20 Milk Booster Terbaik untuk Banyakkan Susu Ibu

Bila susu merudum atau rasa bayi tak dapat susu cukup, mula-mula ibu kenalah bertenang dan buat checklist. Ibu sihat tak? Mood ada swing tak? Kerap bagi susu badan tak? Konsisten mengepam tak bagi ibu yang kerja?


Benda-benda ni semua bagi peranan untuk banyakkan susu ibu atau buat susu makin kurang. Dalam masa sama, ibu boleh ambil milk booster semulajadi untuk banyakkan susu ibu juga sebagai tenaga tambahan. Nak pam pun perlu tenaga ok. Nak produce susu yang banyak pun, badan perlu sihat dan bertenaga, gitu.

Ok, ni Ida nak share 20 MILK BOOSTER terbaik untuk banyakkan susu ibu. Ada yang makanan penggalak susu yang boleh dibuat masakan yang sedap juga minuman banyakkan susu bila dibuat air.

makanan-penggalak-susu-ibu
Wajib cuba milk booster yang sedap dan berkhasiat ni


1. Kucai / chives

Sayur kucai sudahlah sedap, berkhasiat pulak tu sebagai milk booster. Kucai mengandungi Vitamin C dan A. Kalau Ida suka kucai masak kicap. Senang ja resepinya, tumis bawang macam biasa, tambah kicap, last sekali baru letak kucai yang sudah dipotong-potong. Boleh tambah sikit garam jika suka.

2. Lobak merah / carrot

Lobak merah ni, boleh juga tau masuk dalam sayur masakan kucai atau masakan lain. Selain tu, jus lobak merah juga sangat sedap. Siapa sangka rupanya lobak merah sangat bermanfaat untuk banyakkan susu ibu. Cuba tau ! Lobak merah kaya vitamin A dan mempunyai vitamin C, B6 juga mineral potasium, zat besi, magnesium dan kalsium.

3. Lobak putih / white radish

Lobak putih ni Ida pernah juga cuba tapi tak sedap atau tak pandai masak. Hehe.. Selalunya orang buat sup la. Tak sedap sikit pun tak apa, pandailah bagi sedap.. janji ia adalah milk booster dan anak dapat susu cukupkan.

Sup sawi lobak putih - Credit


4. Halba / fenugreek

Banyak juga supplemen yang ditambah halba ni, bolehlah try tengok serasi tak. Paling senang, masukkan halba dalam masakan kita. Ada yang tak tahan sebab panas dan tinggalkan bau. So mula dengan sikit2 dahulu, check toleransi baby kita, sebab herba dan jamu yang dimakan ibu boleh beri kesan 'panas' pada bayi. Resepi untuk halba selalunya kita buat karilah. Sedapp ! Bolehlah layan kari ayam sebagai milk boosterkan.

5. Kurma / dates

Ha..senang. Sudahlah sedap, senang dah dapat di Malaysia. Boleh pula dimakaan terus atau dibuat jus kurma. Kurma mengandungi potasium, protin, kalsium, zat besi, magnesium, vitamin c, b6 juga serat.  Memang antara makanan penggalak susu terbaik.

6. Longan kering

Longan ni selalu kita buat air la, air longan atau lai chi kang. Nyamannn.. Jika berpantang minuman sejuk, jangan minum airnya, kita pow ja buah longan tu tapi untuk menjadi milk booster bukanlah seketul dua, kenalah banyak2. Longan kering boleh didapati di supermarket dan boleh direbus untuk diminum airnya juga.



