Ramai yang suka komplen kata vitamin ni tak sesuai dengannya. Tak bestlah. Tak serasilah.
Sebenarnya vitamin semulajadi insyaAllah mudah serasi dah tiada masalah untuk sesiapa saja. Vitamin pilihan yang semulajadi adalah lebih baik daya serapannya. Memang ia mengambil masa kerana perlu memperbaiki dari dalaman dahulu. Oleh kerana itu jugalah, fullpack selalu didatangkan untuk tempoh 4 bulan demi memastikan pengguna menggunakan sesuatu jenis vitamin secara berterusan untuk kesan yang optimum.
Sebelum inia saya akan mencadangkan kepada pengguna untuk ambil vitamin pada pada waktu malam atau selepas makan malam kerana nutrien lebih mudah menyerap pada pada waktu tidur kerana badan sedang berehat. Namun, kalau kita boleh berdisplin, sesetengah vitamin lebih sesuai di makan pada waktu-waktu berbeza. Jangan lupa untuk mengambil air kosong mengikut berat indivitu itu demi mengelakkan healing crisis dan melancarkan proses pemulihan. Untuk info, setiap 25kg manusia, memerlukan 1L air. Bagi yang mengambil vitamin dan ibu menyusu, keperluan air adalah lebih lagi.
Semasa mengamalkan pelbagai jenis vitamin, tidak digalakkan
-Mengambil alfalfa bersama-sama vitamin E kerana ia boleh mengganggu penyerapan alfalfa.
-Mengambil supplement zat besi (Iron) bersama-sama Ostematrix kerana zat besi boleh mengganggu penyerapan kalsium. Walau bagaimanapun kini zat besi sudah dilengkapi ke dalam VitaLea Shaklee. Oleh itu jika boleh, ambil kedua2nya pada masa berlainan untuk mengelakkan gangguan penyerapan di antara kedua-duanya.
-Pengambilan vitamin disarankan pada waktu selepas makan bagi membantu penyerapan. Ambillah vitamin & mineral dalam kadar yang telah dicadangkan, kerana pengambilan vitamin/mineral yang berlebihan, terutama vitamin larut lemak boleh membahayakan kesihatan kerana ia disimpan di dalam badan dan boleh menjadi toksik.
Yang digalakkan pula adalah
VITAMIN LARUT AIR (B dan C) : Seeloknya diambil bersama segelas air dan elakkan pengambilan bersama makanan berlemak/berminyak.
VITAMIN LARUT LEMAK (A,D,E,K) : Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak.
Ostematrix (Kalsium) : Seeloknya diambil bersama minuman bersusu, atau diambil sebelum tidur. Sebagaimana susu dikatakan sebagai minuman untuk membantu kita tidur, kalsium dikatakan ada fungsi yang sama.
Lecithin : Diambil bersama2 vitamin larut lemak lain.
Sekiranya anda merasakan praktik anda mengambil vitamin sekarang berjalan lancar dan membuahkan hasil, sila teruskan. Namun jika tidak memuaskan, anda boleh cuba mengambilnya mengikut cadangan di atas. Walaubagaimanapun, ia bukanlah muktamad dan masih bergantung kepada tubuh badan kita. Boleh try and error mana yang sesuai dengan tubuh masing-masing.
Ida Khairani
www.vitaminpilihan.blogspot.com
Vitamin E tidak boleh diambil bersama Alfalfa
About ida ahmad
Ibu kepada 3 anak ini adalah 'working from home mom' dan blogger yg sudah lama menggunakan blog sebagai medium utk berbisnes sejak 2007. Beliau positif utk memberi yg terbaik buat keluarga, masyarakat dan agama sebagai saham akhirat.
Post a Comment