Kurangkan lemak tepu dan kawal paras kolestrol

Salam. Breakfast apa pagi ni? Nasi lemak? Roti canai? Nasi Dagang?Mee goreng? Belum lunch lagi tu.. Nanti lunch apa apa pulak ya.. Makanan orang Malaysia ni tak berlemak dan tak berminyak..tak kow la kan.. sebab tu la ramai orang kita 'comei lotte' belaka.

Kalau kita tengok piramid makanan, agak-agak makanan berlemak ni dok area mana? portion dia banyak mana?  sikit ja kan.. Sedap memamg sedap tapi terlampau banyak lemak tepu akan meningkatkan kadar kolestrol dan membawa pada saluran darah tersumbat. Akibatnya kita berisiko untuk menghidap penyakit yang lebih serius seperi strok, serangan jantung.


Apa nak buat? Jom baca 7 tip dari bagaimana nak elakkan lemak tepu dan kawal kolestrol  (sumber dan credit to :iluvislam.com dan mamafaiz.com)

1. Kurangkan makan daging merah. Especially kat bahagian berlemak seperti tulang rusuk dan bacon... pergh mmg bestt tapiii sendiri mkn sendiri mahu ingat okey...Optionnya, sila ganti dgn ayam (daging putih), tapi ingat bahagian peha dan kepak biasanya byk lemak.

2. Gunakan lebih banyak minyak zaitun di dalam masakan. Minyak zaitun mengandungi lemak tak tepu yang mana boleh membantu menurunkan kadar kolesterol serta boleh menggantikan lemak tepu dalam masakan anda.

3. Ketahui berapa jumlah lemak yang anda perlukan

4. Elakkan makanan beku. kalau rasa tak dpat nak elak langsung.. sekurang2nya kurangkan.. tahukan anda frozen food cthnya nuget,sosej,etc mengandungi kandungan lemak tepu yang sangat tinggi.

5.  Panggang daging yang anda ingin makan.Haa ni sy baru tau..selama ni org kata panggang better daripada goreng2 tapi tak tahu kenapa kan kan... Tahukah anda, kalau anda menggoreng daging, daging tersebut akan menyerap semula lemak dan minyak yang digunakan untuk menggoreng. Sebaliknya, apabila anda memanggang daging, lemak pada daging tersebut akan mengalir keluar dan tidak akan diserap semula.

6. Tambahkan suplemen Omega-3 dlm diet harian. Omega-3 adalah sejenis asid lemak yang baik. Ia mengurangkan radang sendi, menguatkan jantung, membantu penglihatan yang baik plus bakar lemak gak..:-)).. Omega-3 ini boleh didapati dari beberapa jenis ikan seperti salmon, ikan kembung, tuna,.. Apa kata cuba suplemen Shaklee Omega guard. Ia kaya dgn Omega-3.... :-)

7. Kurangkan pengambilan harian produk tenusu. keju, susu fullcream haaa mmg lemak tepu tinggi.. Bukan minyak je ye yg ada lemak tepu.. jadi peminat2 keju dan susu full creaam tu berhati2 dan berpada2 yer.. Kalau nak amik keju, pilih keju yg berasaskan susu rendah lemak ~~~~~~~~~~~~~~~~~

selamat mengamalkan tips2 di atas (ia peringatan utk diri saya gak)

Omega Guard : Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal

OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.* Minyak Ikan Terbaik Di Dunia Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.* 

Sumber: Shaklee website

Disclaimer




Jika anda rasa artikel ini berguna, jangan lupa untuk kongsikan demi manfaat bersama.

Ida Khairani

www.MySuperVitamins.com

Pertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin[@]mysupervitamins[.]com dan sms ke 013 488 2382

ida ahmad

About ida ahmad

Ibu kepada 3 anak ini adalah 'working from home mom' dan blogger yg sudah lama menggunakan blog sebagai medium utk berbisnes sejak 2007. Beliau positif utk memberi yg terbaik buat keluarga, masyarakat dan agama sebagai saham akhirat.