Makanan Sihat Untuk Ibu Mengandung

Asal mengandung ja penat. Asal penat ja mengandung. Belum kira MC lagi tu. Ramai wanita hadapi situasi macam ini. Bukan anda seorang. Berbeza dengan ibu mengandung lain, kawan saya ni berjaya mendaki walaupun mengandung 7 bulan. Makanan sihat untuk ibu mengandung sangat penting untuk ibu hamil kekal aktif.



Nak tahu rahsianya? Ni beliau cerita sendiri tau. Boleh follow tip yang diberikan.


Ibu Hamil Kuat Boleh Naik Flight & Panjat Candi Borobudur! Fuyooo! from iReach HD on Vimeo.

Apa makanan sihat untuk ibu mengandung yang mereka perlu ambil?



Hidangan makanan ibu mengandung harus merangkumi variasi makanan dari 4 kumpulan makanan ni ok.

  • BUAH dan SAYUR. Yang terbaik adalah buah segar. Kalau sukar dan lebih suka yang sejuk, dalam tin, buah kering atau dalam jus pun boleh. Asal ibu hamil nak makan. Ambil 5 hidangan buah dan sayur sehari kerana makanan ni kaya vitamin dan serat! Buah epal hijau dan mangga adalah antara buah kegemaran ibu mengandung yang sihat dan sedap!
  • Makanan BERKANJI. Roti, nasi, pasta dan kentang ! Pelbagai menu untuk penuhi selera ibu. Tak lalu? Ambil sekadar yang lalu dan boleh ulang ulang makan :). Waktu mengandunglah anda boleh makan tanpa rasa bersalah.
  • Makanan kaya PROTEIN. Contohnya daging dan ayam tanpa lemak, ikan, telur dan kekacang. Walaupun ibu mengandung sangat digalakkan ambil makan berprotein, kawal makanan makanan yang sangat berminyak dan tinggi kolestrol, paling baik pilih yang kurang LEMAK. Kita tak nak ibu mengandung yang tinggi kolestrol. Bukan saja tidak sihat, malah takut nanti susah nak turun berat selepas melahirkan nanti.
  • Tenusu : Susu, keju dan yagult yang kaya KALSIUM. Penting ibu hamil ambil kalsium demi pembinaan tulang bayi dalam kandungan tu. Gigi bayi pun insyaAllah tumbuh elok dan cantik ja nanti kalau ibu mengandung mengamalkan kalsium mencukupi sejak dari awal.

Walaupun tak lalu makan, ibu mengandung support la nutrisi diri dengan supplemen sekurang-kurangnya. Bukan saja badan cergas, mood pun gembira dan tenang ja tau. Saya pun wajib ambil sebab masa mengandung anak ketiga-tiga, saya perlu menjaga kedua anak saya yang kebanyakkan masanya seorang diri. Ini kerana, suami saya sering out station.

Alhamdulillah, makanan sihat untuk ibu mengandung banyak membantu saya kekal sihat dan aktif juga melahirkan bayi yang cerdik juga. Saya mengamalkan B Complex, Vitalea, Vitamin C dan Ostematrix ! Supplemen asas ni saya ambil dari mengandung hinggalah sekarang. Lagi best, lepas mengandung, cepat SLIM tau ! Yeahh !!! Jom cergas sama2 !

Ida Khairani
013 488 2382
admin@mysupervitamins.com

ida ahmad

About ida ahmad

Ibu kepada 3 anak ini adalah 'working from home mom' dan blogger yg sudah lama menggunakan blog sebagai medium utk berbisnes sejak 2007. Beliau positif utk memberi yg terbaik buat keluarga, masyarakat dan agama sebagai saham akhirat.