Cara Menyimpan Susu Ibu Perahan (EBM)
Pastikan simpan EBM di dalam bekas yang bersih dan bertutup
- bekas storage plastik, botol susu tanpa puting BPA free, bekas dadih.
Botol simpanan perahan susu ibu ebm |
Bekas simpanan perahan susu ibu ebm |
Plastik penyimpanan EBM |
Labelkan tarikh dan masa pada setiap bekas
-Gunakan yang terlebih dahulu diperah
Tempoh masa Susu Ibu ( EBM) boleh bertahan
- Peti sejuk beku( freezer) - 3 bulan
- Rak pertama bawah freeser - sehingga 48 - 72 jam
- Suhu bilik - sehingga 4 jam. Ada yang sehingga 8 jam
* Setiap ibu mempunyai susu ibu yang unik. Jadi ibu boleh memastikan dahulu sama ada susunya masih elok sebelum diberikan pada anak. Mungkin ada susu ibu yang hanya bertahan selama 4 jam pada suhu bilik, mungkin orang lain yang 6 jam.
Gambar tempoh penyimpanan susu ibu EBM |
Cara penyediaan Susu Ibu( EBM)
-Susu ibu tidak boleh dimasak.
-Panaskan dengan merendam bekas susu ke dalam air suam panas.
-Boleh juga gunakan food/milk warmer elektrik.
Milk Warmer |
* Baki susu ibu yang telah dipanaskan tidak boleh disimpan semula untuk kegunaan hadapan.
Ibu berpantang sepatutnya sudah mula menyimpan bekalan susu sebagai stok untuk kembali bekerja. Ibu juga sepatutnya memulakan latihan memberikan susu ibu perahan supaya bayi dapat menyesuaikan diri.
Sebagai panduan untuk latihan memberikan susu ibu EBM kepada bayi.
Hari 1-3 :
Sarapan : EBM
Minum pagi: Susu ibu
Tengah hari : Susu Ibu
Minum Petang : Susu Ibu
Hari 4-6
Sarapan : EBM
Minum pagi: EBM dan Susu ibu
Tengah hari : Susu Ibu
Minum Petang : Susu Ibu
Hari 7-9
Sarapan : EBM
Minum pagi: EBM dan Susu Ibu
Tengah hari : EBM dan Susu Ibu
Minum Petang : Susu Ibu
Hari 10-13
Sarapan : EBM
Minum pagi: EBM dan Susu Ibu
Tengah hari : EBM
Minum Petang : EBM dan Susu Ibu
Malam: Susu ibu sahaja.
Stok EBM : Untuk membuat bekalan dan menambah stimulasi, teruskan memerah selepas bayi menyusu direct.
Penyusuan lebih mudah dengan latihan dan jika ibu memahali cara perahan yang betul.
Lakukukan dengan gembira kerana kita sedang memberikan susu yang terbaik di dunia iaitu susu ibu, susu badan kita sendiri.
Link : Ibu boleh mengambil supplemen untuk menyokong kesihatan dan memudahkan tempoh perjalanan penyusuan susu ibu jika berkemampuan.
Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056
Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :)