Mengapa wanita hamil kerap buang air kecil, normalkah?

Mengapakah wanita hamil perlu kerap membuang air kecil semasa hamil?

Kerap buang air kecil adalah ciri utama kehamilan. Hampir semua wanita hamil mengalaminya terutama pada trimester pertama dan ketiga. Malah, ia petanda awal kehamilan bagi yang tidak sedar. Kerap buang air kecil adalah kesan dari perubahan hormon yang berlaku pada wanita hamil.


Bila kandungan semakin besar, badan kita akan mengeluarkan lebih banyak air kecil, tetapi pundi kencing pula semakin mengecut. Oleh sebab itu, walaupun pundi kencing sudah kosong, tekanan yang diterima membuatkan kita merasa seperti sudah penuh. Wanita hamil akan lebih kerap mengalaminya terutama pada akhir kehamilan iaitu ketika kepala bayi sudah turun dan bersedia untuk lahir.


Ada juga wanita hamil yang sukar untuk mengosongkan pundi kencing dan menyebabkan terpaksa berulang kali ke tandas.

 



ibu hamil kerap kencing?


Sumber 


Adakah cara untuk mengurangkan kekerapan membuang air kecil?

Malangnya, TIDAK!! Wanita hamil jangan cuba kurangkan jumlah air yang diminum. Wanita hamil sepatutnya minum enam hingga lapan gelas minuman sehari, yang mana kebanyakannya sepatutnya adalah air. Pengurangan cecair boleh menyebabkan dehidrasi, dan ibu perlu minum dengan banyak untuk membantu pengaliran nutrien kepada bayi dalam kandungan. 

Wanita hamil boleh cuba minum hanya sedikit air dalam masa 1 ke 2 jam sebelum tidut untuk mengurangkan kekerapan terjaga dan ke tandas untuk buang air kecil pada waktu malam.


Namun, jika ia tidak menjadi, wanita hamil bersabar ja la dan anggap ini adalah latihan untuk berjaga selepas melahirkan anak kelak. Kemungkinan selepas bayi dilahirkan untuk tempoh 2 minggu awal, ibu perlu berjaga malam untuk menyusu dan menukar lampin kerana pada waktu ini bayi masih tidak dapat membezakan siang dan malam serta mungkin berjaga pada waktu malam.



Mungkinkah kerap membuang air menunjukkan apa-apa masalah?

Ya, jika 
  • Wanita hamil rasa sakit atau panas apabila membuang air.
  • Wanita hamil rasa hendak terkencing tetapi hanya beberapa titik sahaja yang keluar.

Bincang dengan doktor..
Wanita hamil mungkin menghidap jangkitan saluran kencing (UTI). 

Minum banyak air untuk mencairkan air kencing dan jumpalah doktor secepat mungkin. Anda mungkin memerlukan antibiotik untuk mengubati UTI. Jika tidak diubati, UTI boleh menyebabkan jangkitan buah pinggang, yang mana boleh meningkatkan risiko anda sakit untuk bersalin terlalu awal


Bilakah wanita akan berhenti membuang air kecil terlalu kerap?

Masalah ini akan berkurangan tidak lama selepas bayi dilahirkan. Dalam tempoh beberapa hari selepas melahirkan, ibu akan mengeluarkan lebih banyak air kencing dan lebih kerap. Ketika ini, badan ibu sedang membuang segala cecair tambahan yang terkandung dalam sistem darah semasa hamil. 

Selepas beberapa hari, keperluan untuk membuang air akan kembali seperti sebelum ibu hamil. 



Lebih banyak info pasal ibu hamil di sini.




Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056


Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :)

ida ahmad

About ida ahmad

Ibu kepada 3 anak ini adalah 'working from home mom' dan blogger yg sudah lama menggunakan blog sebagai medium utk berbisnes sejak 2007. Beliau positif utk memberi yg terbaik buat keluarga, masyarakat dan agama sebagai saham akhirat.