7. Alfalfa 

Alfalfa ni kalau tak sebabkan Shaklee ada tablet yang mudah dimakan, saya pun tak kenal. Memang merupakan most wanted di kalangan ibu menyusu. Sayur Alfalfa dah banyak jual di supermarket. Untuk masakan, saya cadangkan buat macam sayur taugeh. :D

Roti bakar+cheese+tomato+ alfalfa - Credit


8. Soya

Walaupun minuman soya senang nak dapat, pilihlah yang dibuat fresh, bukan yang air kotak dengan tambahan perisa tiruan tu. Cuma kena berpada kalau rebus soya sendiri atau pilih yang sumber organik ya. Saya minum ESP Shaklee berasaskan soya yang confirm berkualiti tinggi, organik, tanpa GMO sebagai minuman banyakkan susu ibu.

esp shaklee penggalak susu
Minuman protin ESP

9. Spirulina 

Spirulina ni mudah didapati dalam bentuk kapsul. Milk Booster ini mengandungi potasium, magnesium, zat besi dan vitamin c.

10. Sup betik bersama ikan 

Ini adalah milk booster dan sup favourite kaum Cina semasa berpantang juga . Bolehlah cuba !

11. Barli 

Barli menyejukkan badan yang panas juga milk booster untuk banyakkan susu ibu. So, jangan sedih2. Banyak rupanya minuman yang sedap-sedap boleh diminum ibu untuk banyakkan susu. Kena try dan error mana yang paling menjadi dengan kita.

12. Halia 

Senang ni. Kat dapur semua orang mesti ada. Selain buang angin, halia juga boleh jadi milk booster untuk sesetengah ibu.

13. Air kelapa 

Ramai ibu yang berpantang air kelapa lepas bersalin. Namun, air kelapa adalah minuman berkhasiat dan boleh menjadi minuman penggalak susu. Kalau badan tahan, bolehlah cuba tapi jangan masa berpantang 40 hari pula. Yang tak tahan boleh bentan tau.

14. Pegaga 

Wahh.. ini memang boleh dibuat ulam. Sukalah penggemar ulam ya. Jus pegaga juga boleh diminum ibu sebagai milk booster ok.

15. Brokoli 

Ada yang makan brokoli susu bertambah banyak. Bestkan ! Brokoli boleh digoreng tanpa minyak, dibuat sup sayur campur atau dimasak stim sahaja.

16.  Keju / cheese

Keju tinggi kalsium dan dibuat dari susu. Kawan saya ada yang berselera makan cheese cake dan keju chander sebab lepas tu susu banyak dan meriah. So, bolehlah tapau cheese cake hari ini ibu sebagai milk booster yang super yummy.

17.  Habbatus sauda 

Supplemen habbatus sauda sekarang dah mudah didapati. Pilihkan yang berkualiti.

18. Sawi 

Makan sayur banyak-banyak termasuklah sawi yang paling senang nak dapat ni. Makan kena banyak, sikit-sikit tu, entahlah menjadi tak sebagai milk booster. Janji makan dengan gembira ya. Mood ibu mempengaruhi tau.

19. Coklat 

Heaven ni. Coklat kan boleh buat orang gembira ! Ha, bila dah gembira susu pun bukan main banyak lagi keluar. Cuma, ingat konsep.. semakin banyak permintaan, baru semakin banyak pengeluaran susu ibu. So, kenalah rajin-rajin mengepam atau menyusu terus.

20. Collagen

Tak semua collagen menjadi milk booster tau tapi Collagen yang ni berjaya menjadi milk booster saya. Ingat dulu bila terpaksa travel dan berjauhan dengan bayi dan susu drop bila kembali. Namun, selepas amalkan collagen ni, terus berjaya banyakkan susu ibu kembali. Syukur Alhamdulillah.


Harap saya semoga ibu tak putus asa dan sentiasa usahakan untuk banyakkan susu ibu. Makan dan minum dengan gembira. Mood kena happy dan tidak stress. Lebih banyak bonding dan stimulasi dengan bayi. Hisapan bayi juga antara milk booster dan stimulasi terbaik.

pengedar shaklee susu ibu
Klik untuk senarai supplemen penyusuan lengkap 

ida ahmad

About ida ahmad

Ibu kepada 3 anak ini adalah 'working from home mom' dan blogger yg sudah lama menggunakan blog sebagai medium utk berbisnes sejak 2007. Beliau positif utk memberi yg terbaik buat keluarga, masyarakat dan agama sebagai saham akhirat.