Assalamualaikum pembaca. Pasti kita dah senonim dengan kata-kata ini kan "Muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, sihat sebelum sakit, hidup sebelum mati". Namun, adalah kita sedar dan berusaha sebelum tiba 5 perkara yang kemudian itu. Untuk mencapai impian kita, pastinya bermula dengan kesihatan diri. Jangan pandang rendah perkara ini. Kudrat kita masih diperlukan oleh ramai orang. Jadi, jika berkemampuan, laburkan sedikit wang untuk kesihatan diri sejak dari awal.
Mari saya kongsikan kisah mommy zura yang dipertik dari blognya.
Menyusukan bayi adalah merupakan satu pengalaman yang amat berharga buat saya. Alhamdulillah dari awal saya mengandungkan anak sulung saya, saya dah mula memasang niat yang saya hanya akan berikan susu hasil dari badan saya kepada anak saya. Walaupun pada peringkat awalnya suami saya kurang yakin dengan niat saya. Tapi alhamdulillah lama kelamaan dia mula menyokong saya dan banyak membantu saya dalam misi menjayakan penyusuan susu ibu ini.
Namun pada peringkat awal saya menghadapi banyak maslah, sampai ada dikalangan keluarga yang cakap "hye beli barang mahal-mahal mampu, tak kan nak beli kan susu anak tak boleh" Sunguh kolot pemikiran orang itu. huhhh..!! Sedih memang sedih, tapi alhamdulillah berkat ke"degilan" dan kata-kata semangat dari suami dan rakan-rakan. Alhamdulillah saya berjaya menyusukan anak-anak saya secara exclusive.
Syukur, rezeki anak saya juga murah, sampai ada yang pelik tengok saya, badan kecil tapi susu banyak. Sekali lagi saya tegaskan di sini, susu yang banyak bukan bergantung pada saiz tubuh mahupun saiz payu dara kita. Dan Alhamdulillah saya yang dulu naif tentang penyusuan susu ibu dah mampu untuk sama-sama berkongsi maklumat dan memberikan sedikit ilmu yang saya ada untuk rakan-rakan sama-sama menyusukan bayi mereka. Menyusukan anak ini ibarat kita berjuang, jika kita betul-betul yakin, bersemangat dan berusaha baru kita akan berjaya.
Dan lagi membanggankan diri saya sendiri apabila orang yang pernah mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya teruja melihat pembesaran anak saya. "Eh semangatnya dia, minum susu apa nie" dengan selamba dan pantas saya jawab " susu mommy laa kan sayang, tak kan anak manusia nak bagi susu lembu, anak manusia kenala minum susu manusia" Sorry to say dat..!!
Bercerita mengenai pengalaman saya menyusukan anak, untuk kedua-dua hero saya Amsyar dan Aisy, semasa saya menyusukan mereka, saya tidak mengambil sebarang vitamin. Saya hanya ambil kapsul Sendayu Tinggi. Memang tak dinafikan hasil susu saya sangat memuaskan. Tapi badan saya masih rasa letih. Bila Baby ketiga saya lahir, saya mula terfikir yang saya perlu "sesuatu" untuk Adam untuk pastikan saya kekal sihat dan dan menghasilkan susu yang terbaik untuk baby saya. Dan kebetulan ada kawan saya beritahu yang dia mengamalkan produk Shaklee ni, dan saya pun mula mencari info di internet sehingga lah saya jumpa blog Kak Laila. Kebetulan suami saya sememangnya ahli Shaklee dari tahun 2002. Pada mulanya saya hanya ambil vitamin asas penyusuan dari Shaklee iaitu Alfafa, B-Complex, Vitalea dan Vitamin C sahaja. Tapi sekarang saya juga telah banyak mencuba produk-produk lain keluaran Shaklee dan sememangnya saya sangat berpuas hati.
Hari pertama saya mengambil vitamin ni saya dah mula nampak kesannya, susu saya semakin pekat dan baby saya cepat kenyang. Kepekatan susu badan saya sama seperti kepekatan susu formula. Memang saya amat teruja. Walaupun sebelum ni saya menyusu kan anak-anak saya, tapi hasilnya agak berbeza dari sebelum saya mengambil vitamin tersebut. Pada hari kedua, sebelum pergi ke pejabat, seperti biasa saya akan pum susu saya. Lagi sekali saya rasa teruja kerana hasil susu yang saya pam memang menakjubkan. Biasanya sekali pam untuk kedua-dua breast dalam 10oz sahaja, tapi pagi tu saya dapat pam hampir 10oz untuk sebelah breast dan total untuk pagi sahaja saya dapat hampir 18oz. Dan Alhamdulillah hasil susu saya terus meningkat. Apa yang penting, saya kene rajin dan banyak berdoa semoga rezeki anak saya terus murah.
Akibat dari itulah, maka saya terpanggil untuk sama-sama berkongsi dengan rakan-rakan dan pembaca dan mahu semua ibu-ibu menyusukan anak mereka. Kerana bagi saya, susu badan itu adalah merupakan hak anak yang kita sebagai ibu patut beri kepada mereka, dan hakikatnya tiada wanita yang tiada susu.
Tinggi harapan saya supaya ramai lagi yang mengikut jejak mommy zura dan saya sendiri. Demi untuk menjaga keluarga, kami mencari ikhtiar supaya diri kekal sihat dan cergas. Alhamdulillah anak yang disusukan turut mendapat tempiasnya.
Kalau berminat nak cuba set yang serupa dengan mommy zura di awal perkenalannya dengan Shaklee, boleh contact saya.