Satu cara untuk elak bayi tersedak susu - tukar pu...

Memandangkan sekarang ni, banyak kes kematian bayi yang disebabkan tersedak susu, saya nak kongsikan satu ilmu. Mungkin ramai yang tahu, mungkin ramai juga yang belum tahu.

Terdapat pelbagai puting di pasaran. Saya hanya menggunakan puting jenama Avent. Saya tak pasti sama ada puting ini sesuai untuk botol jenis lain selain botol susu Avent. Keistimewaan puting ini, ia meniru seakan puting ibu termasuklah dari segi pengaliran susu ibu itu sendiri.

Ni adalah jenis puting mengikut usia bayi.



Newborn (0 month - 1 )
Slow (1 month - 2 )
Medium ( 3 month - 3 )
Fast ( 6 months - 4 )
Variable Flow ( 3 months )

Puting avent dibezakan mengikut umur kerana untuk membezakan kelajuan susu itu mengalir. Ia direka dengan jumlah lubang di puting yang berbeza, untuk newborn hanya 1 lubang rasa saya. Malah, jika tidak disedut untuk newborn, susu itu sangat susah untuk keluar dengan sendirinya.

Harga puting avent agak mahal tapi yang bestnya, anak saya tidak keliru puting, walaupun telah diperkenalkan sejak dalam pantang. Dalam sehari tu, memang mix dengan menyusu secara terus terutama bila saya nak mandi dan ibu yang tolong menyusukan anak saya.

Keliru Puting

Mungkin kalau kita menggunakan puting slow flow atau pengaliran susu perlahan dari awal, apabila disusukan terus dari payudara yang juga slow flow, baby tidak merengus susu lambat mengalir kena hanya pengaliran ini yang dia ketahui. Namun, jika bayi sudah biasa dengan pengaliran susu yang laju, apabila ibu hendak menyusu secara terus, bayi cepat marah kerana susu lambat. Sebab itu pentingnya pemilihan botol dan puting sejak dari bayi supaya bayi tidak keliru puting dan kita pun boleh menyusu secara terus apabila available.

Lagipun, dengan kes kematian bayi yang semakin meningkat sekarang ni, mungkin para ibu bapa perlu berkorban wang untuk memilih puting yang lebih baik pengalirannya sebagai usaha kecil yang setidak tidaknya mampu kita lakukan.

Puting avent ni banyak ja di pasaran. Di parkson pun ada, di kedai online, LittleWhiz pun ada. Semoga anak-anak kita selamat dan sentiasa dirahmati Allah.




Untuk pilihan vitamin yang membantu ibu-ibu menyusu boleh klik link sini.



Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056


Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :)

ida ahmad

About ida ahmad

Ibu kepada 3 anak ini adalah 'working from home mom' dan blogger yg sudah lama menggunakan blog sebagai medium utk berbisnes sejak 2007. Beliau positif utk memberi yg terbaik buat keluarga, masyarakat dan agama sebagai saham akhirat.

2 comments

Write comments
February 23, 2012 at 8:10 AM delete

salwa pun guna puting avent sejak anak baby lg.. yup mmg anak xkeliru puting.. alhamdulillah xde mslh..

Reply
avatar
February 23, 2012 at 10:40 AM delete

tuh la. selamatlah dah terpilih yang sesuai dan bagus. dulu2 ida tak survey pun sangat.

Reply
avatar