Bila menyebut tentang kencing manis atau diabetes, selalunya nasihat yang selalu kita dapat “Jangan makan manis-manis, nanti kena kencing manis”. Benarkah pendapat itu? Benarkah pengambilan gula menyebabkan penyakit diabetes atau kencing manis?
Sebelum itu jom kita kenali apakah gula sebenarnya.
Gula adalah sejenis karbohidrat yang dipanggil ‘simple carb’. Ini kerana gula biasanya dalam bentuk monosakarida atau disakarida yang mudah diuraikan untuk diserap oleh tubuh. Glukosa adalah sumber tenaga yang paling bagus untuk sel otak dan saraf. Glukosa ini adalah gula dalam darah kita.
Glukosa akan ditukarkan menjadi tenaga untuk sel, umpama minyak kepada kereta. Glukosa yang berlebihan dan tidak digunakan akan disimpan di dalam hati, otot dan juga menjadi lemak.
Tubuh kita yang istimewa ini telah direka khas untuk mengawal kadar gula dalam darah. Apabila kadar gula dalam darah meningkat, glukosa berlebihan akan disimpan di dalam hati sebagai glikogen. Yang berlebihan lagi akan disimpan dalam bentuk lemak badan.
Manakala bila kadar gula dalam darah berkurang, misalnya semasa puasa, hati dan otot akan mengeluarkan glikogen tadi, ditukarkan menjadi glukosa, seterusnya menjadi tenaga.
Kestabilan kadar gula dalam darah dijaga oleh organ pankreas yang menghasilkan insulin dan glucagon. Insulin umpama ‘kunci’ kepada glukosa untuk disimpan dalam badan kita (sebagai glikogen dalam hati/otot). Apabila tahap gula dalam darah mencapai 110mg/dL, insulin akan menghantar isyarat agar glukosa berlebihan disimpan sbagai glikogen.
Manakala glucagon pula sebaliknya, bila kadar gula dalam darah menjadi rendah, ia menghantar signal kepada tempat penyimpanan glikogen tadi aar mengeluarkan glukosa.
Jadi, secara semulajadi tubuh kita mempunyai mekanisma khas untuk mengawal kadar gula dalam darah.
Apabila organ2 dan hormon yang terlibat dalam proses ini tidak berfungsi dengan baik, dari situlah timbulnya sakit kencing manis dan hypoglycemia. Bagi pesakit kencing manis, ada 2 jenis: diabetes type 1 & diabetes type 2,
Diabetes type 1 berlaku bila tubuh tidak menghasilkan insulin, atau terlalu sedikit dan tidak mencukupi untuk mengawal kadar glukos.
Manakala diabetes type 2 berlaku bila insulin yang dihasilkan sedikit, atau tubuh yang menghalang insulin berfungsi dengan baik. Dengan kata lain, sel badan tidak bertindakbalas dengan insulin.
Jadi dalam kedua2 kes, kadar glukos dalam darah tidak dapat dikawal, maka terjadikan kencing manis.
Penderita hypoglycemia pula mengalami keadaan di mana kadar gula dalam darah yang tak mencukupi lalu otak tidak mendapat cukup bahan api untuk berfungsi dengan baik.
Apakah rawatan yang sesuai untuk kencing manis?
Bagi penderita diabetes type 1, mereka memerlukan suntikan insulin kerana tubuh mereka tak menghasilkan insulin. Namun penyakit ini berkait rapat dengan diet, jadi penderita kencing manis harus memastikan mendapat khasiat seimbang dari makanan, terutama vitamin B complex yang membantu menukarkan glukos kepada tenaga, dan fiber yang boleh membantu menurunkan kadar gula dalam darah.
Zink dipercayai berupaya memperkuatkan insulin. Vitamin C pula membantu mempertingkatkan penghasilan insulin. Pengidap kencing manis juga perlu mengawal pengambilan protein yang kompleks dan berlemak. Dapatkan altenatif protein sayuran seperti protein soya kerana ia kurang membebankan buah pinggang untuk diproses dan lebih ringkas.
Jika anda rasa artikel ini berguna, jangan lupa untuk kongsikan demi manfaat bersama.
Ida Khairani
www.MySuperVitamins.com
Pertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin[@]mysupervitamins[.]com dan sms ke 013 488 2382