Hari ni tiba-tiba terjebak dengan kelas make up anjuran geng Shaklee juga. Sajalah suka2, isi waktu cuti sempena Hari Malaysia ni.
Deretan berus makeup.. yang baru nak mula jangan gatal bedal semua ya. |
Ini hasil selepas di touch up oleh cucu Shaklee saya, Cheq Em. Boleh tahan juga ! Nak tau macam mana transformasi ni boleh berlaku dan apa ilmu yang saya dapat hari ni??? FREE tau. Saya huraikan ya.
Cara Make Up Mudah & Ringkas
Pre-makeup..
Sebaiknya sebelum make up
1. Cuci muka dahulu.
Pencuci muka pilihan saya adalah Enfuselle Purifying Cleansing Gel.
Selain tu, Shaklee ada pencuci muka Nutriwhite Deep Foaming Cleanser dan Enfuselle Hydrating Cleansing Lotion.
Selain tu, Shaklee ada pencuci muka Nutriwhite Deep Foaming Cleanser dan Enfuselle Hydrating Cleansing Lotion.
2. Tempek2kan toner dengan guna kapas.
Antara pilihan toner yang ada dalam rangkaian beauty Shaklee adalah Enfuselle Purifying Toner, Hydrating Toner dan Nutriwhite Soothing Radiance Whitening Softener. Fungsi toner adalah untuk tutup balik liang roma yang terbuka selepas mencuci muka.
3. Pelembab pula untuk kekalkan kelembapan kulit.
Kalau rangkaian Shaklee, korang boleh pilih Nutriwhite Daily Defense Whitening Essense, Enfuselle Balancing Moisturizer atau Hydrating Moistyrizer.
Kalau rangkaian Shaklee, korang boleh pilih Nutriwhite Daily Defense Whitening Essense, Enfuselle Balancing Moisturizer atau Hydrating Moistyrizer.
4. Kalau saya, hanya 1 yang saya letak sebelum berbedak iaitu Nutriwhite Ultimate Protection with SP15. Macam 3 in 1 dah ni bagi saya sebab memang x ada toner, pelembab & sunblock.
Make Up bermula !
1. Premier.. Kalau adalah.. Teksturnya macam losyen berwarna putih.
Tekan2 ya span tu. Jangan tinggal satu spot pun tak rata. |
2. Foundation. Pilih yang sama rona kulit. Boleh bandingkan dengan kulit di belakang tapak tangan. Boleh sapu foundation 1-3 layer sampai betul2 licin dan rata. Mak mak yang kalut 1 layer pun dah hebat !
3. Jika wajah ada parut-parut jerawat, antara lapisan foundation, boleh sapu conselor. Conselor ada bentuk pensel, stick atau bekas kecil macam eye shadow. Warna selalunya coklat tapi tak kisah sangat sebab boleh cover balik dengan lapisan foundation lagi. Tujuannya bagi kulit dark spot akibat parut jerawat, jerawat, pigmentasi jika ada boleh di hilangkan terus!
4. Sapu bedak. Boleh pilih untuk basahkan span sedikit dengan air untuk kesan yang lebih baik. Cara sapu span adalah dengan menekan bukan kuis2 atau tepuk2. Comel dah!!!
5. Setakat ke branch Shaklee teruslah pakai lipstik ya. Namun, kalau rasa nak bergaya untuk suami sekali sekala ewahhh... Bolehlah tambah eye shadow, maskara dan blusher.
Lipstik pun boleh guna berus ya. Boleh blend 2 color. Kalau nak lipstik tahan lama, boleh letak foundation juga! |
6. Selalu kalau kita beli eyeshadow yang ada 3 color, putih, cerah, gelap.. Sapu yg putih dahulu, kemudian cerah last sekali gelap. Nanti dia akan blend dan wallahh !!! Smokingg !!!!
Kalau rasa nak lebih funky, bergaya dan sweet bolehlah bermain dengan warna. Kalau rasa nak natural, earth color pun dah cukup cantik dah !
Ikut hati ni nak ada eyeshadow juga. Eyeshadow hantaran 10 tahun dulu kalau masih ada boleh guna tak? :P |
Rasanya sapu eyeshadow tak susah sangat. Kena tutup mata, sapu dan buka depan cermin. Check, nampak kemas dan balance tak mata kiri dan kanan! Ada aku kisah?? Eh kena ambil kisah ! Kang dari nak melawa, jadi hantu tak siap pulak.
7. Eye liner bagi mata lebih galak & menyerlah. Cuma lukiskan line hitam di hujung kelopak mata semasa mata ditutup. Line bawah mata juga dilukis kalau perlu lebih penegasan. Yang ni memang kena banyak praktis. Hehe !!! Praktice make perfect kan !
8. Maskara pula untuk nampak bulu mata lebih lentik, jelas, panjang dan cantik.
Tutup mata, ready dgn maskara di hujung bulu mata dan naikkan secara zig-zag. Kalau bulu mata dah sedia panjang dan xnak over, letak maskara di hujung-hujung bulu mata sahaja.
9. Blusher a.k.a pemerah pipi. Guna berus besar, sapu pada kotak blusher warna kegemaran.. Selalu orang ambil color pink dan tarikkan dari tulang pipi ke atas. Kalau susah nak budget kat mana, kena senyum bagi terjojol naik bulat di pipi tu.
Anak dara i tidak ketinggalan! Setelah lama geram dengan deretan mekap yang terbentang luas , terimalah 'tara ku cha cha' |
10. Warnakan kening juga kalau banyaakk sangat masa. Apa ke namanya tah. Tapi macam pensel. Berus pula bentuk bengkok.
11. Kalau hidung tak berapa mancung, boleh mancungkan dengan makeup juga. Warnakan warna gelap pada tepi hidung dan warna cerah di tengah hidung. Macam pembayanglah jadinya. Aritu akak terlupa nak request bagi hidung mancung. Jadinya maintan kembang setaman.
Hidung bertukar menjadi mancung dan cun melecun. |
3 kiri tukang makeup, 3 tengah model yang kebabom, hujung kanan, makeup artis i :D |
Bestkan!!!
Mekap kelas percuma anjuran geng shaklee ni yang sangat best.. bolehlah makeup bila rasa perlu dan teringin.. dah ada ilmukan.. jangan lupa cuci muka sebelum dan selepas bersih2 tau untuk buang semua bahan kimia yang ada pada bahan mekap tu. Sebelum tidur make sure wajah dah bebas segala bahan kimia dan tidurlah dengan merehatkan sel-sel wajah untuk rejuvenation semula.
Your Trusted Shaklee Independent Distributor
Ida Khairani
013 488 2382
http://www.mysupervitamins.com
Mekap kelas percuma anjuran geng shaklee ni yang sangat best.. bolehlah makeup bila rasa perlu dan teringin.. dah ada ilmukan.. jangan lupa cuci muka sebelum dan selepas bersih2 tau untuk buang semua bahan kimia yang ada pada bahan mekap tu. Sebelum tidur make sure wajah dah bebas segala bahan kimia dan tidurlah dengan merehatkan sel-sel wajah untuk rejuvenation semula.
Your Trusted Shaklee Independent Distributor
Ida Khairani
013 488 2382
http://www.mysupervitamins.com