Sebenarnya sepanjang saya menyusukan kedua anak saya, saya tidak pernah mengalami susu bercampur darah. Atau
Mungkin saya tak perasan kerana saya menyusu secara terus. Jika ibu yg aktif mengepam, situasi susu bercampur darah dapat dikenal pasti dengan lebih jelas.
Perlukah risau jika susu ibu bercampur darah?
Jika keadaan berlarutan, ya ibu perlu mendapatkan nasihat pakar. Namun, selalunya ia akan sembuh dan beransur pulih selepas 1-2minggu. Ibu perlu tahu punca dan merawatnya.
Antara yg boleh dilakukan adalah
- rawat nipple cracked jika itu puncanya
- pastikan latching betul @ lekapan
- lakukan teknik marmat @ express dengan tangan secara betul dan lembut
- pastikan pam dengan menggunakan teknik yg betul - suction & speed yg sesuai
- jika berlaku engorgement / bengkak susu, rawat dengan betul. Jangan biarkan payudara penuh dan tidak dipam. Konsisten kosongkan susu utk elak payudara bengkak.
Ok.. Dah cerita apa yg perlu dibuat dalam tempoh pemulihan.. Kita cerita pula mengapa boleh susu ibu bercampur darah?
1. Cracked Nipple..
Hingga membuatkan puting melecet dan berdarah. Selalu berpunca dari teknik lekapan yang salah. Jadi pastikan ibu yg sering sakit semasa anak menyusu untuk train anak melekap dengan betul. Boleh tengok link ni saya dah pernah share.http://www.mysupervitamins.com/2011/11/teknik-lekapanlatching-yang-betul.html
2. Vascular engorgement @ Rusty Pipe Sydrome
Susu ibu bercampur darah yg disebabkan oleh pendarahan dalaman yg kecil berpunca dari peningkatan aliran darah dan pengembangan tisu payudara di akhir kehamilan. Selalu jadi utk 1st time mom & sewaktu awal kelahiran. Kadang2 sebelah & kadang2 kedua-dua belah payudara. Namanya Rusty-pipe syndrome sebab warna macam karat pada susu. Selalunya akan hilang 1 minggu kemudian.
3. Broken Capilaries
Berpunca bila payudara dikasari contoh teknik perahan tangan yg tidak betul atau pam yang tak digunakan dengan betul. Ini menyebabkan tisu payudara rosak dan berlaku pendarah kecil di mana darah keluar bersama susu.
4. Intraductral Papillomas
@ Fibracystic breast condition .. Susu ibu
bercampur darah yang berpunca dari tumor yg kecil dan tidak merbahaya dalam milk ducts. Selalunya ketulan tidak dapat dirasai & pendarahan akan berhenti dengan sendirinya.
Jika masih ada darah walaupun selepas 2 minggu, jumpa pakar. Ikuti panduan di atas utk pulihkan keadaan.
Adakah susu ibu berdarah selamat diminum? Terdapat pendapat berbeza di kalangan pakar.
Kebanyakan menyatakan ia selamat. Namun tempoh penyimpanan susu ibu bercampur darah adalah terhad dan berbeza
- tak boleh disimpan sebagai stok beku
- beri susu bercampur darah dahulu, baru susu ibu biasa.
Harap membantu!
By:
Ida Khairani Ahmad
admin@mysupervitamins.com
Shaklee ID 846056