Bagaimana meningkatkan bekalan susu ibu

Apabila dalam proses penyusuan yang gembira, tiba-tiba anda notis perubahan bekalan, ia boleh menyebabkan panik seketika. Perkara pertama yang perlu untuk lihat semula adalah..

Adakah anda cukup rehat? Mendapat tidur yang nyenyak? Take a nap jika perlu? Adakah anda minum sekurang-kurangnya 64 auns air sehari? Adakah anda mengamalkan pemakanan yang sihat?

Ini adalah sebahagian daripada asas penyusuan yang perlu dikekalkan demi kepentingan ibu dan bayi. Badan kita akan memberi tindak balas sekiranya kita mengabaikan kesihatan demi menyusukan anak. Badan cenderung untuk memberi isyarat jelas. Salah satu caranya adalah dengan penurunan dalam bekalan susu harian. Jadi dengar isyarat badan dan bertindaklah sewajarnya.

Pastikan anda mendapat perkara berikut demi penyusuan yang berjaya:

  • Rehat secukupnya
  • Minum sekurang-kurangnya 64 auns air sehari
  • Makan makanan berkhasiat
  • Menyusun waktu tidur malam supaya dapat tidur secukupnya
  • Kekerapan penyusuan

Pastikan anda tidak melakukan perkara-perkara yang boleh menyekat bekalan:

  • Merokok
  • Mengambil ubat yang menghalang penyusuan atau anda alah padanya
  • Tidur di atas perut anda - memampatkan payudara pada waktu malam
  • Memakai coli yang terlalu ketat
  • Memakai baby sling dengan ring yang menekan payudara dan bukannya bahagian berdekatan bahu

Cara pertama dan paling mudah untuk meningkatkan bekalan susu adalah dengan menyusu bayi anda dengan lebih kerap. Rangsangan tambahan akan memberi isyarat kepada badan anda untuk meningkatkan bekalan susu demi me
menuhi permintaan.

Akan bersambung.. mengejar masa..

Ida Khairani
www.MySuperVitamins.com

ida ahmad

About ida ahmad

Ibu kepada 3 anak ini adalah 'working from home mom' dan blogger yg sudah lama menggunakan blog sebagai medium utk berbisnes sejak 2007. Beliau positif utk memberi yg terbaik buat keluarga, masyarakat dan agama sebagai saham akhirat.