B Complex yang bagus mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B dengan nisbah yang betul. Ini kerana semua vitamin B saling membantu untuk tindak balas satu sama lain untuk memberi kesan yang terbaik untuk badan. Kandungan mestilah dari sumber semulajadi dan asid foliknya mempunyai daya serapan yang tinggi(bioavailability). Kebanyakkan asid folik di pasaran adalah sintetik dan tidak mudah diserap badan.
Jenis-jenis vitamin B
8 Jenis Vitamin B tersebut adalah B2(Riboflavin), B1(Thiamin), B6, B3, Biotin, B5, Asid Folik dan B12.
Mengapa Urin Menjadi Kekuningan selepas makan B Complex?
Ia merupakan situasi normal kerana B Complex merupakan vitamin larut air dan ia mengandungi elemen kekuningan. Pada peringkat awal pengambilan, tubuh kita akan melakukan timbang tara terhadap kadar penyerapan dan tahap kekuningan akan berkurangan dari masa ke masa.
Mengapa rasa lapar selepas makan B Complex?
Selain itu, mungkin juga ada yang berasa lapar selepas makan B Complex. Perkara ini tidak berlaku jika B Complex di ambil selepas makan yang mencukupi. Mengapa ada tindak balas lapar jika mengambil B Complex tanpa makanan mencukupi? Ini kerana B Complex meransang metabolisma dan menukarkan makanan menjadi tenaga, Jika tiada makanan untuk diproses, badan akan demand untuk makanan. Namun, jika sudah pun makan sebelum mengambil B Complex tetapi masih lagi rasa lapar, cukup sekadar minum minuman tenaga yang mengenyangkan seperti Energizing Soy Protein, Cinch Shake Mix, milo, horlick, susu. Jangan makan mengikur nafsu dalam keadaan ini jika memang nak mengurangkan berat badan.
B Complex yang merangsang metabolisma badan boleh menyebabkan tubuh mengeluarkan haba, oleh itu pengambilan air putih yang banyak sangat digalakkan. Oleh kerana sifat ini, B Complex membantu juga dalam proses mengurangkan berat badan kerana makanan diproses menjadi tenaga dan digunakan sebaiknya.
Apa manfaat dan kebaikkan B Complex?
-menukarkan makanan menjadi tenaga
-melawan tekanan
-membantu tumbesaran
-mengekalkan kesihatan rambut
-baik untuk mata
-mencegah anemia dengan membantu pembentukan sel darah merah yang sihat