Semasa mengandung, kadang kadang akan berlaku bengkak di pergelangan kaki atau jari jari kaki. Ia sebenarnya tanda yang menunjukkan yang ibu mengalami air berlebihan dalam badan. Ia dianggap normal. Jika bengkak berlaku di bahagian lain dengan tiba tiba, jangan tunggu lagi untuk berjumpa doktor.
Credit
Kemungkinan besar praeklampsia telah berlaku. Praeklampsia selalunya berlaku pada peringkat kedua kehamilan. Ia bercirikan tekanan darah yang tinggi..bengkak tiba tiba dan kenaikkan berat badan dengan cepat disebabkan pengumpulan air dalam badan dan protein dalam air kencing.
Praeklampsia yang lebih serius boleh menjejaskan sistem badan jadi praeklampsia perlu dikawal supaya tidak menjadi serius. Oleh kerana ia mengurangkan aliran darah ke plasenta, praeklampsia yang serius boleh membahayakan bayi dalam kandungan. Ia boleh menyekat tumbesaran bayi sebab oksigen atau nutrien tak mencukupi. Jadi, jika ibu syak mengalami ciri ciri praeklamsia iaitu bengkak bengkak di bahagian lain badan , segera jumpa doktor.
Jika praeklamsia melarat menjadi eklampsia, tekanan darah akan menjadi sangat tinggi dan membahayakan bayi dan ibu. Eklampsia boleh sebabkan sawan yang boleh ragut nyawa or koma. Sekiranya eklampsia berlau, selalunya pada peringkat akhir kehamilan.
Info Praeklampsia semasa hamil
Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056
Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :)
About ida ahmad
Ibu kepada 3 anak ini adalah 'working from home mom' dan blogger yg sudah lama menggunakan blog sebagai medium utk berbisnes sejak 2007. Beliau positif utk memberi yg terbaik buat keluarga, masyarakat dan agama sebagai saham akhirat.
Post a Comment