menyusu kerana ia dapat membakar kalori dengan mudah tanpa perlu bersenam atau makan ubat kurus. Kalau bersenam lagilahkan..


2. Makan banyak serat dan boleh makan nasi. Amalkan suku suku separuh dalam diet harian ibu menyusu. Iaitu suku nasi, suku protin dan separuh sayur. Sayur yang banyak bukan ja bantu susu bertambah malah bantu cepat kenyang jadi diet ibu menyusu lebih sihat dan mudah.


Pinggan diet suku-suku separuh

Klik : Menu sihat suku-suku separuh

3. Jangkakan anda dapat kurus kembali dalam tempoh 1 hingga 9 bulan pertama usia bayi anda. Ada yang lambat, ada yang cepat. Be patient.

4. Selepas anak dah 9 bulan ke atas, badan pun dah makin sihat tapi belum juga kurus-kurus ... haruslah sedar diri, anda perlu kerja lebih. Mula bersenam. Apa lagi, join la aerobik, jogging, fun run, zumba atau menari Ayam Mee di rumah.


Video Senaman Dengan Bayi di Rumah


5. Untuk saya, Set Menyusu Shaklee sangat membantu dan saya tambah Lecitin juga. Inilah supplemen Set Kurus Shaklee Ibu Menyusu saya. Best tau. Sambil repair dalaman sejak berpantang, bantu juga kekalkan tenaga dan susu. Bonus paling best adalah membakar lemak supaya cepat kurus.


Set Kurus Shaklee untuk Ibu Menyusu
Set Menyusu Shaklee + Lecitin membakar lemak dan bantu kurus cepat
6. Cukup tidur. Siapkan kerja awal supaya dapat tidur awal. Entah berapa kali nanti ibu menyusu perlu bangun untuk menyusukan anak pula. Waktu tidur badan kita masih bekerja untuk detoksifikasi. Tak cukup tidur pun, susah nak kurus.


7. Kalau semua dah buat sampai berbulan-bulan tak berhasil, silalah detox untuk seminggu.


Diet Ibu Menyusu Supaya Cepat Kurus

1. Ikan, ayam, daging bakar atau digoreng kurang minyak. Apa-apa masakan pun kurangkan penggunaan minyak. Actually tak ada minyak langsung pun tak apa. Saya masak macam-macam jenis masakan tapi tak menumis dengan minyak pun. Rasanya tetap sedap. :D

2. Jika mengambil menu lauk berkuah, kurangkan kuah. Yang tanpa minyak dan sup ok ja.

3. Masakan pedas membantu lebih membakar kalori.

4. Sayur yang banyak dan tinggi serat, membantu perut kenyang walaupun kuantiti nasi kurang.


5. Ambil buah expecially kalau rasa tak kenyang-kenyang lagi.

6. Makan sarapan, tengah hari dan malam tanpa miss. Untuk makan makan, boleh awalkan sebelum pukul 7 malam lebih baik.

7. Antara waktu makan utama, ambil snack sihat seperti roti atau biskut serat, buah dan minuman tenaga seperti ESP. Ibu menyusu memang kerap lapar terutama lepas menyusu atau pump, so be prepared.

8. Minum air kosong banyak. Memandangkan kita menyusu, kandungan cecair yang cukup sangat penting untuk bantu hasilkan susu ibu yang cukup. Kalau biar kelaparan, kita cenderung untuk cari makanan yang manis seperti coklat.

9. Ambil supplemen seperti Lecitin dan Omega 3 untuk membantu membakar lemak dan kalori lebihan.



10. Vitamin B membantu menukarkan makanan ke bentuk tenaga. Jadi, banyakkan makanan tinggi vitamin B.

Makanan Yang Dapat Membantu Ibu Menyusu Cepat Kurus

Memandangkan kita ibu menyusu, apa yang kita makan akan memberi kesan pada anak tau. Jadi, be alert. Perhatikan riaksi dan perubahan anak. Lebih cracky dan tak selesa ka? Kembung or berak cair dan kerap ka.. Kena take note. Kalau semua ok, means ok makanan tu.

Makanan - makanan ni membantu tingkatkan metabolisme dan membakar lemak dengan cepat.




1. Sayur : Brokoli, bawang besar, capsicum / lada benggala, bawang putih, bayam, asparagus, kobis (angin ni), lobak merah.

2. Buah : Pisang, nenas, oren, epal, strawberi.

3. Karbo : Nasi, oat, kekacang, pasta, ubi kentang, roti serat penuh.

4. Protin : Salmon, tuna, dada ayam, telur, daging steak.

5. Supplemen : B Complex, Lecitin, Vitalea, ESP

Banyak juga antara makanan ni yang buat baby yang sensitif jadi kembung, alergik atau sebagainya. Sebab tu, supplemen sangat-sangat penting untuk membantu ibu menyusu cepat kurus tanpa beri kesan pada anak.

Testimonial:


ubat kurus selamat untuk ibu menyusu
Kurus tanpa pantang nasi, susu tak kurang dengan Shaklee

set kurus shaklee untuk ibu menyusu
Kurus dengan Shaklee dan Menyusu



Selamat mencuba ! Paling penting, followlah pinggan sihat, suku suku separuh tu. Tak perlu nak double kan walaupun kita menyusu badan. Nak dapatkan Set Kurus + Set Menyusu Shaklee tu, boleh hubungi Ida.

pengedar shaklee setia alam set kurus ibu menyusu
Pengedar Set Ibu Menyusu dan Kurus Shaklee

ida ahmad

About ida ahmad

Ibu kepada 3 anak ini adalah 'working from home mom' dan blogger yg sudah lama menggunakan blog sebagai medium utk berbisnes sejak 2007. Beliau positif utk memberi yg terbaik buat keluarga, masyarakat dan agama sebagai saham akhirat.