Cara Elak Sembelit Selepas Bersalin

Adalah biasa jika ibu yang bersalin tak membuang air besar selepas satu atau dua hari bersalin. Alhamdulillah, masa melahirkan anak ketiga, hari pertama saya dah membuang air besar tanpa mengalami sembelit langsung walaupun mengalami luka jahitan yang besar.


tip elak sembelit masa pantang


Sebenarnya satu per lima ibu yang bersalin memang agak trauma nak membuang terutama di tandas hospital sebab tidak selesa dan juga sebab bimbang akan jahitan dan lebam. Jadi, ia normal. Ada juga ibu yang trauma dan serik nak mengandung dan bersalin lagi sebab pengalaman sembelit semasa berpantang. Macam kes testimonial video di bawah ni. Macam mana beliau mengatasinya?



Antara punca dan sebab fizikal sembelit selepas bersalin dan mengapa ibu sukar menggerakkan usus adalah :

  • Progesteron yang tinggi mungkin telah menyebabkan sedikit sebanyak sembelit semasa hamil. 
  • Sistem pencernaan ibu berfungsi dengan lebih perlahan semasa proses kelahiran. 
  • Ubat yang diberi untuk kelegaan sakit semasa proses kelahiran, seperti petidina boleh menyebabkan usus ibu berfungsi dengan lebih lembab dari biasa. 

Kemungkinan SEMBELIT lebih tinggi jika ibu yang bersalin: 

  • melalui kelahiran bayi yang dibantu, seperti forseps atau vacuum.
  • pernah melahirkan anak sebelum ini.
  • mengambil pil zat besi atau ubat antidepresi, yang kedua-dua boleh menyebabkan sembelit.
  • ibu ada menerima jahitan. 

Bagaimana ibu boleh meredakan dan elak sembelit selepas bersalin? 

  • Mula dengan rutin makan dan minum dengan teratur sebaik saja bersalin.
  • Pilih makanan tinggi serat seperti buah-buahan. Oren bagus !
  • Minum banyak air kosong. 
  • Cecair akan bantu najis lebih lembut dan senang untuk dilepaskan sekaligus elak sembelit.
  • Keadaan di hospital sangat keying dengan aircond jadi mudah ibu untuk terhidrat tanpa ibu sedar.
  • Menyusu bayi membuatkan ibu lebih kurang air jadi ibu yang bersalin dan berpantang wajib minum air dengan banyak.

Rahsia Kami Elak Sembelit Selepas Bersalin dengan Lebih Mudah!



 


Ibu Muda Ini Serik Nak Beranak Lagi Sbb Seksa Pantang. Apa Yg Buat Dia Berubah? from iReach HD on Vimeo.


Ya, kami mengamalkan Set Berpantang Shaklee yang sangat membantu memudahkan proses berpantang dan elak sembelit selepas bersalin ! Dalam Set Berpantang terdapat Vitalea, Zink, B Complex, Vitamin C dan tambahan ESP dan Ostematrix sangat membantu meredakan SEMBELIT.



Cara Elak Sembelit Selepas Bersalin dengan Kalsium


Faedah kalsium Ostematrix yang lengkap dengan magnesium dan beberapa mineral penting lain memberi faedah buat ibu berpantang yang mudah kena sembelit. Kalsium membantu regangan muscle supaya lebih fleksibel dan seperti kata testimonial kita, najis terasa lembut


Selain tu, kalsium membantu menghilangkan sakit pinggang dan belakang juga kebas tangan yang kadang-kadang dialami oleh ibu berpantang dan menyusu akibat kekurangan kalsium. Maklumlah ibu menyusu berkongsi sumber kalsium dengan bayi dan badan kita akan memberi keutamaan kalsium untuk penghasilan susu ibu. Kalau tak nak sakit berterusan, nak gigi dan tulang kuat, cepat-cepatlah amalkan kalsium.

Untuk Set Berpantang Shaklee yang lebih lengkap, mudah dan menyeluruh, saya sangat syorkan tambahan vitamin berikut:

Vitalea : Fungsi Multivitamin Selepas Bersalin



Vitalea dirumus lengkap dengan vitamin dan mineral yang dapat membantu pemulihan dan kecergasan badan. Vitalea membantu menutup kekurangan nutrisi penting dalam diet harian, apa lagi diet ibu semasa berpantang yang sangat limited. Dengan amalan harian Vitalea, faedah yang boleh memberi bonus pada ibu berpantang adalah dapat meningkatkan kesihatan secara menyeluruh, menyokong jangka hayat hati, usus dan mata, meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imun dan memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas. InsyaAllah ibu akan lebih cergas semasa berpantang. Vitalea berbeza dari pil zat besi lain kerana ia lengkap dengan vitamin dan mineral yang membantu keberkesannya. Tak percaya? Kena cuba dulu !

Zink : Mengapa Ibu Bersalin Perlu Ambil Zink ?





