Berapa banyak susu yang diminum oleh bayi pada hari awalnya?

Sama seperti kita, bayi mempunyai selera yang berlainan. bu akan perhatikan bahawa walaupun bayi hanya mengambil sedikit susu pada hari-hari pertama, ini akan bertambah dengan perlahan dari hari ke hari. 




Ibu boleh mendapat idea kasar banyak mana yang diperlukan bayi dari jadual ini, yang menggunakan angka purata: 

Usia bayi Jumlah susu setiap penyusuan
Hari 1 (0 ke 24 jam)7ml (lebih sedikit dari sesudu kecil)
Hari 2 (24 ke 48 jam)14ml (kurang sedikit dari 3 sudu kecil)
Hari 3 (48 ke 72 jam)38ml (1.3auns bendalir)
Hari 4 (72 ke 96 jam)58ml (2auns bendalir)
Hari 5 (96 ke 120 jam)68ml (2.3auns bendalir)


Bayi yang mengambil susu ibu tidak memerlukan banyak susu di setiap penyusuan. Bayi yang menyusu formula akan mengambil jumlah yang lebih banyak daripada bayi yang disusukan ibu. Bayi yang diberi formula tidak dapat mengawal pengambilan susu mereka dengan cara bayi menyusu badan boleh. 

Sudah tentu, jika ibu menyusu badan berapa banyak susu yang diperolehi oleh bayi tidak akan dapat diketahui. Tanda-tanda yang anak kita menyusu dengan sempurna ialah: 

• Ibu merasa payudara menjadi semakin lembut semasa penyusuan. 

• Ibu mendengar dia menelan perlahan. 

• Dia menanggalkan diri dari payudara ibu dengan sendiri. 

• Dia kelihatan tenang selepas menyusu. 

• Najisnya berwarna kekuningan dan dia membasahkan lampin dalam jarak beberapa jam. 

Bayi baru lahir kita mungkin menurun berat badan sedikit selepas kelahiran. Ini semua adalah normal. Dia akan mula menambahkan berat badannya menjelang usia lima hari. 

Namun, sebagai panduan, kita boleh menjangkakan penyusuan kolostrum akan mengambil masa 40 minit atau lebih. Sebaik saja susu ibu mula mingler, bayi kita akan menyusu antara lima dan 30 minit di satu payudara. Biarkan dia menghabiskan payudara pertama sebelum memberikan yang kedua. 

Jangan bimbang jika bayi kita tidak menghabiskan banyak masa menyusu . Setengah bayi boleh mendapat kesemua susu yang diperlukannya dalam beberapa minit saja, yang lain mengambil masa yang lebih. Asalkan bayi kita melekap dengan betul, dia akan mendapat susu akhir yang kaya lemak di penghujung setiap penyusuan. 



Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056


Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :)

ida ahmad

About ida ahmad

Ibu kepada 3 anak ini adalah 'working from home mom' dan blogger yg sudah lama menggunakan blog sebagai medium utk berbisnes sejak 2007. Beliau positif utk memberi yg terbaik buat keluarga, masyarakat dan agama sebagai saham akhirat.