Jika anda bakal ibu yang mencari info tentang apa untungnya menyusu bayi anda, saya akan beri jawapannya. Jika anda ibu yang belum pernah menyusu ibu, mungkin anda perlu merenung semula. Ini kerana, kebaikan menyusu ini bukan sahaja untuk bayi tetapi faedahnya para ibu juga akan dapat.
1. Jika anda takut susah untuk menurunkan berat badan selepas beranak, anda boleh melangsingkan badan dibantu dengan sedikit senaman dengan menyusu bayi. Rahim yg mengembang ketika mengandung lebih cepat kecut dengan kehadiran hormon dipanggil Oxytocin yang dirangsangkan melalui hisapan bayi. Ia juga mengurangkan risiko pendarahan berlebihan dan risiko mendapat kanser buah dada juga ovari.
2. Terfikir kaedah semulajadi untuk merancang keluarga kerana penyusuan ibu dengan sepenuhnya selama enam bulan pertama mampu menunda kedatangan haid. 98 peratus kehamilan dapat dielakkan walaupun anda melakukan hubungam kelamin dengan suami. Secara tidak langsung menyusu badan menjadi salah satu kaedah berkesan merancang keluarga.
3. Kalau nak tahu, walaupun anda seorang yang brutal, naluri keibuan akan menyerlah dan ikatan kasih antara anak dan ibu bakal terjalin dengan menyusui bayi anda. Sebabnya semasa menyusu sejenis hormon dipanggil prolaktin terhasil dalam badan ibu. Hormon ini dapat mempengaruhi dan merangsangkan perasaan keibuan.
Sewaktu menyusu juga bau ibu, sentuhan dan wajah akan terakam pada ingatan bayi yang masih kecil itu. Proses penyusuan membantu bayi lebih mengenali ibu dan paling penting mereka dapat merasakan kehangatan kasih si ibu. Anak akan lebih mesra dan kasih sayang mereka lebih mendalam pada ibu.
4. Senang dan sentiasa anda. Kalau kita melihat si ibu terpaksa bersusah payah menyediakan peralatan membancuh susu ketika berjalan, ibu yang menyusu badan hanya perlu membawa diri mereka sahaja. Mereka juga tidak perlu bimbang kehabisan air untuk membancuh susu andai terperangkap di dalam kesesakan jalan raya. Susu badan sedia ada, bersih dan terjamin selamat. Susu badan dapat menjimatkan kos belanja, masa dan tenaga.
Tanggapan banyak buah dada jatuh atau melendur kerana menyusu badan juga kurang tepat. Bentuk buah dada berubah semasa hamil dan mungkin mereka tidak bercoli, diikuti tarikan graviti ataupun usia semakin lanjut. Untuk itu pastikan ibu-ibu memakai coli sesuai sepanjang tempoh kehamilan dan sewaktu menyusui bayi.
- Posted using BlogPress
Cara mudah nak kembali kurus
About ida ahmad
Ibu kepada 3 anak ini adalah 'working from home mom' dan blogger yg sudah lama menggunakan blog sebagai medium utk berbisnes sejak 2007. Beliau positif utk memberi yg terbaik buat keluarga, masyarakat dan agama sebagai saham akhirat.
Post a Comment