Zink ni murah ja tapi khasiat Zink ni sangat bagus tambah-tambah untuk ibu berpantang. Wajib ambil ! Zink banyak terlibat dalam tindak balas enzim dalam banyak aktiviti badan kita ni. Ikan haruan juga mengandungi tinggi zink dan memang menjadi menu utama mak berpantang demi bantu baik pulih luka-luka selepas bersalin. Selain tu Zink bantu ingatan juga. Kan ka mak-mak lepas bersalin urat banyak putus, ingatan pun makin kurang. :D Zink juga mengurangkan rambut gugur yang sering dialami oleh ibu selepas bersalin.

Vitamin C : Bagaimana Vitamin C Membantu Ibu Selepas Bersalin 




Vitamin C adalah anti oksida yang kuat yang ibu bersalin perlukan. Vitamin C membekalkan nutrien yang menyokong kesihatan jantung, tingkatkan imun badan ibu dan bayi yang menyusu badan, keutuhan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan pembuluh darah. Vitamin C membantu meningkatkan penyerapan zat besi dari Vitalea dan mengurangkan risiko anemia dan kurang darah buat ibu berpantang. Pengambilan Vitamin C membantu ibu pulih jika jatuh sakit atau bentan semasa berpantang. Jadi ibu dapat menjaga bayi dengan lebih bertenaga.

B Complex : Cara B Complex membantu Ibu Selepas Bersalin



Vitamin B yang lengkap dengan 8 jenis vitamin B termasuk asid folik dan biotin ni memang ekslusif. Kalau brand lain mungkin tak lengkap 100% sebab biotin ni mahal tau. Khasiatnya pula bantu ibu berpantang lebih cool, tenang, relax dan tak murung ! Penting tu untuk elak meroyan atau mood swing. Tambah-tambah kalau ibu menyusu. Nak susu meriah, emosi kena stabil dan gembira. B Complex juga bantu beri tenaga kerana menggalakkan metabolisme dengan menukarkan makanan ke bentuk tenaga.

Protin ESP : Kenapa Ibu Bersalin Patut Ambil ESP



ESP adalah formula protein yang bantu ibu rasa kenyang dan bertenaga. Ibu berpantang memang mudah penat kerana masih dalam fasa pemulihan jadi sangat perlukan protein rendah indeks glisemiks ini. Yang lebih best, ia menggalakkan pengeluaran susu ibu, mencantikkan kulit dan bantu ibu menyusu untuk lebih cepat turunkan berat.




Sebagai ibu yang masih menyusukan anak yang kini berusia 13 bulan dan fully breastfeeding kesemua anak-anaknya serta memilih berpantang cara moden selepas bersalin, saya memang mengamalkan kesemua vitamin semasa berpantang Shaklee ni. Alhamdulillah sangat mudah, serasi dan berkesan dan yang pasti cara ini berkesan untuk elak sembelit selepas bersalin dengan jayanya !!!

Anak saya pun tak ada masalah semasa saya mengamalkan Shaklee. Orang kata kesan kalau tak jaga pantang, akan nampak di usia tua atau selepas itu.. Sakit urat la, cepat penatlah, susu kuranglah. Alhamdulillah, bagi saya so far so good. Saya tak mengamalkan sebarang jamu semasa berpantang tetapi tetap mengikuti petua berpantang mudah lain dan Alhamdulillah sihat dan cergas hingga kini dan tak sembelit juga kerana walaupun lepas berpantang saya masih meneruskan pemakanan vitamin. Berat pun back to normal. Yippie !!!

Pasti anda pun nakkan anak yang sihat dan diri sendiri kekal cergas sampai bila-bilakan, insyaAllah.

Sekiranya anda mengalami masalah sembelit selepas bersalin dan ingin mendapat vitamin semulajadi Shaklee yang terbukti berkesan, dapatkannya dengan saya. Sebarang pertanyaan termasuklah cadangan mengikut budget anda, boleh hubungi saya sekarang juga!






Ketahui



dan


Juga






Nak berniaga dan jana pendapatan dengan Shaklee secara online? Semuanya di hujung jari sahaja. Anda boleh menggenggam pasif side income atau pendapatan aktif 3-4-5 angka hanya menggunakan medium blog, lebih-lebih lagi jika anda sememangnya seorang blogger tegar! 
Perniagaan Shaklee juga boleh dijalankan secara direct atau offline jika itu menjadi kepakaran anda.




Jangan ragu-ragu untuk bertanya kerana saya sedia membantu anda. Untuk order, boleh isi form online dengan boleh klik gambar di bawah atau hubungi saya.




Order / Pertanyaan :
Whatapps / SMS : 013 488 2382
Email : admin@mysupervitamins.com
COD : Shah Alam, Bandar Bukit Raja, Setia Alam
Pos ke seluruh Malaysia

ida ahmad

About ida ahmad

Ibu kepada 3 anak ini adalah 'working from home mom' dan blogger yg sudah lama menggunakan blog sebagai medium utk berbisnes sejak 2007. Beliau positif utk memberi yg terbaik buat keluarga, masyarakat dan agama sebagai saham akhirat.