Kesuburan dan asid folik

Pernah dengar pasal asid folik? Ia mungkin tidak asing lagi untuk bakal ibu kerana doktor sering kali menasihatkan bakal ibu untuk mengambil asid folik semasa hamil kerana kebaikkannya. Asid folik yang diambil semasa mengandung dipercayai boleh mengurangkan risiko bayi dari kecacatan saraf seperti spina bifida dan neural tube defect.

Tahukah anda asid folik juga digalakkan diambil sebelum ibu mengandung lagi? Terutama jika pasangan sudah merancang menimang cahaya mata. Kebaikkan asid folik dikatakan mampu meningkatkan kadar kesuburan. Kesuburan? Bagaimana?



Asid Folik dan Kesuburan

Asid folik berguna untuk kaum Adam. Jadi bakal bapa juga patut mengamalkannya. Bagaimana asid folik boleh membantu? Folik asid dipercayai dapat membantu merawat kesuburan pada lelaki. Ia akan mengurangkan kecacatan kromosom pada sperma lelaki. Jika tidak, kesuburan mungkin terjejas. Sperma yang mengalami kecacatan kromoson apabila disenyawakan dengan ovum akan menghasilkan janin yang tidak dapat hidup lama.  

Masalah ini sering kali mengakibatkan wanita mengalami keguguran pada peringkat awal kehamilan. Jadi, untuk mengurangkan risiko ini, suami bolehlah mengambil folik asid 700-1000 mcg sehari sebagai usaha meningkatkan taraf kesuburan.

Untuk wanita pula, kebaikkan asid folik dalam kesuburan adalah kerana ia membantu proses spermatogenesis. Asid folik berupaya membantu dalam kematangan telur ovum, pembentukan placenta dan ketika janin melekat ke dalam rahim. Kerana fungsi dan kebaikkan inilah, asid folik harus diambil sebagai usaha untuk merawat kesuburan.


*Asid folik boleh diperolehi dalam vitamin B Complex Shaklee.
Ada beberapa vitamin dan makanan semulajadi turut dicadangkan untuk membantu meningkatkan kesuburan.

Boleh hubungi saya untuk mendapatkan vitamin B Complex sekarang.


Disclaimer:
Segala testimoni yg dikongsi disini atau penulisan tentang produk bukan bertujuan utk merawat, menyembuhkan, menganalisa apa jua penyakit/ masalah kesihatan. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan. 





Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056
WA / SMS/ Call : 013 488 2382


Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :)

ida ahmad

About ida ahmad

Ibu kepada 3 anak ini adalah 'working from home mom' dan blogger yg sudah lama menggunakan blog sebagai medium utk berbisnes sejak 2007. Beliau positif utk memberi yg terbaik buat keluarga, masyarakat dan agama sebagai saham akhirat.