Kencing kotor semasa mengandung


Warna Urin sebenarnya merupakan petunjuk pada sesuatu penyakit dan apa yang badan sedang alami. Sebab itu pentingnya ibu hamil untuk menjalani ujian air kencing. Ini mungkin bakal menyelamatkan nyawa dan mengelak dari penyakit tertentu.  Jadi, jangan lari ya dari buat urin test.

Jenis warna urin/air kencing dan puncanya

    • Kuning pucat - normal
    • Kuning cerah - akibat pengambilan B Complex
    • Kuning gelap - dehidrasi, kurang air selepas mengambil vitamin
    • Kecoklatan - pengambilan ubat-ubatan atau mengalami masalah organ hati
    • Oren - dehidrasi atau kesan pengambila Caratomax
    • Keruh - UTI/ Urinary Track Infection/ jangkitan disaluran kencing/ kencing kotor
    • Kemerah-merahan - jangkitan buah pengging atau penyakit berkaitan
    • Kebiru-biruan - kesan pengambilan ubat atau akibat penyakit Blue Diaper Sydrome

Jadi, ketahuhilah apabila warna urin berubah selepas mengambil vitamin Shaklee, terutama yang mengandungi B-Complex, ia adalah normal. Biasanya ia akan menjadi kuning cerah (Urin biasa berwarna kuning pucat). Ini adalah kerana vitamin B merupakan vitamin larut air dan Riboflavin yang tidak diserap, disingkirkan melalui air kencing dan memberi warna kuning cerah kepada urin.

Sekiranya warna urin adalah kuning cerah, maka tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Sebaliknya jika kuning yang gelap, ia menandakan tubuh menghadapi kekurangan air (dehidrasi) dan perlu minum lebih banyak air. Ia merupakan satu petanda bagus iaitu tubuh kita bertindakbalas dengan baik terhadap vitamin B tersebut.

Namun sekiranya warna tersebut bertukar menjadi pelik (rujuk di atas), sila lah berjumpa doktor dengan kadar segera.



Untuk mencegah dari mengalami kencing kotor yang sering dialami semasa ibu mengandung, amalkan

  • Vitamin C- bersifat asid jadi menjadikan air kencing berasid dan mencegah pertumbuhan bakteria dalam saluran kencing.
  • Zink - bantu penyerapan vitamin c. Selain itu ia meningkatkan imun sistem untuk melawan bakteria dan jangkitan penyakit termasuk UTI(Urinary Tract Infection)
  • Vitamin A atau Caratomax - meningkatkan imun sistem dan membantu menghasilkan sel darah putih dan limfosit, yang memusnahkan bakteria berbahaya, kulat dan virus yang menyebabkan pelbagai jangkitan, termasuklah di saluran kencing.
  • Alfalfa - untuk pelawasan
  • Minum banyak air
  • Makan buah nenas dan jus cranberry
  • Jangan tahan air kencing
  • Amalkan tabiat yang baik selepas buang air kecil atau besar. Pastikan alat sulit dibersihkan dari depan ke belakang supaya kuman tidak dibawa ke pundi kencing.

Bagi yang sudah mengalami kencing kotor, anda perlu

  • doctor akan memberi anti biotik sebagai rawatan
  • minum air banyak
  • cuba jus cranberis untuk meneutralkan kembali air kencing anda
  • jangan tahan kencing
  • jika puncanya adalah kencing tidak lawas, boleh cuba Alfalfa untuk membantu pelawasan
  • kurangkan intake protein dalam menu harian 
  • kerap tukar pantyliner
  • jika kandungan protein tinggi, selain mengurangkan intake protein, boleh tambah vitamin A & K untuk membantu proses protein.


Ida Khairani
www.MySuperVitamins.com

ida ahmad

About ida ahmad

Ibu kepada 3 anak ini adalah 'working from home mom' dan blogger yg sudah lama menggunakan blog sebagai medium utk berbisnes sejak 2007. Beliau positif utk memberi yg terbaik buat keluarga, masyarakat dan agama sebagai saham akhirat.